Anda di halaman 1dari 3

Skrip Forum Lukmanul (SKTM2’s pov)

ROUND 1
Amsyar (Moderator):
Bagaimana urus tadbir di sekolah saudara yang pernah berpraktikum dari aspek meningkatkan
dan memantapkan profesionalisme guru di sekolah tersebut. Mungkin saudara boleh selitkan
juga peranan guru Pendidikan Khas terhadap program pendidikan khas ini sendiri.

Lukmanul (Guru praktikum):


Awal Bismillah pembuka bicara,
Terima kasih kepada tuan moderator, saudara Amsyar di atas soalan yang diajukan.
Assalamualaikum dan salam bahagia saya ucapkan kepada semua hadirin dan hadirat yang
saya hormati. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dan turut serta dalam
forum kita pada pagi yang mulia ini.
Berbalik kepada soalan tadi, sebenarnya Guru Besar merupakan orang yang
berperanan dalam menguruskan organisasi sekolah berasaskan pengurusan sumber utama
iaitu kewangan, sumber manusia, sumber fizikal atau sebagainya. Kalau ikut dalam
SKPMG2(standard kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang kedua), 3 peranan utama guru
besar merupakan sebagai peneraju, pendorong dan pebimbing. Pengurusan kewangan perlu
diurus dengan baik. Kegagalan mengurus sumber ini selalunya dikaitkan dengan kelemahaan
mengurus hal-hal kewangan dan belanjawan sekolah dengan berkesan dan bijaksana.
Pengurusan sumber manusia juga sangat penting dan bertindak sebagai pemangkin kepada
kecemerlangan sekolah sama ada dari aspek kurikulum, kokurikulum, hubungan dengan
masyarakat setempat, dan meletakkan sekolah sebagai sebuah institusi yang mulia dan
dihormati. Saya ingin berkongsi pengalaman saya berkaitan pengurusan pentadbiran yang tidak
jemu mengadakan program bagi memantapkan profesionalisme guru. Di sekolah saya, boleh
dikatakan hampir setiap hujung minggu guru-guru Pendidikan khas mengadakan mesyuarat
bagi menjalankan projek kepada murid murid PPKI. Bukan itu sahaja, ladap secara atas talian
juga dilaksanakan. Dari segi ladap tu guru guru dapat berbincang tentang bagaimana cara
untuk menyampaikan pdpc secara atas talian.
Seterusnya, sekolah saya juga merupakan sekolah anak angkat Tesco dimana
pasaraya Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd memperuntukkan RM4.5 juta untuk Program
Sekolah Angkat, sejak program itu diwujudkan pada 2016 dalam memastikan pelajar kurang
bernasib baik khususnya, mendapat pendidikan sempurna (dipetik dari keratan akhbar Berita
Harian). Guru penolong kanan PPKI di sekolah saya juga tidak kurang hebatnya, beliau berjaya
memperoleh dana dari badan-badan bukan kerajaan bagi menjayakan program acara sukaneka
bagi murid PPKI pada peringkat Zon. Kesimpulannya, peranan Besar dalam sistem tadbir urus
sesebuah organisasi sekolah memerlukan komitmen yang sangat tinggi dan perlu dihayati oleh
semua ahli organisasi. Justeru, dalam menentukan tahap kecemerlangan itu, proses
akauntabiliti seharusnya menjadi amalan dan keutamaan budaya kerja cemerlang bagi setiap
penjawat awam.
ROUND 2
Amsyar (Moderator):
Jelaskan Pengurusan PdPc yang dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang dilaksanakan. Bagaimana kelangsungan proses PdPr bagi mengelakkan keciciran
pembelajaran Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Lukmanul (Guru praktikum):


Terima kasih tuan moderator di atas soalan tersebut, seperti kita sediamaklum bahawa
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Negeri
Sabah, Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur. Hal ini kerana, peningkatan bilangan positif
pesakit yang dijangkiti Covid-19. Oleh hal yang demikian, seluruh sekolah diarah tutup
sepanjang PKPB dilaksanakan termasuklah sekolah - sekolah di zon Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur. Akan tetapi, kelansungan pdp perlu diteruskan bagi bagi mengelakkan keciciran
pembelajaran Murid Berkeperluan Khas. Pdp di sekolah saya telah dijalankan secara segerak
dan tidak segerak sebagai contoh, sekolah ataupun guru guru akan meminta maklumbalas
daripada ibubapa tentang status kebolehan murid bagi menyertai kelas secara atas talian. Jika
murid yang tidak dapat menyertai kelas secara atas talian seperti murid murid yang mempunyai
ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga lewat malam atau murid itu sendiri tiada keupayaan
untuk menggunakan alatan elektronik, maka guru perlu menyediakan satu video pembelajaran
dan dimuatnaik ke dalam laman web seperti youtube bagi memudahkan penyampaian input
kepada murid. Selepas itu, murid murid tersebut perlu menjawab soalan soalan didalam
lembaran kerja. Lembaran kerja tersebut telah disediakan oleh guru didalam bentuk modul.
Sebagai contoh, pada hari isnin minggu hadapan jadual pdp adalah bagi subjek Matematik,
maka guru yang mengajar subjek tersebut perlu membuat persiapan beberapa hari awal bagi
merakam video dan memuatnaik ke dalam youtube. Bagi murid yang dapat menyertai pdp
secara atas talian pula, guru hanya perlu menayangkan video tersebut kepada murid murid dan
membuat lembaran kerja tersebut bersama sama guru (google meet). Bagi lembaran kerja pula,
guru perlu menyediakan lembaran kerja berbentuk modul untuk beberapa minggu atau sebulan
bagi mengurangkan kerja penghantaran lembaran kerja tersebut. Modul tersebut perlu dihantar
ke pondok pengawal sekolah dan ibubapa perlu memungut lembaran kerja tersebut untuk
digunakan semasa proses pdp. modul tersebut perlulah berpandukan kepada DSKP bagi
mencapai standard kandungan murid. Berdasarkan penerangan tersebut, dapat dirumuskan
guru guru di sekolah saya telah berjaya memaksimumkan penggunaan alat dan bahan
elektronik secara online bagi mengelakkan keciciran pembelajaran Murid Berkeperluan Khas.
Dapat kita lihat hampir 180 darjah perubahan telah berlaku dari segi penggunaan bahan ketika
proses pdp semasa sebelum covid muncul dan sekarang semasa proses pkp. Memang
sebelum ini kita pernah menggunakan pendekatan multimedia, akan tetapi pendekatan tersebut
hanya digunakan didalam aktiviti ataupun semasa penilaian sahaja, bukan keseluruhan pdp.
Jadi disini, kita dapat lihat perubahan pdp ketika pandemik ini mengalami perubahan yang
drastik. Jadi guru guru perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dari segi PAK21 dan bagi
mengikuti revolusi industri 4.0(apa yang berubah didalam industri).
- Bagi modul based on DSKP
- Penilaian pentaksiran (itulah merupakan cabaran sebenarnya, mungkin kuiz online
tersebut dijawab oleh ibu ayah. Biasanya sepanjang saya ajar, biasanya ada jugak yang
salah, ni semua betul.

Amsyar (Moderator):
Nazmi (Guru Praktikum):

Lukmanul (Guru Praktikum):


Maafkan saya, boleh saya tambah sedikit mengenai kekurangan kemudahan supaya kita dapat
membuka mata penonton diluar sana berkaitan kemudahan di bilik darjah MBK. Di sekolah
saya, seperti saudara nazmi juga, kami memecahkan kepada 2 partition kelas bagi satu bilik
darjah. Suasana pembelajaran mereka juga agak terganggu kerana murid kelas sebelah
membuat bising. Bukan itu sahaja, guru-guru yang mengajar juga turut berasa tidak begitu
selesa kerana jika mereka meninggikan suara mereka ketika menyampaikan pdp ataupun
Ketika menegur anak muridnya, bimbang akan menggangu kelas sebelah. Jadi berlakunya
ketidakselesaan bagi guru dan juga murid murid. Seperti kita ketahui bahawa bilik darjah
merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana
murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Jika suasana bilik
darjah itu sendiri terganggu, bagaimana kita ingin melihat peningkatan perkembangan murid
murid ini.

ROUND 3 (RUMUSAN)
Lukmanul (Guru Praktikum): Apa yang saya dapatkan rumuskan adalah pada pendapat saya
kerajaan perlu membuat semakan semula berkenaan zero reject policy. Hal ini kerana Zero
Reject Policy merupakan dasar sedia ada yang perlu dimantapkan dari segi pelaksanaannya
bagi memastikan MBK menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan mereka sama
ada ke sekolah-sekolah biasa (mainstream) melalui Program Pendidikan Inklusif, Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dari peringkat
prasekolah, rendah, menengah dan lepas menengah. Pelaksanaan program tersebut telah
menyebabkan berlakunya perlambakan murid murid PPKI yang telah menyebabkan
penempatan bilik darjah menjadi terhad. Saya berharap agar pihak kerjaan mampu menangani
masalah perlambakan murid PPKI ini.

Anda mungkin juga menyukai