Anda di halaman 1dari 5

MMI adalah singkatan daripada Melindungi Masa Instruksional, apakah pula maksud Melindungi

Masa Intruksional ini? Siapakah yang terlibat dalam MMI? Bagaimana MMI berlaku? Apakah Objektif
perlaksanaan MMI?

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti pendidikan negara
berada di tahap yang terbaik demi pembangunan negara yang tercinta. Tanpa kualiti pendidikan
yang baik, usaha untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang 2020 sukar untuk dicapai.

Objektif pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) ialah:

a) Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep MMI,

b) Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMI di sekolah
untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid,

c) Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat
menyebarluaskan konsep MMI ke semua sekolah di bawah pentadbiran mereka,

d) Memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid di semua sekolah,
dan

e) memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.

Kenapa perlu kepada MMI?

Pemeriksaan di sekolah memperlihatkan terdapat sebilangan guru yang meninggalkan bilik darjah
dan tidak melaksanakan PdP sama ada disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi. Oleh hal yang
demikian, dikemukakan beberapa cadangan berkaitan pengurusan kurikulum, kokurikulum, jadual
waktu dan latihan bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam kelas.

Beberapa Isu yang difokuskan adalah seperti berikut:

1. Guru tiada di sekolah

2. Guru berada di sekolah tetapi tidak berada dalam kelas

3. Guru masuk kelas tetapi tidak mengajar

4. Pengurusan bilik darjah

5. Kesediaan guru melaksanakan pengajaran

6. Kesediaan murid

7. Gangguan dalaman
8. Disiplin murid

9. Acara rasmi sekolah

Semua isu di atas ini banyak berlaku di sekolah sehingga menyebabkan waktu pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas tidak berlaku dengan baik.

Antara Cadangan dan Tindakan Mengatasi Masalah tersebut:

1. Guru tiada di sekolah

Pihak pentadbiran sekolah perlu merancang dan melaksanakan kaedah guru ganti dengan baik dan
berkesan. Proses ini boleh dilaksanakan menerusi :

a) Aliran yang sama

Guru ganti yang ditugaskan di sesebuah kelas akan dapat mengajar mengikut tahap sukatan yang
sama walaupun subjeknya berbeza dengan guru yang tidak dapat hadir.

b) Tahap yang sama

Sekiranya guru yang diganti itu bukan daripada aliran yang sama, sekurang-kurangnya biarlah guru
tersebut pada tahap yang sama dengan guru yang tidak dapat hadir sama ada tahap satu atau tahap
dua kerana perbezaan sukatan tidaklah terlalu jauh berbeza.

c) Konsep jual beli

Menerusi konsep ini, guru yang sedia maklum akan ketidakhadirannya bagi sesuatu kelas boleh
bertukar masa PdP bagi subjeknya dengan guru aliran yang sama supaya apabila ia kembali bertugas,
ia akan mengambil alih masa PdP guru berkenaan. Guru berkenaan juga boleh menyediakan bahan
yang terancang dan lengkap membolehkan masa tersebut dapat dipenuhi dengan PdP yang
berkesan.

2. Guru berada di sekolah tetapi tiada di kelas

Pihak pentadbir sekolah perlu memberikan penekanan dan membuat pemantauan agar semua guru
dapat memenuhi dan mematuhi masa instruksional berdasarkan jadual yang ditetapkan. Tindakan
secara berhemah seperti nasihat, amaran seterusnya ke tahap tindakan tatatertib perlu diambil
terhadap guru terlibat.

Usaha-usaha untuk melindungi masa instruksional (protecting instructional time) perlulah


dititikberatkan oleh pihak sekolah terutama guru-guru bagi memastikan pembaziran masa untuk PdP
dapat dikurangkan.

Semoga hasrat dan usaha ini dapat dijayakan bersama oleh semua pihak tidak kira dari kalangan
pentadbir, guru, murid dan juga penjaga.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan MMI seperti cadangan pelaksanaan dan
kaedah pengurusan ini boleh memuat turun di bawah:
Apa itu MMI Melindungin Masa Instruksional

1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?

MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu Melindungi Masa Instruksional. Masa
Intruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan tanpa
sebarang gangguan.

2. Adakah MMI satu dasar baharu?

MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam kepimpinan instruksional.

MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI sememangnya telah menjadi amalan warga pendidik sejak
sistem pendidikan negara dibangunkan, iaitu penekanan konsep guru mengajar dan murid belajar.
Oleh yang demikian, MMI diberikan jenama baharu dan diberikan penekanan semula oleh pihak
KPM.

3. Apakah perlu MMI di sekolah?

MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi memastikan peningkatan keberkesanan


pembelajaran murid berteras konsep ”Guru Mengajar dan Murid Belajar”.

4. Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan MMI?

Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah terlibat
dalam pelaksanaan MMI.

5. Apakah faedah MMI kepada murid?

Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum jika MMI dilaksanakan dengan berkesan
di sekolah. Manakala guru yang menghayati MMI akan berupaya meningkatkan keberkesanan
pembelajaran murid.

6. Siapakah urus setia MMI?

Peringkat sekolah – GPK Pentadbiran

Peringkat PPD – Pegawai Meja yang dilantik


Peringkat JPN – Pegawai Meja yang dilantik

Peringkat KPM – Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM

Pimpinan sekolah

7. Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan MMI?

JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh dibincangkan dalam JK Kurikulum.

8. Betulkah guru-guru tidak boleh keluar mengiringi murid untuk menyertai sebarang aktiviti dan
program yang diadakan di luar sekolah?

MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti lain selepas
mendapat kebenaran daripada pemimpin sekolah.

9. Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang aktif. Saya telah menerima tawaran untuk
melakukan aktiviti sukarelawan membantu mangsa yang cedera semasa negara ditimpa bencana.
Adakah pihak pemimpin sekolah akan memberikan kebenaran kepada saya untuk menyertai aktiviti
tersebut?

Pemimpin sekolah sepatutnya membuat pertimbangan berdasarkan keperluan dan keutamaan


peranan guru berkenaan. Sekiranya tiada halangan guru berkenaan boleh menyertai aktiviti
tersebut. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan bahan PdP untuk murid-murid sepanjang
ketiadaannya di sekolah.

10. Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah dan guru kerana perlu menyediakan pelbagai
bentuk laporan?

MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan guru. Ini kerana KPM sentiasa berusaha
melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan MMI agar tidak membebankan mana-mana pihak.
Oleh itu, garis panduan berkaitan pelaksanaan MMI disediakan oleh KPM bagi membantu semua
pihak melaksanakan MMI dengan berkesan.

11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan pihak luar. Sekiranya agensi tersebut ingin
melaksanakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan apakah tindakan yang perlu diambil
oleh pihak sekolah?
Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana agensi yang berhasrat
mengadakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan dan menjelaskan tentang pelaksanaan
MMI. Pihak sekolah perlu menghubungi Unit Perhubungan JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk
melaksanakan aktiviti berkenaan.

12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar, kursus atau aktiviti luar jika
menerima surat arahan daripada KPM, JPN dan PPD?

Pengetua dan Guru Besar perlu memberi pertimbangan atas kewajaran guru- guru ini terlibat dalam
aktiiviti dan program yang diarahkan. Sekiranya guru menghadiri aktiviti di atas maka guru perlu
menyediakan bahan PdP yang sesuai selama ketiadaannya di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai