Anda di halaman 1dari 5

JURNAL REFLEKTIF Secara keseluruhannya aktiviti dalam tugasan kali ini banyak memberi pengalaman dan pendedahan yang

lebih meluas serta mencabar terutamanya dalam bidang Pendidikan Inklusif..Lebih-lebih lagi kajian-kajian yang telah dilakukan, amat penting bagi melengkapkan setiap guru dengan pengetahuan asas dalam pendidikan khas serta isu-isu tentang permasalahan murid-murid berkeperluan khas. Kajian ini juga banyak membuka ruang minda dan fikiran kita dalam mendalami serta mengkaji sejauh mana murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif.

ANALISIS KAJIAN DAN TEMPOH MASA Secara umumnya,berdasarkan ujian saringan serta berpandukan instrumen yang telah dibangunkan, hanya terdapat 2 orang murid sahaja yang berkeperluan khas di dalam kelas yang saya uji.Keduaduanya saya telah kategorikan sebagai murid Linus Tegar dan perlu dirujuk kepada Guru Pemulihan untuk dibimbing dalam Program Pemulihan Khas.

Ujian saringan dan pengesanan ini mengambil masa selama 3 hari mengikut pengkelasan murid.Kajian saya turut dibantu oleh beberapa orang guru Subjek seperti guru B.Malaysia,Matematik dan juga guru Kesihatan.Guru kesihatan dilibatkan bagi memudahkan instrumen dilakukan terutama yang melibatkan anggota pancaindera seperti penglihatan dan pendengaran serta rujukan pihak hospital jika berkenaan.

HASIL KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAJIAN Sepanjang menjalankan aktiviti pencarian dan kajian dalam tugasan Pendidikan Inklusif ini banyak pengetahuan baru yang saya perolehi.Antaranya skop sebenar dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas

biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.

Melalui kursus dan kajian ini juga,satu maklumat tepat dan baru dapat saya perolehi dimana Pendidikan Inklusif Penuh melibatkan murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).Manakala,Inklusif separa melibatkan murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). Walaubagaimanapun,kelemahan yang dapat saya kesan ketika kajian ini dilakukan ialah skop pengetahuan dan persediaan guru dalam mengenal pasti tahap pembelajaran murid.Saya dapati disini,guru sering dapati pelajar yang berkemampuan,berlainan dari pelajar-pelajar lain.Oleh itu kursus khas yang dihadiri oleh guru yang terlibat mampu membantu guru menangani keperluan pelajar begini untuk menghadapi pelajaran secara lebih efektif. Kursus ini menggabungkan tiga aspek pendidikan yang penting untuk guru yang menghadapi keadaan sedemikian iaitu pendidikan inklusif, literasi dan numerasi.Guru juga perlu lebih peka dan prihatin dengan apa jua tingkah laku murid di dalam kelas.

CABARAN Antara cabaran yang dapat di kesan ialah apakah aktiviti dan pendekatan yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas.Dapat dikatakan,proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan dan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat memastikan murid terlibat aktif, juga membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.

Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan secara kelas,kumpulan mahupun secara individu.

TINDAKAN SUSULAN DAN CATATAN Seterusnya,tindakan susulan ini saya rungkaikan berdasarkan hasil kajian murid yang telah dikenal pasti sebagai murid pemulihan khas pembelajaran. Saya rumuskan disini,bahawa pendidikan pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolahsekolah biasa atau aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.Iaitu pengajaran yang bertujuan memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal. Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, maktab perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara. Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga menjurus kepada kelemahan murid. Kini, kelas pemulihan khas telah mengalami transformasi dan mempunyai kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan kelas yang kondusif . Sebelum mereka ditempatkan di kelas pendidikan pemulihan khas mereka akan mengikuti prosedurprosedur seperti yang terdapat dalam carta alir pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas seperti :

Kenal pasti murid Penilaian Awal Pendekatan Individu ( Kelas Khas ) Catatan terakhir yang dapat saya huraikan disini ialah , bahan bantu mengajar bagi murid Pendidikan Khas. Dalam konteks Malaysia, kanak-kanak berkeperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan. Oleh yang demikian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam mengintegrasikan penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua peringkat sekolah. Pendidikan khas juga tidak terkecuali dari tempias perkembangan ICT yang mana ia banyak memberi faedah kepada proses P&P yang berlaku di sekolah pendidikan khas.

RUMUSAN Dapat saya rumuskan disini,Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas.

Diharapkan elemen-elemen yang dibincangkan iaitu pengajaran pemulihan, kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar ini sentiasa dipantau dari masa ke semasa dan dikemaskini selaras dengan modul pembelajaran terkini yang sentiasa bersifat dinamik dan seimbang.Insyaallah,sekiranya seseorang guru telah mantap dan berpengetahuan meluas dalam bidang ini akan mampu menghasilkan kemenjadian murid yang positif walaupun murid tersebut merupakan seorang murid bekeperluan khas.

Anda mungkin juga menyukai