Anda di halaman 1dari 27

UNIT PENDIDIKAN KHAS

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
TAKLIMAT IPP3M
PROGRAM PENDIDIKAN
PEMULIHAN KHAS
TAHAP SATU
KANDUNGAN TAKLIMAT
 Pengenalan Modul IPP3M – Instrumen Penentu
penguasaan 3M
 IPP3M 1- Tahun 1, 2, dan 3 - Johor
 Rumusan PKTS Setengah Tahun Pertama 2002
Negeri Johor
 Analisis PKTS Akhir Tahun 2002
 Perbandingan Setengah Tahun dan Akhir Tahun
2002 Negeri Johor
 Pembentangan Mesy. KPPM & KSPPD 2003
 Cadangan Dan Tindakan
 Penutup
Pengenalan
Modul IPP3M
 IPP3M merupakan bahan yang digunakan dalam
menentu dan mendapatkan serta memberi maklumat
yang berguna untuk membuat pertimbangan
berhubung dengan produk ( out- come ) sesuatu
proses pendidikan.
 IPP3M ialah instrumen bagi menentukan tahap
penguasaan murid dalam kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira.
 IPP3M ialah pentaksiran berasaskan kurikulum
dengan menggunakan pendekatan rujukan kriteria
yang menjurus kepada penjaminan kualiti.
 ( Rujuk Buku Manual IPP3M 1 – JPK/KPM )
Cadangan, Rumusan Dan
Cadangan Tindakan

 Cadangan
Terdapat 9 cadangan kajian yang dikemukakan
oleh EPRD, KPM
 Rumusan
Dapatan dari setiap cadangan yang
dikemukakan
 Cadangan Tindakan
Cadangan kepada pihak JPK,KPM, JPNJ,PPD san
sekolah yang terlibat
Cadangan Pertama

Cadangan I
KPM - Mengeluarkan Pekeliling-Pekeliling Baru
atau Peringatan Kepada Sekolah tentang
kepentingan Program Pemulihan Khas.

Rumusan 1
Dapatan menunjukkan tidak semua sekolah
menyimpan semua pekeliling terutama pekeliling-
pekeliling yang lama berkaitan arahan pelaksanaan
program pemulihan khas.
Cadangan Tindakan 1
 Kajian ini mencadangkan supaya dimansuhkan atau
dibatalkan pekeliling-pekeliling yang lama ini dan
diedarkan yang baru dengan memberikan objektif-
objektif dan matlamat yang jelas berserta dengan garis
panduan melaksanakan program pemulihan khas.
 Dengan cara ini sekolah-sekolah akan diingatkan
semula tentang keperluan dan kepentingan penubuhan
kelas pemulihan khas sebagai satu usaha untuk
membantu murid-murid yang mempunyai masalah
dalam pembelajaran khususnya dalam membaca,
menulis dan mengira
Cadangan Kedua

Cadangan 2
Memperluaskan Peluang Pendidikan PraSekolah

Rumusan 2
kajian menunjukkan bahawa kesediaan
pembelajaran sangat mempengaruhi tahap
penguasaan 3M murid-murid di sekolah rendah.
Cadangan Tindakan 2
 Memperluaskan pendidikan prasekolah dengan
segera terutama di kawasan-kawasan luar bandar
supaya kanak-kanak terutama mereka dari latar
belakang sosio-ekonomi rendah mendapat lebih
banyak peluang dan akses untuk mengikuti
Pendidikan Prasekolah

 program-program prasekolah yang berkualiti tinggi


akan menyediakan murid-murid dengan asas
kemahiran 3M apabila memasuki Tahun1. Di
samping itu ianya dapat memenuhi keperluan-
keperluan sosial kanak-kanak dan impak positif
pendidikan dari segi sosial, kecerdasan dan
sebagainya.
Cadangan Ketiga
Cadangan 3
Sekolah Mewujudkan Pelan Perancangan Pelaksanaan Program
Pemulihan Khas Yang Sistematik.
Rumusan 3
 Terdapat pentadbiran sekolah yang melaksanakan program
pemulihan khas tanpa memberi penekanan yang serius
contohnya ;
 Murid-murid pemulihan khas dipinggirkan,
 guru-guru pemulihan khas diminta mengajar kelas-kelas lain
 guru-guru pemulihan khas yang dilantik tidak mempunyai latihan
pemulihan khas,
 sekolah-sekolah tidak menyediakan bilik khas untuk murid-murid
pemulihan.
 Penggunaan instrumen/modul atau prosidur untuk mengenalpasti
tahap penguasaan 3M di kalangan murid-murid pemulihan khas
yang berbeza-beza antara sekolah-sekolah.
Cadangan Tindakan 3
 Dicadangkan sekolah-sekolah yang melaksanakan
program pemulihan khas merangka pelan perancangan
pelaksanaan program pemulihan yang berstruktur yang
dengan jelas menyatakan matlamat dan objektif
program, sasaran yang perlu dicapai, kriteria-kriteria
kejayaan, strategi pelaksanaan, skala masa, orang-
orang yang bertanggungjawab, prosedur-prosedur
pembangunan staf dan penilaian program.
 
 Pemulihan yang sistematik dan berstruktur perlu dibina
untuk meningkatkan prestasi murid-murid lemah yang
memerlukan pertolongan lebih daripada hanya ‘on the
spot remediation’. Dengan menyemak markah ujian dan
merujuk kepada lain-lain indikator pembelajaran,
Cadangan Keempat

Cadangan 4 :
Menjalankan Intervensi Awal

Rumusan 4

Bagi murid-murid yang tidak berpeluang mengikuti


prasekolah atau tadika, pihak sekolah disarankan
melaksanakan intervensi awal bagi menangani masalah
pembelajaran khususnya masalah penguasaan 3M di
kalangan murid-murid Tahun 1
Cadangan Tindakan 4

 Bagi mempastikan kejayaan semua murid, sekolah


perlu menggunakan semua aspek pengurusan
untuk mencapai matlamat bagi menghalang /
mencegah academic deficits daripada berlaku.

 Untuk mencapai matlamat ini sekolah perlu


mengenalpasti dan mengambil langkah-langkah
intervensi awal dengan mendedahkan murid-
murid kepada kurikulum yang mendapat
membantu mereka membina asas yang kukuh
dalam kemahiran 3M.
Cadangan Kelima
Cadangan 5
Menubuhkan Pasukan Sokongan Keluarga Untuk
menggalakkan Penglibatan Aktif Ibu Bapa Dengan
Pihak Sekolah.

Rumusan 5
Penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak
mereka adalah satu komponen yang sngat penting
dalam formula kejayaan pendidikan. Senario pada
masa ini menunjukkan penglibatan yang diharapkan
jarang-jarang berlaku.
Cadangan Tindakan 5

 Pihak sekolah dicadangkan menubuhkan satu Pasukan Sokongan


Keluarga (Family Support Team) dianggotai oleh guru-guru di
sekolah yang bertugas untuk memastikan ibu bapa merasa selesa di
sekolah dan menjadi penyokong yang aktif dalam pendidikan anak-
anak mereka. Diantaranya ialah;
     Menasihati ibu bapa supaya menyokong pelajaran anak-anak
mereka di sekolah.
 
       Menghubungi ibu bapa sekiranya murid-murid kerap tidak
hadir sekolah dan mengenalpasti apakah bentuk-bentuk
pertolongan yang boleh diberikan untuk membantu keluarga
bermasalah menghantar anak-anak ke sekolah
Cadangan Tindakan 5 Sambungan
    Memberi bantuan kepada murid-murid yang tidak menunjukkan
kemajuan.
 
    Memikirkan strategi-strategi yang terbaik untuk meningkatkan
penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka.
 
  Bekerjasama dengan ibu bapa untuk membina iklim di rumah yang
supportive. Dengan menyediakan persekitaran yang menyokong
pembelajaran di rumah dan melibatkan diri secara aktif dengan
sekolah,
murid-murid akan menunjukkan kemajuan.

Ibu bapa dianggap sebagai partners dalam sebarang keputusan yang


melibatkan anak-anak mereka.
 
Memberi sokongan kepada ibu bapa dan keluarga untuk membolehkan
mereka menyumbang kepada kejayaan anak-anak di sekolah.
Cadangan Kenam

Cadangan 6
: Mewujudkan / Memastikan Perkhidmatan Bimbingan Dan
Kaunseling Di Sekolah Rendah Berfungsi dengan berkesan /
Meningkatkan Perkhidmatan Sokongan Kepada Murid-Murid.

Rumusan 6
Masalah keluarga, kerap ponteng sekolah, kemiskinan dan
masalah kesihatan adalah di antara faktor-faktor yang sngat
mempengaruhi masalah pembelajaran dan penguasaan 3M di
kalangan murid-murid
Cadangan Tindakan 6
 Adalah dicadangkan supaya pihak Kementerian Pendidikan
menetapkan satu polisi supaya semua sekolah rendah mewujudkan
perkidmatan bimbingan dan kaunseling .
 Pastikan ianya berfungsi dengan berkesan dan mempunyai sumber-
sumber untuk menangani masalah kemiskinan dan masalah
keluarga yang dihadapi murid.
 Murid-murid yang menghadapi masalah emosi disebabkan
masalah-masalah keluarga, masalah kesihatan ada tempat untuk
mengadu dan mendapatkan sokongan daripada guru bimbingan dan
kaunseling.
 Pelaksanaan Pendidikan Wajib
- Peruntukan RM 120.00 One-off
- Tabung Pelajar miskin
- dsb.
Cadangan Ketujuh
Cadangan 7
Pemantauan Dan Penilaian Program Pemulihan Khas
Yang berterusan.
 
Rumusan 7
secara keseluruhannya pangajaran Guru Pemulihan
Khas jarang-jarang dicerap oleh Nazir sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan
Daerah / Bahagian, Guru Penolong Kanan dan guru-
guru lain di sekolah. Pemantauan dan penilaian ke
atas pelaksanaan program pemulihan khas jarang-
jarang dilakukan.
 
Cadangan Tindakan 7
i. Pemantauan dan penilaian secara am
Pemantauan dan penilaian merupakan komponen yang sangat
penting untuk memastikan sejauh mana program berjaya
dilaksanakan seperti yang dirancangkan dan sejauh mana
program berjaya mencapai matlamat dan objektif untuk
memulihkan murid-murid pemulihan khas.
ii. Pencerapan ke atas pengajaran Guru Pemulihan Khas.
 Ia perlu dicerap untuk menilai keberkesanan pengajaran GPK.
GB sebagai instructional leader seharusnya memberi fokus
kepada pengajaran guru dan memantau kemajuan murid.
Beliau akan mengetahui apa yang berlaku di kelas-kelas
pemulihan khas, memahami keperluan-keperluan murid dan
GPK dan bersedia memberi sokongan yang diperlukan.
 
Cadangan Kelapan

Cadangan 8
Melantik Guru Yang Berkualiti Tinggi
Menjadi Guru Pemulihan Khas
 
Rumusan 8
Cara pengurusan sekolah memilih Guru PK yang
tidak mempunyai persediaan yang mencukupi
mewujudkan ketidakcekapaan menjalankan tugas-
tugas di kelas Pemulihan Khas.

 
Cadangan Tindakan 8
Antara ciri-ciri GPK yang berkesan dan berkualiti ialah mereka yang :
 Mempunyai perasaan empati dan komitemin yang ditunjukkan
kepada kebajikan murid-murid.
 Mempunyai pengetahuan yang luas mengenai kurikulum dan
kandungannya.
 Mempunyai kemahiran pedagogi, iaitu mempunyai kebolehan
menggunakan satu repertoire teknik dan strategi mengajar.
  Melakukan reflekksi dan keupayaan untuk mengkritik diri sendiri
(self-critical)
  Mempunyai keupayaan mengurus.
   Cekap, kemahiran tinggi, efektif, komited dan dedikasi terhadap
tugas-tugas mereka.

Untuk Mengekalkan GPK supaya tetap mengajar pemulihan


khas, dicadangkan insentif atau elaun khas diberikan kepada mereka.
Cadangan Kesembilan
Cadangan 9
Memenuhi Keperluan Sekolah, Guru Besar Dan
Guru Pemulihan Khas
 
Rumusan 9
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pihak
sekolah, Guru Besar dan Guru Pemulihan Khas
memerlukan banyak perkara untuk meningkatan
keefisienan dan keberkesanan pelaksanaan
program pemulihan khas di sekolah-sekolah
mereka.
 
Cadangan Tindakan 9
(i) Keperluan Guru PK yang terlatih
Kekurangan Guru PK terlatih di sekolah-sekolah adalah satu keperluan
yang wajib dipenuhi untuk memastikan pelaksanaan program pemulihan
khas berjalan dengan berkesan .
Tindakan BPG,KPM, JPN memenuhi keperluan ini terutama bagi sekolah
yang enrolmen yang besar.

(ii) Keperluan latihan dalam pemulihan khas/Pendedahan kepada


Progarm Pemulihan Khas
Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian dalam kursus ialah : cara-cara
mengesan masalah pembelajaran murid, membina, mentadbir dan
menganalisis ujian-ujian mempelajari teknik-teknik pengajaran terkini,
cara-cara merancang pelajaran berdasarkan kebolehan murid yang
berbeza-beza, meningkatkan motivasi dan memupuk keyakinan diri
murid-murid, pengajaran berbantukan komputer, pembinaan BBM, teknik
mengendalikan bengkel dan beberapa kemahiran lain.
Cadangan Tindakan 9 sambungan
(iii) Keperluan peruntkan kewangan khas (PCG) untuk program
Pemulihan Khas
Peruntukan khas diperlukan untuk membeli peralatan dan BBM,
menceriakan bilik pemulihan supaya lebih menarik, selesa dan
kondusif, menampung kos mesyuarat atau perjumpaan dengan ibu
bapa, menganjurkan seminar dan ceramah motivasi untuk murid-
murid dan membiayai tuntutan perjalanan Guru PK yang membuat
lawatan ke rumah murid-murid pemulihan khas.

  (iv) Keperluan kemudahan fizikal


Bilik pemulihan khas yang kondutif untuk pembelajaran murid
pemulihan memerlukan kelainan daripada darjah biasa. Pihak
sekolah dicadangkan memberi priority kepada tempat belajar murid
pemulihan khas dengan mengubahsuai bilik sedia ada atau
membina bilik yang baru. Pekeliling-Pekeliling yang mengarahkan
penubuhan kelas pemulihan dan penyediakan bilik pemulihan khas
di sekolah tidak dapat dipatuhi sepenuhnya oleh pihak sekolah.
PENUTUP

 Program pemulihan khas di sekolah-sekolah akan terus


menjadi satu keperluan dalam sistem pemdidikan kerana
adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan
prasarana yang sewajarnya untuk membantu murid-
murid bermasalah pembelajaran.dalam 3M.
 Dipanjangkan maklumat dan cadangan ini kepada pihak-
pihak berkaitan untuk tindakan segera bagi
mengelakkan murid yang alami ‘akademik defisit” yang
mendadak dalam sistem pendidikan negara.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai