Anda di halaman 1dari 9

Tugasan 3 Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan

Pustaka 1995, etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, ada tata tingkah laku atau kesusilaan.Manakala kalau dilihat daripada persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Dalam konteks profesion perguruan etika bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan agar guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Boleh dibuat kesimpulan yang etika boleh dianggap sebagai satu disiplin yang menilai betul atau salah yang melibatkan tingkah laku dalam profesionalisme perguruan. Etika ini akan bergerak selari dengan akauntabiliti atau tanggungjawab yang perlu dipikul apabila bergelar seorang guru. Sebagai pegawai kerajaan, guru perlu akur kepada akauntabiliti untuk mengikut dan patuh kepada arahan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Pada masa kini, kita begitu bimbang melihat statistik salah laku yang melibatkan segelintir guru.Di dada-dada akhbar, di internet, dan di kaca-kaca televisyen, kita dihidangkan dengan bermacam-macam isu mengenai salah laku guru.Peningkatan kepada kes-kes salah laku guru ini mengakibatkan profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia tergugat.Dan kerana adanya segelintir

dikalangan guru yang bermasalah dalam tingkah laku yang betul, pprofesion ini dilihat semakin goyah pada masa kini. Di sini, kita akan membincangkan satu isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan. Penyalahgunaan masa oleh guru-guru.Pepatah dalam bahasa Melayu ada menyebut mengenai masa yang berbunyi 'Masa Itu Emas'. Manakala dalam masyarakat Arab pula, popular dengan pepatah 'Masa itu pedang'.dalam Terdapat satu surah dalam Al-Quran yakni kitab yang dijunjung oleh umat Islam yang bernama Surah Al-Asr. Al-Asr memberi maksud masa atau pun waktu asar.Penyataan-penyataan ini menggambarkan kepentingan masa dan kerugian bagi pihak yang mensia-siakan masa.Mereka-mereka yang mensia-siakan masa dianggap rugi, pemalas dan tidak tahu bersyukur dengan nikmat masa yang diberikan oleh tuhan sekalian alam. Dewasa ini, kita sebagai guru kadang-kadang tidak sedar yang kita telah terjerumus dalam kelompok mereka-mereka yang telah menyalahgunakan masa bekerja. Satu sesi umum persekolahan di Negara kita dianggarkan lebih kurang enam jam iaitu bermula 7.45 pagi hingga 1.15 petang. Masa yang yang diperuntukkan ini tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, guru-guru bertanggungjawab untuk ada bersama dengan murid-murid kecuali jika terdapat kes-kes kecemasan yang memerlukan seseorang guru untuk berada di luar kawasan sekolah dengan izin daripada pihak pentadbir sekolah. Dewasa ini telah timbul isu penyalahgunaan masa dikalangan guru-guru sekolah.Seperti yang dinyatakan pada perenggan di atas, kadang-kadang kita sebagai guru tidak sedar yang kita telah menyalahgunakan masa yang diperuntukkan kepada kita.Kita tidak sedar yang kita telah mencuri sedikit masa daripada masa yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk bersama murid-murid dengan melakukan tingkah laku yang boleh dianggap sebagai penyalahgunaan masa. Apakah contoh-contoh tingkah laku yang dianggap sebagai penyalahgunaan masa?Antara contoh-contoh tingkah laku yang dianggap penyalahgunaan masa ialah guru tidak memasuki kelas pada waktu yang sepatutnya.Guru gagal menepati masa semasa memasuki

kelas.Contohnya, kelas bermula pada pukul 7.45 pagi tetapi guru mengambil masa sehingga 5 minit untuk sampai ke kelas.Satu sesi pengajaran dan pembelajaran di negara kita memperuntukkan masa selama 30 minit. Guru telah membazirkan sehingga 5 minit untuk sampai ke kelas. Jadi masa yang diperuntukkan tadi telah berkurang menjadi 25 minit.Ini terjadi kerana kita sebagai guru tidak mengambil berat tentang ketepatan masa.Selalu kita mengingatkan murid-murid tentang pentingnya menepati masa. Murid-murid diingatkan yang masa itu adalah berharga seperti emas. Jangan membazirkan masa.Gunakanlah masa dengan berhemah.Tetapi kita sebagai guru gagal mempraktikkan pengajaran mengenai masa yang telah kita ajarkan kepada murid-murid.Bagaimana kita hendak membentuk tauladan yang baik kepada muridmurid jika kita sendiri gagal untuk menghargai masa. Di dalam kelas pula, guru tidak menyampaikan isi pelajaran dengan sepenuh hati ataupun tiada kesungguhan daripada guru dalam mempersembahkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru mestilah menyampaikan isi pelajaran secara sistematik, jelas dan mudah difahami oleh murid-murid. Menurut pendapat Mohd Hasni melalui kajiannya pada tahun 1996 mendapati bahawa guru yang berkualiti ialah guru yang berupaya untuk menyampaikan isi pelajaran kepada murid dengan menarik dan berkesan. Kegagalan guru menyampaikan isi pelajaran dengan menarik dan berkesan akan menyebabkan murid menjadi bosan dan hilang tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung. Disebabkan itu, sesi pengajaran dan pembelajaran murid pada masa itu dianggap gagal dan membazirkan masa. Seorang guru hendaklah menjalankan tanggungjawabnya untuk mengajar mengikut jadual waktu yang diluluskan dan proses pengajaran dan pembelajaran tadi mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian. Seseorang guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak mengikut kedua-dua perkara ini boleh dianggap sebagai menyalahgunakan masa. Pihak kerajaan telah memperuntukkan denda sebanyak RM 5000 atau penjara tidak lebih daripada 3 bulan atau kedua-duanya sekali jika melanggar peraturan ini ( P.U (A) 531 & JADUAL WAKTU perkara 11 (1) ). Pada masa kini, laman web rangkaian sosial telah menjadi trend dalam kehidupan masyakat Malaysia.Semua lapisan masyarakat seakan-akan demam dilanda trend ini.Laman-

laman sosial ini menjadi fenomena.Menular ke segenap ruang tanpa dapat disekat.Antara laman sosial yang paling popular ialah Facebook.Facebook dinggarkan mempunyai kira-kira 6.2 juta pengikut.Aktiviti melayari laman web sosial semakin diminati dan menjadi satu rutin dalam kehidupan pencinta laman web rangkaian sosial ini.Ia seolah-olah menjadi satu ketagihan bagi pengikut fanatik laman web sosial ini. Guru-guru juga tidak terkecuali dilanda demam ini.Asyik mengakses laman sosial sehinggakan kadang-kadang terlupa tugas hakiki kita kepada murid.Apatah lagi pada masa kini dengan kecanggihan telefon bimbit yang dimiliki oleh guruguru, laman-laman sosial kini boleh diakses hanya menggunakan telefon bimbit.Sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dilakukan sambil lewa kerana asyik melayan laman-laman sosial ini.Masa 30 minit yang diperuntukkan untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dipenuhi kerana perbuatan mengakses laman sosial di dalam bilik darjah. Buku-buku latihan murid tidak disemak kerana masa rehat guru yang sepatutnya digunakan utuk kerja menyemak latihan murid telah diambil alih oleh aktiviti mengemas kini status laman sosial. Masa kerja guru telah ditetapkan mulai 7.45 pagi hingga 1.15 tengahari.Jadi, guru dilarang menggunakan masa terluang yang mereka miliki untuk membuat aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Guru disarankan menggunakan masa itu untuk kerja-kerja menanda buku murid dan pelbagai kerja yang berkaitan dengan tugas guru di sekolah. Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang dilakukan semasa waktu terluang ialah melepak di kantin terlalu lama dan bergosip tentang hal-hal yang di luar tugas hakiki guru. Dalam keadaan kos hidup yang semakin tinggi pada masa ini, terdapat juga sebilangan guru yang melakukan kerja sambilan. Kerja sambilan ini dilakukan bagi menampung perbelajaan yang semakin meninggi.Mengadakan kelas-kelas tuisyen adalah diantara kerja sambilan yang popular.Terdapat juga segelintir guru yang berniaga samada di pasar-pasar malam ataupun terlibat dengan perniagaan Multilevel Marketing.Keghairahan guru-guru dalam mencari pendapatan sampingan kadang kala memberi kesan yang buruk kepada tugas hakiki mereka.Produktiviti mereka dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pada siang hari boleh terjejas ekoran kurangnya masa rehat mereka di rumah. Mereka datang ke sekolah dalam keadaan yang penat dan seterusnya penurunan peratus tumpuan mereka ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kod etika yang telah digariskan oleh kementerian. Isu-isu perlanggaran kod etika perguruan seperti ini perlu dibendung daripada terus merebak tanpa kawalan kerana boleh memberi kesan yang buruk terhada profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan generasi selepas ini.

Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru. Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, perasaan, pemikiran, sosial dan rohani seseorang.Kita boleh menilai sahsiah individu tersebut berdasarkan kriteria-kriteria di atas.Seseorang individu yang mempunyai sahsiah yang baik mestilah mempunyai penampilan fizikal yang menarik dari segi pemakaian dan penjagaan tubuh badan.Ia juga mestilah mempunyai sikap dan tingkah laku yang boleh diterima oleh seluruh masyarakat dan tiada masalah dalam interaksi sosialnya dengan masyarakat. Bagi individu yang mempunyai masalah dalam sahsiah pula akan bersikap bertentangan dengan kenyataan di atas. Guru merupakan role model dalam membangunkan modal insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Konsep pembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap pendidik sebagai satu misi yang penting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sebelum membentuk sahsiah murid-murid, guru sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid. Penyalahgunaan masa akan memberi kesan kepada sikap, tingkah laku, pemikiran sosaial dan rohani guru tersebut. Guru tersebut akan mempunyai sikap malas dan kurang komitmen dalam kerjanya. Tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dibuat dengan keadaaan sambil lewa dan tidak ubah seperti melepas batuk di tangga. Pembentukkan sahsiah yang sebegini dikalangan guru-guru akan memberi pandangan negatif kepada masyarakat khususnya terlebih dahulu perlu mempunyai

kepada murid-murid. Ini boleh diibaratkan seperti seekor ketam yang mengajar agar anaknya berjalan dengan betul. Guru-guru yang sebegini ini juga akan mempunyai sikap yang tidak ambil peduli tentang persekitarannya, kurang nilai dalam kehidupan dan mempunyai etika kerja yang lemah. Apakah kesannya jika wujudnya sikap-sikap sebegini dalam diri seorang guru? Kesannya adalah akan lahirnya seorang guru yang hanya mementingkan imbuhan yang bakal diterima pada setiap bulan tanpa memikirkan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Tiada lagi rasa tanggungjawab dalam diri mereka untuk mendidik anak-anak bangsa dengan bersungguh-sungguh.Mereka mengambil ringan tugas yang sepatutnya mereka titik beratkan iaitu tugas hakiki mereka di sekolah. Kesimpulannya, penyalahgunaan masa akan memberi kesan buruk kepada pembangunan sahsiah guru. Guru yang mempunyai sahsiah yang kurang baik akan mempengaruhi pemikiran murid-murid di sekolah. Mereka juga akan dipandang negatif oleh masyarakat. Oleh sebab itu, aspek-aspek perkembangan personal seperti tingkah laku, pengetahuan, keterampilan, disiplin diri, kemahiran hubungan interpersonal, kecekapan profesionalisme seperti pengajaran, perancangan dan pengurusan, kemantangan berfikir, kepimpinan dan idealism hidup perlu dipupuk dalam etika perkhidmatan keguruan. Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah Mengikut Teori Pilihan, individu bermasalah apabila keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Keinginan ini dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan fiologi manusia.Iaitu keperluan seseorang individu untuk menyayangi dan disayangi, menerima penghargaan, memperolehi kebebasan, mendapat kegembiraan dan kelansungan dalam hidup. Teori Pilihan menerangkan bahawa kita memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan termasuklah kita bersedih. Psikologi kawalan luaran banyak mengganggu kita untuk memilih apa yang kita inginkan. Individu bebas bertingkah laku berdasarkan kepada motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif (Glasser 2000).

Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010), keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada orang lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan.Aspek menyayangi dan disyangi ini meliputi keperluan terhadap kasih saying, rasa intim, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan, majikan dan masyarakat sekeliling. Rasa ingin penghargaan mencangkupi keperluan kea rah pencapaian, kemahiran, kecekapan, mempengaruhi orang lain, ingin dihargai dan suka bersaing dengan orang lain. Rasa ingin bebas mengikut Teori Pilihan bermaksud individu mempunyai keinginan untuk memilih apa yang sewajarnya untuk dirinya dan cenderung untuk membuat keputusan tentang apa yang mereka mahu dalam hidup ini. Manakala keperluan untuk keseronokan pula adalah keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, genbira dan berekeasi. Adakalanya seseorang individu tidak mendapat apa yang mereka inginkan. Maka di sini akan timbul konflik dalam diri individu yang boleh mewujudkan perasaan tidak seronok dan kesakitan kepada diri individu tersebut. Konflik ini akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi individu. Guru yang cenderung melakukan penyalahgunaan masa tergolong dalam individu yang ingin memperolehi kebebasan.Mereka tidak mahu terikat dengan peraturan-peraturan yang digariskan.Mereka lebih senang bertindak mengikut kehendak hati mereka. Selain itu, mereka juga inginkan kegembiraan.Kegembiraan ini dapat diperolehi oleh mereka melalui aktiviti-aktiviti bersembang di laman-laman sosial, bergosip di dalam bilik guru dan juga berborak-borak kosong di kantin. Dengan perbelanjaan yang melebihi pendapatan, ramai guru-guru yang terpaksa melakukan kerja-kerja sambilan bagi memenuhi aspek kelansungan dalam hidup.Tidak dapat dinafikan yang kerja-kerja sambailan ini boleh mempengaruhi tugas-tugas hakiki guru di sekolah.Tetapi ramai guru yang sanggup mengambil risiko ini bagi memenuhi tuntutan keperluan mereka.

Secara kesimpulannya, sahsiah yang baik gagal terbentuk apabila individu gagal memenuhi kehendaknya dengan cara yang betul. Mereka yang gagal memenuhi keperluan hidup ini akan sentiasa menafikan kegagalan mereka. Seterusnya mereka akan memilih symptom negatif akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak baik. Mereka ini akan melarikan diri daripada tanggungjawab setelah emosi dan pemikiran mereka terganggu.

RUJUKAN Bruce Macfarlane (2004), Teaching with Integrity the Ethics of higher education practice, London:

: RoutledgeFalmer.

John W.B & Fergeus O.S (1998), Leadership & Professional Development in School How to Promote Techniques for Effective Professional Develompent in School, London: Pitman Publishing. Utusan Malaysia (2011) Negara perlu Guru Berkualiti Tinggi.05 Mei 2011.Diakses dari http://www.utusanonline.com

Anda mungkin juga menyukai