Anda di halaman 1dari 5

KEKUATAN DAN KELEMAHAN LINUS DI SEKOLAH

KEKUATAN

KELEMAHAN

Guru dapat berinteraksi secara bersemuka dan


fokus kepada pelajar LINUS sahaja

Guru perlu menyediakan rancangan pengajaran yang


berbeza bagi murid LINUS dan murid arus
perdana.Beban guru bertambah

Fokus P&P adalah secara berpusat kepada


pelajar LINUS ( Pelajar adalah di saring)

Murid perdana akan tertinggal kerana fokus guru


adalah lebih kepada murid LINUS.Kelancaran P&P
juga terganggu

Meningkatkan minat murid terhadap proses


Pengajaran & Pembelajaran (P&P)

Murid perdana kemungkinan akan berasa bosan


kerana standard P&P murid LINUS adalah mudah

Meningkatkan kemahiran,kreativiti dan kualiti


pedagogi guru

Guru terbeban kerana perlu mencari alternative lain


untuk memastikan pelajar LINUS memahami inti
pati pengajaran

Membina komitmen bagi semua pihak


berkepentingan

Sukar mendapatkan komitmen semua pihak akibat


kekangan masa dan tugas

Meringkan beban guru kelas perdanan kerana


adanya Guru Khas LINUS (NKRA)

Jumlah Guru Linus tidak mencukupi untuk


menampung jumlah murid

Jadual 1 : Kelebihan dan kelemahan Program LINUS di sekolah

Pelaksanaan Program LINUS telah menggunakan beberapa strategi yang telah ditetapkan
oleh Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat 6 strategi yang telah
disenaraikan iaitu:
Membuat penyaringan murid (Tahun 1, 2 dan 3).
Perkembangan Bahan
Meningkatkan kemahiran pedagogi untuk guru

Program Kesedaran tentang LINUS untuk sekolah dan komuniti


Pemantauan, penyeliaan dan penilaian
Pengukuhan FasiLINUS (Pemilihan fasilitator yang berpengalaman

Perlaksanaan program LINUS ini telah membawa banyak kelebihan. Selain itu ia juga
mempunyai kelemahan tersendiri yang harus ditangani oleh pihak sekolah. Program LINUS
mempraktikan interaksi secara bersemuka guru dan murid. Melalui program ini, murid
menerima bimbingan perseorangan secara terus dari guru. Ini memudahkan guru untuk
menilai sejauh mana tahap pencapaian murid.Namun demikian, bagi guru yang mengajar
kelas perdana kerana mereka harus menyediakan rancangan pengajaran dan juga alat bantu
mengajar (ABM) yang berbeza untuk murid LINUS. Maka ini akan menyumbang kepada
pertambahan beban guru.Selain itu, P&P juga berpusat kepada murid. Seleapas melalui
saringan LINUS,murid ini akan diletakkan dibawah senarai nama murid LINUS.Melalui
senarai ini,guru dapat membuat latih tubi menggunakan modul LINUS yang disediakan yang
berfokus kepada kosntruk saringan Linus yang harus dikuasai.
Dalam memastikan Program LINUS ini berjalan dengan jayanya, kerajaan telah
menghantar guru LINUS (NKRA) ke sekolah yang tersenarai sebagai di bawah projek
LINUS (NKRA). Guru khas ini ditugaskan untuk mengajar murid LINUS tegar.Ini seterusnya
membantu guru-guru kelas perdana, dengan mendalami cara-cara terbaik untuk mengajar
murid LINUS.Ini seterusnya dapat mengelakkan murid perdana daripada merasa bosan dan
menganggu proses P&P kerana fokus guru kepada murid LINUS.
Program ini juga menawarkan modul P&P yang menarik dan menarik minat murid.
Seperti mana yang kita ketauhi, kebanyakkan murid ini berasal daripada keluarga yang
bermasalah. Dengan ini, guru perlulah peka terhadap iklim bilik darjah yang baik. Secara
tidak langsung ibu bapa murid - murid dan guru perlu mendidik murid-murid lebih daripada
konteks

pembelajaran

di

dalam

bilik

darjah

(Wan

Muhhammad

Ghazali

dan

Sallehudin,2009).Motivasi murid dalam LINUS adalah rendah.Melalui Program LINUS ini,


maka motivasi dan minat murid - murid ini dapat dipertingkatkan melalui penggunaan ABM
yang menarik dan sesuai selain susun atur bilik darjah yang menarik.

Kemahiran pedagogi guru dalam melaksanakan Program LINUS adalah elemen


penting yang menjadi tunjang keberkesanan program ini. Melalui program ini pembangunan
profesional guru dalam menjalankan tugas dapat dilaksanakan. Strategi-strategi dan
pendekatan-pendekatan baru dapat dilaksanakan Menurut penulis Naffi Mat, pendekatan
yang paling berkesan adalah secara perlahan - lahan dan bertahap- tahap.Dengan adanya
strategi ini proses P&P guru akan lebih mantap dan berkesan. Penemuan - penemuan baru
guru ke atas tahap pemguasaan murid akhirnya dapat meransang startegi-strategi baru yang
lebih berkesan dan efisen untuk murid LINUS. Ini seterusnya meningkatkan kualiti gur-guru
LINUS.Namun begitu dalam usaha memastikan murid-murid LINUS ini mencapai tahap
yang dikehendaki, cemerlang dan memenuhi kehendak pentadbir juga ibu bapa, guru -guru
menjadi tebeban. Guru terbeban kerana perlu mencari alternative lain untuk memastikan
pelajar LINUS memahami inti pati pengajaran.
Selain itu, program ini turut menyumbang kepada pembentukan komuniti yang saling
berkepentingan. Komuniti ini termasuklah guru, pihak pentadbir, dan juga ibu bapa atau
dalam kata lain Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).Strategi penglibatan ibu bapa dan
komuniti dalam program LINUS hendaklah dalam bentuk lengkap melengkapi, ada unsur
nilai tambah dan dalam situasi menang-menang. Tidak ada unsur pertandingan, menuding jari
apatah lagi merendahkan mana-mana pihak. Sumbangan ibu bapa dan komuniti mungkin
berupa komitmen, kepakaran dan sumber dana.Antara beberapa strategi yang mungkin boleh
diamalkan ialah back to basic, kesukarelaan, penglibatan berjadual, hukuman dan ganjaran,
perkongsian pintar,sumbangan swasta, pemerkasaan teknologi dan kepimpinan melalui
teladan. Strategi tersebut mestilah difahami, diterima dengan hati terbuka dan sentiasa
memberi saranan positif untuk memperbaikinya.
Kesukarelaan melibatkan kesanggupan ibu bapa memberi perhatian kepada anak-anak
LINUS apatah lagi jika anak mereka sendiri. Komuniti pula memikirkan bagaimana
anggotanya boleh membantu mengatasi masalah ini melalui kelas-kelas pemulihan,
kepakaran mereka dan sumber kewangan. Anak-anak LINUS boleh diberikan motivasi
berjadual atau kalau perlu back to basic menggunakan kaedah prasekolah seperti apa yang
diamalkan oleh tadika Little Caliph, Smart Reader. Kumon dan yang seumpamanya.Kejayaan
LINUS sangat bergantung kepada keikhlasan guru, kepimpinan sekolah serta penglibatan ibu
bapa dan komuniti.

Namun begitu, masih ramai yang beranggapan Program LINUS masih menjadi
tanggungjawab segolongan pendidik sahaja dalam sesebuah sekolah, ada sebilangan kecil
pendidik di sekolah yang sama mungkin tidak ambil endah program ini, sedangkan dalam
jangka masa panjang, murid yang tidak menguasai 3M ini akan sampai juga ke pangkuan
mereka untuk dididik. Jika di kalangan guru pun komitmen masih belum meluas, bagaimana
pula dengan ibu bapa, masyarakat dan komuniti. Semua pihak harus terlibat, yakin dan
percaya LINUS adalah program yang baik bagi membolehkan semua murid menguasai 3M
setelah menamatkan tahap satu sekolah rendah.
Kita hendaklah mula berfikir di luar kotak. Ibu bapa dan komuniti mestilah bersedia
menerima bahawa kegagalan anak-anak melepasi saringan adalah satu isu yang serius yang
perlu ditangani. Namun kebanyakkan ibu bapa masih tidak dapat menerima kenyataan
kelemahan mereka dan meletakkan beban sepenuhnya kepada guru. Komuniti harus memikul
tanggungjawab ini bersama-sama.
Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk
memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran,
kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan
khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar
oleh seorang guru pemulihan.. (National Association for Remedial Education NARE
Great ). Menyedari kepentingan pendidikan pemulihan ini, Kementerian Pendidikan telah
mewujudkan profesion khas untuk menangani murid-murid LINUS yang dikenali sebagai
Guru Pemulihan LINUS (NKRA).Berdasarkan Buku Panduan dan Pengoperasian Program
LINUS yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia, edisi cetakan pertama 2011, guru pemulihan khas berperanan seperti berikut: Merancang dan melaksanakan Program Pemulihan Khas mengikut prosedur yang
ditetapkan.
Memastikan murid tahap 1 dan tahap 2 menguasai kemahiran asas 3M sebagai
sasaran kerja tahunan (SKT).
Menjalankan IPMBDP dan ISD kepada murid yang kebarangkalian mempunyai ciriciri bekeperluan khas.
Membantu guru-guru mata pelajaran dalam mengenalpasti murid-murid yang perlu
mengikuti program pemulihan khas. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata

pelajaran, guru bimbingan, ibu bapa dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang tingkah laku, tahap kesihatan dan lain-lain keterangan
mengenai latar belakang murid.
Bertindak sebagai Setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi
ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
Mengadakan latihan perkembangan staf mengenai Program Pemulihan Khas di
peringkat sekolah.
Menghadiri kursus/bengkel/taklimat yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD.

Namun demikian, penempatan Guru Pemulihan LINUS NKRA ini masih lagi
kurang dan tidak mencukupi. Masih banyak sekolah yang memerlukan tenaga
profesional Guru Pemulihan Khas LINUS, memandangkan masih ramai lagi murid yang
tidak dapat menguasai 3M ( membaca, menulis dan mengira). Kementerian Pendidikan
seharusnya mengadakan pengambilan Guru Pemulihan LINUS yang lebih lagi bagi
menampung keperluan sekolah-sekolah yang menagalami kadar literasi yang tinggi.Pada
tahun 2008, terdapat 54,000 murid-murid Tahun 1 tidak menguasai kemahiran literasi
(Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan, 2010). Analisis Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) juga mendapati purata murid-murid tidak menguasai literasi
pada peringkat sekolah rendah adalah 0.3 peratus bagi murid-murid lelaki dan 0.2
peratus bagi murid-murid perempuan(Rancangan Malaysia Ke-10, 2010)
Kelayakan guru literasi bukan sebagai guru pemulihan sedangkan murid-murid
LINUS adalah murid-murid bermasalah pembelajaran. Selain itu guru terlibat juga tidak
berminat mengajar murid-murid LINUS yang bermasalah ini. Mereka sekadar menerima
tanggunggjawab kerana arahan pentadbir bukan kemahuan sendiri (Gershunsky, & Pullin,
1990). Berdasarkan kenyataan dan penulisan oleh penulis-penulis berikut, maka pihak
Kementerian Pendidikan harus mencari altenatif bagi menambah bilangan Guru Pemulihan
LINUS.Ini bagi mengelakkan masalah seperti tidak minat mengajar,keterpaksaan dan bukan
kerana kerinduan atau keinginan sendiri.Penambahan bilangan Guru Khas Pemulihan LINUS
ini semestinya dapat membantu mencapai objektif utama Program LINUS iaitu memastikan
semua murida dapat menguasai kemahiran 3M (membaca,menulis dan mengira)

Anda mungkin juga menyukai