Anda di halaman 1dari 37

ALAMAN PENGAKUA

Subjek: PKP 3111 ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Pensyarah: PUAN LIEW FEE LAN Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

Disediakan oleh: SANGITHA A/P SADAYAN (890215- 06- 5504) SUMATHI A/P RAJANTHIRAN (870911- 01- 5166) Unit Pemulihan Bahasa Tamil, Ambilan Januari 2009 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pemulihan Bahasa Tamil Pendidikan Rendah) Tarikh: 25 APRIL 2011

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Nama Penulis : Sumathi Rajanthiran Tarikh : 25 April 2011

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Nama Penulis : SANGITHA SADAYAN Tarikh : 25 APRIL 2011

PENGHARGAAN

Selamat Sejahtera dan Salam Bahagia. Saya Sangitha Sadayan dan Sumathi Rajantharan dari unit Pemulihan ( BT ). Terlebih dahulu kami ingin berterima kasih Tuhan disebabkan tugasan projek yang telah diberikan kepada kami dapat disiapkan walaupun pelbagai masalah dan rintangan telah kami tempuhi dalam menyudahkan tugasan ini dengan berjaya. Seterusnya, terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Pn.Liew Fee Lan kerana atas bantuan dan tunjuk ajarnya dapatlah kami mencari jalan penyelesaian dan seterusnya memberikan pengajaran yang berkesan untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sekelas yang telah banyak membantu kami ketika kami berada dalam kesusahan untuk menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Jutaan terima kasih juga kepada keluarga kami yang banyak memberi dorongan serta semangat agar kami dapat menyudahkan tugasan ini dengan jayanya.Sebagai penutup kami sudahi dengan harapan agar dengan melaksanakan tugasan ini kami dapat mengambil segala yang positif dan jadikan pengajaran terhadap segala yang negatif.Sekian,terima kasih. SANGITHA SADAYAN SUMATHI RAJANTHIRAN

PENGENALAN Program Pemulihan Khas merupakan suatu usaha pendidikan untuk mengatasi kesulitan murid- murid dalam pembelajaran. Sejarah kewujudannya bermula pada tahun 1965 dengan penempatan gureu terlatih khas pertama di sekolah rendah di Selangor. Penekanan terhadap pendidikan Pemulihan Khas seterusnya dibuat apabila Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan dilanjutkan lagi dengan pelaksanaan KSSR mulai 2011. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira disamping penekanan terhadap perbezaan individu adalah antara asas dalam pelaksanaan pendidikan pemulihan. Dalam pelaksanaan pendidikan pemulihan telah timbul banyak isu sama ada dari pihak sekolah, masyarakat, Guru Pemulihan Khas malah murid Pemulihan Khas.

BIL 1 2 3 4

PERKARA Surat Akuan Penghargaan Pengenalan Soalan 1 Melengkapkan tugasan- tugasan berkaitan kuliah mengikut arahan dan jadual yang ditetapkan. Soalan 2 Menjelaskan pertimbangan yang perlu diambil dalam pendidikan murid- murid pemulihan dari aspek perbezaan individu, kompetensi kendiri dan kompetensi sosial dalam grafik yang sesuai. Soalan 3 Membuat perbandingan pengurusan Program Pendidikan Pemulihan dengan kelas biasa dan program bermasalah pembelajaran dari aspek kelayakan guru, jadual waktu, peruntukan guru dan tanggungjawab atau tugas guru dalam grafik yang sesuai. Soalan 4 Melawat ke sekolah dan mendapatkan maklumat- maklumat mengenai program- program yang berkaitan dengan Pendidikan Pemulihan yang dilaksanakan di sekolah misalnya, IPP2M, IPP3M, KIA-2M, LINUS, PROTIM dan lain- lain program yang berkaitan. Soalan 5 Membuat perbandingan program- program yang berkaitan denggan Pendidikan Pemulihan yang dilaksanakan di sekolah misalnya, IPP2M, IPP3M, KIA-2M, LINUS, PROTIM dan lain- lain program yang berkaitan dalam grafik yang sesuai. Soalan 6 Menghuraikan peranan dan penglibatan pelbagai pihak dalam program Pendidikan Pemulihan, termasuklah kementerian, jabatan pelajaran negeri, jabatan pelajaran daerah, pihak sekolah, ibubapa dan NGO. Soalan 7 (Tugasan Individu) Berdasarkan pelaksanaan program

10

pendidikan pemulihan di sekolah rendah, pilih satu isu yang berkait dengan masalah pembelajaran murid pemulihan. Meneliti dan menjelaskan isu tersebut dalam bentuk kajian. 11 Soalan 8 Menerangkan trenda pelaksanaan program pemulihan sekolah rendah berlandasan pelaksanaan KSSR dalam bentuk esei (500 perkataan). Refleksi Bibliografi Lampiran

12 13 14

Hasil pembelajaran yang ditentukan oleh guru hendaklah berasaskan keupayaan dan kemampuan murid pemulihan. Guru perlu kreatif menyediakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid- murid pemulihan Guru perlu mahir dalam dalam cara penyampaian sesuatu isi pelajaran dengan menarik dan mengikut perbezaan individu supaya murid pemulihan lebih jelas. mencapai objektif masing- masing.

Pertimbangan yang perlu diambil dalam pendidikan murid- murid pemulihan dari aspek perbezaan individu

Guru perlu menggunakan bahan audio Guru perlu menentukan hasil pembelajaran secara spesifik kepada setiap murid pemulihan. visual, ICT, bahan maujud dan sebagainya bagi menarik minat belajar dalam kalangan murid pemulihan yang perbezaan tahap kefahaman.

Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan.

Guru perlu mewujudkan suasana Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran mengikut perbezaan gaya belajar muridmurid. Ini dapat membangkitkan kesedaran kendiri untuk belajar, pembelajaran yang akses kendiri kerana suasana seperti ini dapat mendorong kesedaran belajar kepada murid- murid pemulihan.

Guru harus menitik Guru perlu mewujudkan kiosk- kiosk untuk muridmurid pemulihan belajar secara berdikari. Contohnya, kiosk pengurusan diri dapat menolong murid untuk mengurus secara sendiri. Pertimbangan yang perlu diambil dalam pendidikan murid- murid pemulihan dari aspek kompetensi kendiri beratkan unsur- unsur atau kemahirankemahiran yang melibatkan murid untuk berfikir dan membuat secara berdikari.

Guru harus menyemaikan nilai- niali murni yang dapat memotivasikan murid- murid pemulihan untuk berjaya dalam pendidikan.

Guru perlu diberi motivasi atau dorongan untuk menerapkan motivasi instrik dalam setiap murid- murid pemulihan untuk belajar.

Pertimbangan yang perlu diambil dalam pendidikan murid- murid pemulihan dari aspek kompetensi sosial

Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid- murid pemulihan dapat berkomunikasi dan mempelajari daripada murid murid lain dalam kumpulan.

Guru perlu merancang kaedah kumpulan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran sosial dalam kalangan murid- murid pemulihan.

Guru perlu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dua hala, iaitu guru mengajar sambil bertanya soalan kepada murid manakala murid menjawab atau respon terhadap pengajaran guru. Ini dapat meningkatkan kemahiran sosial dan berkomunikasi.

Perbandingan program- program yang berkaitan dengan Pendidikan Pemulihan yang dilaksanakan sekolah misalnya, IPP2M, IPP3M, KIA- 2M,LINUS DAN PROTIM Aspek IPP2M Program Maksud IPP2M adalah satu IPP3M alat mengesan mengenal sama dan guru pasti ada
menentukan pencapaian penguasaan setiap murid 3M yang ini adalah KPM dapat Program tahap

IPP3M

KIA- 2M

PROTIM

LINUS

telah Program Pemulihan Kelas yang Awal untuk dan murid

Instrumen 3M Saringan Literasi Numerasi and

untuk dibina untuk guru- melancarkan

dirancang dan membantu (Literacy Tahun

Intervensi Membaca Menulis pada

6 Numeracy Screening atau direka

seseorang murid itu memerlukan bantuan perkhidmatan tambahan dari guru di Kelas Program atau

(KIA2M) menguasai bulan Jun kemahiran

mengikuti pengajaran

asas LINUS) bentuk berdasarkan konstruk literasi numerasi dengan yang ditetapkan (BPK).

atau dan pembelajarannya.

2006, iaitu program 3M. pengajaranpembelajaran untuk semua sekolah boleh memastikan murid rendah membaca

12 asas dan sejajar

Pemulihan

program Pemulihan Dalam Bilik Darjah (KBSR).

definisi telah oleh

dan menulis dalam BM.

Perlaksanaan

Murid Tahun 1 yang Menentukan belum 2M menguasai kumpulan dikesan yang

Murid- murid yang Program murid gagal perlu penapisan ujian dilaksanakan akan semua

ini Selepas di murid

Saringan, yang

akan

sekolah menguasaikonstruk dan jenis


1 hingga 8 dianggap telah menguasai

dengan menggunakan Program Bagi murid

mengikuti program dilatih khusus untuk kebangsaan pemulihan khas, menguasai kemahiran sekolah asas kebangsaan. dan Program Murid- pemulihan ini kemahiran membaca Ujian menulis

KIA2M. memberikan yang maklumat

asas literasi. Murid ini akan meruskan pembelajaran di

tentang membaca

gagal dalam ujian tindakan yang patut menulis. KIA2M akan diambil untuk murid murid dikehendaki memduduki

kelas arus perdana. Murid yang hanya

diberikan pendidikan membantu Pemulihan kelass manakala

dan menguasai konstruk perlu 1 dan konstruk 2 iaitu sahaja waktu ditempatkan Melayu, Program diberi
Murid akan ke LINUS. yang

dalam yang berkenaan. Khas murid

Penapisan sebelum dijalankan, dilepaskan bagi gagal Pelepasan mereka dimasukkan murid tetapi pada yang Bahasa Ujian tetapi Tiga, pilihan akan meksanakan ke pemulihan

yang lulus KIA2M akan Kelas belajar KBSR di dan

menguasai konstruk 3 hingga 7 akan

menerima pengajaran mengikut Bahasa KBSR. sukatan Melayu

meneruskan pembelajaran di

kelas pada

pemulihan kemahiran tahun mengira Sekolah

kelas arus perdana

berikutnya.

untuk tetapi akan Jenis menduduki Saringan


2.

Kebangsaan.

Kumpulan Sasaran Kandungan

Murid- murid Tahun 1


Membaca Mengira

Murid- murid Tahun 1


Membaca Menulis Mengira

Murid- murid Tahun 1


Membaca Menulis

Murid- murid Tahun 6


Membaca Menulis Mengira

Murid- murid Tahun 1


Membaca Menulis Mengira

IPG

Kampus

Tengku

Ampuan

Afzan,

PISMP

Pemulihan

Bahasa

Tamil

Kajian Keberkesanan Ujian Diagnostik Pengamatan Di Sekolah Rendah, Kuala Lipis:

1.0 Latar Belakang 1.1 Di Malaysia pendidikan pemulihan/ program pemulihan khas disediakan untuk membantu murid mengatasi masalah kelemahan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Tanpa bantuan guru pemulihan, mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk belajar dan mencari pengalaman yang mengembirakan di sekolah, dan mereka juga mungkin tercicir dari sistem persekolahan lebih awal lagi. 1.2 Dalam tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan yang member fokus kepada penguasaan 3M dan penekanan kepada pendidikan pemulihan. 1.3 Ujian diagnostik memainkan peranan yang penting dalam program pemulihan khas. Ia dapat membantu guru mengenal pasti secara khusus kesulitan kesulitan yang hadapi oleh murid. Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah yang dialami ketika belajar. Selain itu, mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.

2.0 Pernyataan Masalah 2.1 Kebanyakkan murid pemulihan mengalami masalah dalam pengamatan. Pengamatan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kemahiran penglihatan,

kemahiran pendengaran dan kemahiran kinestatik dan taktil. Murid- murid pemulihan mengalami kesukaran dalam kemahiran penglihartan dan pendengaran. 2.2 Banyak faktor yang mempengaruhi kesukaran dalam menguasai kemahiran pendengaran dan penglihatan. Antara faktor penglihatan ialah ketidakbolehan

membeza kedudukan sesuatu bentuk huruf dan nombor, ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau objek nombor, perkataan atau ayat, ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk huruf, nombor , perkataan atau ayat, ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah dan sebagainya. 2.3 Punca- punca kelemahan pengamatan kanak- kanak terbahagi kepada 2 faktor, iaitu faktor internal dan factor external. Kurang minat, tekanan emosi, kerosakan penglihatan dan pendengaran merupakan faktor internal.

Manakala, faktor external ialah kurang pendedahan dan kurang rangsangan (dorongan) terhadap kemahiran pengamatan.

3.0 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan ujian diagnostik pengamatan di sekolah rendah.

4.0 Soalan Kajian i. ii. Adakah ujian diagnostik pengamatan yang diberikan sesuai atau tidak? Adakah intervensi yang digunakan sesuai dengan masalah murid?

5.0 Metadologi Kajian Kajian ini melibatkan seorang murid pemulihan yang mengikuti program pemulihan khas. Pada mulanya, Pre- Test Ujian Dignostik Pengamatan telah diberikan kepada murid tersebut untuk mengenal pasti secara khusus masalah yang oleh murid. Ini dapat membantu mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Selain itu, ia dapat membantu untuk merancang program pengajaran yang khusus atau Rancangan Pelajaran Individu (RPI) kepada murid tersebut

dengan lebih tepat dan sistematik. Selepas menjalankan pengajaran individu kepada murid tersebut selama sebulan, akhirnya diberikan ujian dignostik pengamatan dengan kemahiran- kemahiran tertentu sebagai Post Test.

5.1 Instrumen Kajian Dua jenis instrumen digunakan untuk tujuan mengenal pasti masalah iaitu: 1) Ujian Diagnostik Pengamatan 2) Senarai Semak

5.2 Prosedur Kajian Dipilih seorang murid untuk menjalankan ujian diagnostik pengamatan. Melalui uiian dignostik pengamatan tersebut dapat mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai kemahiran pengamatan. Selain itu, telah mengumpul maklumat mengenai ciri- ciri murid pemulihan berdasarkan senarai semak. Ini telah membantu untuk lebih mengenali murid tersebut dengan terperinci.

Melalui dapatan ujian dignostik pengamatan, guru telah mengetahui murid tersebut gagal menguasai mazing atau cari jalan keluar. Guru merancang dan membina bahan bantu mengajar yang bersesuai mengikut tahap murid. Selepas setiap Rancangan Pengajaran Individu (RPI), guru memberi lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan murid. Selepas sebulan, guru memberi Post Test untuk mengetahui keberkesanan intervensi yang digunakan untuk mengatasi masalah pengamatan murid.

5.3 Analisis Data Kajian dianalisis dengan menggunakan Pre- Test Ujian Diagnostik Pengamatan dan Post Test Ujian Diagnostik Pengamatan. Hasil daripada Post Test Ujian Diagnostik Pengamatan, murid gagal menguasai kemahiran penglihatan dari aspek mazing atau cari jalan keluar. Murid menjadi keliru dan gelisah semasa membuat ujian diagnostik dalam kemahiran ini.

Guru

dapat

melihat

perkembangan

yang

ketara

selepas

menjalankan

Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Setiap lembaran kerja, murid membuat dengan baik dan kemas. Hasil daripada Post Test Ujian Diagnostik pengamatan

yang dijalankan didapati murid telah boleh membuat kemahiran mazing atau mencari jalan keluar pada aras tinggi. Setiap data atau ujian beserta lembaran kerja dikemukakan.

6.0 Dapatan Kajian 6.1 Ujian Diagnostik Pengamatan yang diberikan amat sesuai digunakan untuk mengesan kelemahan murid secara terperinci. 6.2 Intervensi yang digunakan sesuai dengan masalah murid. Masalah murid dapat diatasi dengan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). 6.3 Lembaran kerja yang diberikan telah mengukuhkan penguasaan murid terhadap kemahiran mazing atau mencari jalan keluar.

7.0 Cadangan Antara cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini ialah: 7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membina ujian diagnostik

pengamatan yang mempunyai ketiga- tiga aras dan diedarkan di seluruh sekolah di Malaysia. 7.2 Mengadakan kursus- kursus atau bengkel- bengkel mengenai ujian Diagnostik pengamatan dan strategi menjalankan kemahiran pengamatan. 7.3 Menilai dan memantau perlaksanaan ujian diagnostik pengamatan di setiap sekolah untuk menambahbaik ujian diagnostik 7.4 Merancang dan mengedarkan prosedur perlaksanaan ujian diagnostic pengamatan kepada setiap guru pemulihan.

Trenda pelaksanaan program pemulihan sekolah rendah berlandasan pelaksanaan KSSR Satu daripada Minister Key Performance Indicators (MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Pernyataan MPKI tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk

menentukan sama ada MPKI itu dapat dicapai atau tidak. Disamping itu, hal ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenalpasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi dan Numerasi, supaya diagnosis dijalankan tentang apa yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan instrumen saringan. Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia. Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas literasi dan numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan (depth of the content) yang akur dengan perkara yang dipelajari oleh murid dalam tahun berkenaan. Berdasarkan respons yang diterima sama ada dari sekolah, media massa, NGO, masyarakat, ibu bapa atau orang perseorangan membayangkan bahawa ramai dalam kalangan murid Tahun 1 yang belum menguasai saringan, mereka dianggarkan 50% hingga 70%. Ini kerana instrumen yang dibina sukar untuk murid Tahun 1. Pembinaan instrumen saringan dibina mengikut teori dan konsep pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bagi pendapat saya, instrumen harus dibina mengikut tahap atau aras pelajar Tahun 1. Contohnya, Konstruk 2: keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka ini merupakan konstruk yang aras tinggi dan mengambil masa yang lama untuk mengajar kepada murid Tahun 1. Murid- murid Tahun 1 mengambil masa yang lama iaitu 1 bulan untuk membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. Selepas muridmuris menguasai huruf, guru akan mengajar suku kata terbuka bagi setiap huruf konsonan. Ini akan melambatkan proses pengajaran kemahiran atau konstruk lain. Murid- murid Tahun 1 selalunya menghadapi masalah untuk mengenal sebutan suku kata terbuka. Guru perlu merancang dan melaksanakan pelbagai kaedah untuk meningkat kefahaman terhadap kemahiran ini. Ini akan mengambil masa yang lama iaitu 2 bulan. Faktor yang menyebabkan kelambatan penguasaan adalah murid- murid tidak mengikut tadika ebelum memasuki Tahun 1. Selain itu, pada bulan Mac murid- murid Tahun 1 perlu menduduki saringan Konstruk 1 dan Konstruk 2, Maka, murid- murid Tahun 1 sememangnya tidak akan mengusai saringan. Seterusnya, murid- murid yang tidak mengusai Konstruk 1 dan 2 akan dikenali sebagai sebagai LInus Tegar dan dimasuki kelas pemulihan. Murid- murid mempelajari Linus di kelas pemulihan sehingga mereka menguasainya, Manakala, murid- murid Tahun 1 yang menguasai Konstruk 1 dan 2 tetapi tidak menguasai Konstruk 3 hingga 8 akan mempelajari Linus di kelas biasa, Murid- murid Tahun 1 yang menguasai Konstruk 1 hingga 8 akan mengikuti pembelajaran mengikut sukatana KSSR Bahasa Melayu. Mereka dikenali sebagai arus perdana. Murid- murid Tahun 1 yang tidak mengusai Konstruk 3 hingga 8 akan mempelajari di kelas arus perdana bersama murid murid arus perdana. Guru perlu menulis 2 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) untuk dua jenis kumpulan. Disinilah kedua- dua kumpulan murid akan diabaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru perlu mengajar kedua- dua kumpulan secara serentak. Semasa guru mengajar murid- murid arus perdana, murid- murid Linus akan terabai. Ini kerana terdapat beberapa kemahiran dalam Linus yang perlu dikuasai oleh

murid. Setiap murid mempunyai kelemahan yang berbeza dalam setiap konstruk. Ini akan menyukarkan guru untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

REFLEKSI
Saya Sangitha Sadayan telah membuat satu tugasan yang berkaitan dengan Isu dan Trenda dalam Pendidikan Pemulihan yang di berikan oleh pensyarah saya Pn. Liew Fee Lan. Tugasan ini merupakan tugasan kumpulan. Saya bersama rakan saya Sumathi Rajanthiran, telah membuat tugas ini. Sebelum memulakan tugasan, kami

mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada pensyarah kami agar kami memahami tugasan kami dengan sempurna. Kami juga telah merujuk beberapa buku supaya kami mampu menepati segala kretiria yang kami perlu untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, kami mengumpul maklumat mengenai tugasan ini. Kami juga telah mengumpul maklumat dari sekolah dengan memberikan ujian diagnostik Pengamatan kepada murid- murid pemulihan bagi mengenal pasti masalah mereka. Semasa saya membuat tugasan ini, saya mendapati banyak perkara yang perlu saya pelajari mengenai topik ini. Saya juga menghadapi masalah dalam mengumpul maklumat kerana tiada kemudahan internet yang sempurna di institut perguruan ini. Saya juga terpaksa mengumpul maklumat daripada buku-buku tbagi memastikan kesahihan maklumat yang saya perolehi. Saya merancang Rancangan Pengajaran Individu (RPI) dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid menghadapi masalah dalam

pengamatan. Saya juga sedar bahawa guru harus menggunakan kaedah - kaedah pengajaran yang menarik minat dan merangkumi tahap mereka agar merea tidak berasa bosan dalam pelajaran. Ia menjadi tanggungjawab setiap guru.

Pada penghujung tugasan ini, saya berasa sangat gembira kerana mereka yang berada disamping saya memberikan rangsangan dan kerjasama yang bagus untuk saya menyiapkan tugasan ini. Mereka tidak menolak untuk menolong saya setiap kali saya memerlukan pertolongan mereka. Saya mendapati tugasan ini memberikan satu peluang yang sangat baik kepada saya untuk belajar dan mencari maklumat dengan cara yang berkesan. Saya juga belajar erti kerjasama dan persahabatan. Hubungan antara kawan-kawan saya menjadi lebih erat. Tugasan ini memberikan peluang kepada saya untuk belajar matapelajaran ini dengan lebih mendalam. Saya juga belajar mengenai kaedah-kaedah berkesan untuk mengajar muridmurid yang mengalami masalah pengamatan. Saya mendapati masalah pengamatan harus dibendung agar murid-murid dapat meneruskan pembelajaran mereka. Pengetahuan yang saya perolehi mengenai isu dan trenda murid pemulihan merupakan sesuatu yang sangat berfaedah kepada saya untuk membantu kanak-kanak pemulihan mengatasi masalah pengamatan. Ia menjadi satu tanggungjawab untuk setiap guru pemulihan untuk membantu mereka. Sekian, terima kasih.

BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR : SANGITHA SADAYAN SUMATHI RAJANTHIRAN UNIT SEMESTER MATA PELAJARAN : PISMP PEM ( BT ) :5 : ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN PENSYARAH PEMBIMBING : PN.LIEW FEE LAN

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN

T/TANGAN

Menerima soalan tugasan 28.02.2011 dan taklimat daripada pensyarah, Pn.Liew

Tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 25 April 2011

03.03.2011

Memahami kehendak soalan tugasan

Membuat jadual rangka kerja

mencetak bahan yang 24.03.2011 Mencari maklumat di pusat sumber dan buku terkumpul membuat nota ringkas

27.03.2011

Mengumpulkan maklumat

menyusun bahan yang diperolehi

menganalisis bahan mengikut kehendak soalan membuat pemilihan bagi bahan yang hendak digunakan

12.04.2011

Mengenal pasti isi-isi yang hendak digunakan

memasukkan isi yang telah dianalisis.

menyerahkan tugasan 25.04.2011 yang telah disiapkan kepada pensyarah pembimbing.

memasukkan bahan dan maklumat yang baru diperolehi

BIBLIOGRAFI
Kamaruddin bin Hj Hassan, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, Penerbitan Sarjana, 1986. Surayah Zaidon, Haslinda Md.Ali. Penilaian dalam pendidikan prasekolah. Kuala Lumpur. Percetakan Zafar Sdn. Bhd. 2009. Manual Instrumen Senarai Semak Disleksia. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. Percetakan Selaseh Sdn. Bhd. 2003 Buku Maklumat Pendidikan Khas. Kuala khas. 2007 Margaret A. R , Lynne K.L., & Janet W.L. (1989). Reading Problems: Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall. DR.REID LYON (1995) CHILD DEVELOPMENT AND BEHAVIOR BRANCH ( NATIONAL INSTITUTES OF HEALTH ) www.google.com Nota dari Pn. Liew Lumpur. Jabatan Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai