Anda di halaman 1dari 2

Soalan ISL

Penilain Formatif

Masalah 1 : Menentukan topik pembelajaran - ( guru memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan semua sukatan berkenaan ) Cadangan mengatasi : Guru harus menyusun topik berkenaan mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas,

maka penekanan harus diberikan dan mungkin perlu dikecilkan kepada subtopik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid menguasai sesuatu subtopik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik. Cadangan 2 : Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatutopik pembelajaran. Guru harus mengenal pasti aspek-aspek tertentu setiap topik yang perlu dikuasai oleh pelajar. Misalnya, pelajar dapat mengenal warna, simbol, membaca dan Iain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentukan tahap penguasaan murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80 peratus hingga 90 peratus pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik,

memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan. Cadangan 3: Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, guru seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.

Anda mungkin juga menyukai