Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

(PRAKTIKUM FASA 1)

JENIS Log Harian 3


MINGGU PRAKTIKUM Minggu Pertama
HARI/TARIKH 13 JUN 2019 (Khamis)

Pada hari ketiga praktikum iaitu pada 13 Jun 2019 bersamaan hari Khamis, saya bersama
rakan praktikum telah ditugaskan untuk melatih murid PPKI seramai 6 orang murid lelaki
untuk menendang bola penalti ke dalam gol dan 6 orang murid perempuan untuk
menjaringkan bola jaring. Hal ini kerana murid-murid tersebut akan mewakili sekolah ini
untuk pertandingan sukan yang akan diadakan nanti. Latihan yang dilakukan adalah
selama 1jam 30minit dari jam 7:30pagi – 9:00pagi.
Setelah itu, saya memasuki ke kelas 5 Mutiara bagi melihat dan mengenalpasti
masalah murid-murid di dalam kelas tersebut. Hal ini kerana kelas tersebut merupakan
kelas yang akan saya ajari sepanjang tempoh praktikum ini. Pada masa tersebut, subjek
yang sedang dipelajari oleh murid kelas itu ialah subjek Bahasa Melayu dan diajar oleh
Puan Amirah. Dengan melihat murid-murid tersebut, saya mendapat idea awal untuk
merancang RPH bagi aktiviti PdPc kelas terbabit.

Anda mungkin juga menyukai