Anda di halaman 1dari 14

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pengumuman ragbi tujuh sebelah sebagai salah satu acara di Sukan Olimpik 2016 dan 2020
telah meningkatkan lagi populariti sukan ragbi tujuh sebelah di peringkat antarabangsa
(IRB, 2010). Ragbi ialah sejenis permainan padang yang pantas dan memerlukan banyak
sentuhan badan serta disepadukan dengan kemahiran individu seperti mengawal bola
dengan tangan, berlari dan menendang serta kemahiran unit seperti scrum, ruck, maul dan
line-out. Menurut IRB (2009) di dalam sukan ragbi terdapat dua versi permainan ragbi iaitu
versi 15 sebelah dan tujuh sebelah. Sememangnya tidak dapat untuk dinafikan bahawa
ragbi versi lima belas sebelah mempunyai daya tarikan kepada penonton kerana
memperlihatkan seni asal sukan ragbi. McNally (2011) menyatakan bahawa terdapat
perbezaan antara permainan ragbi tujuh sebelah dan 15 sebelah iaitu penetapan pemikiran,
aplikasi undang-undang, atlet dan set kemahiran.

1.2 Latarbelakang Kajian

Menurut Cain dan Growden (2006) sukan ragbi tujuh sebelah telah menarik ramai pemain
dan peminat baru ke dalam sukan ragbi kerana kelajuan permainan, masa yang pendek dan
mudah difahami. Ragbi tujuh sebelah juga semakin digemari kerana para pemain dengan
jumlah yang kurang iaitu tujuh orang pemain dalam sebuah pasukan bermain dalam padang
yang digunakan untuk permainan lima belas sebelah. Berdasarkan statistik perlawanan
Kejohanan Siri IRB Tujuh Sebelah 2010/11 dan 2009/10 yang dikeluarkan oleh International
Rugby Board (IRB) seperti dalam jadual 1.1 menunjukkan kadar try yang dilakukan adalah
setiap 76 saat manakala sebanyak 88% perlawanan dimenangi oleh pasukan yang
melakukan banyak try.

1.3 Penyataan Masalah

Hasrat meningkatkan prestasi pengadil ragbi di Malaysia ke tahap bertaraf dunia adalah
antara harapan dan cabaran yang harus dipikul oleh para pengadil selaras dengan matlamat
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM). Lantaran itu pengadil ragbi Malaysia perlulah memiliki
kualiti yang menepati kriteria yang ditetapkan oleh International Rugby Board (IRB) bagi
merealisasikan harapan mereka. Ini selaras dengan perkembangan sukan ragbi sebagai
sukan bertaraf dunia dengan adanya perlawanan antarabangsa serta perkembangannya ke
serata dunia. Namun pun demikian berdasarkan jadual 1.2, jumlah pengadil ragbi Malaysia
yang terpilih oleh IRB mengadili perlawanan antarabangsa telah merosot sehingga tiada
wakil negara pada tahun 2010.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap serta menentukan perbezaan tahap pemboleh
ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar di kalangan responden. Kajian ini turut
menentukan hubungan dan pengaruh antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah
bersandar responden yang dikaji.

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai empat objektif iaitu:

1.5.1 Mengenal pasti tahap pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar.

1.5.2 Menentukan perbezaan tahap pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar
berdasarkan faktor demografi (contohnya umur dan pengalaman).

1.5.3 Menentukan hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah
bersandar.

1.5.4 Menentukan pengaruh antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah
bersandar.
1.6 Soalan Kajian

Kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:

1.6.1 Apakah tahap pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar?

1.6.2 Adakah terdapat perbezaan tahap pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah
bersandar berdasarkan umur dan pengalaman responden?

1.6.3 Adakah terdapat hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah
bersandar?

1.6.4 Adakah terdapat pengaruh antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah
bersandar?

1.7 Hipotesis Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian, hipotesis kajian yang dinyatakan dalam bentuk hipotesis
nol adalah seperti berikut:-

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pemboleh ubah bebas 1 dan

pemboleh ubah bersandar berdasarkan umur.

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pemboleh ubah bebas 2 dan

pemboleh ubah bersandar berdasarkan umur.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pemboleh ubah bebas 3 dan

pemboleh ubah bersandar berdasarkan umur.

Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pemboleh ubah bebas 1 dan

pemboleh ubah bersandar berdasarkan pengalaman.

Ho5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pemboleh ubah bebas 2 dan

pemboleh ubah bersandar berdasarkan pengalaman.

Ho6 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pemboleh ubah bebas 3 dan

pemboleh ubah bersandar berdasarkan pengalaman.


Ho7 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah bebas 1 dengan

pemboleh ubah bersandar.

Ho8 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah bebas 2 dengan

pemboleh ubah bersandar.

Ho9 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah bebas 3 dengan

pemboleh ubah bersandar.

H10 Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas 1 dengan

pemboleh ubah bersandar.

H11 Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas 2 dengan

pemboleh ubah bersandar.

H10 Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas 3 dengan

pemboleh ubah bersandar.

.
1.8 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di kejohanan-kejohanan ragbi tujuh sebelah yang mendapat kebenaran
KRM sahaja. Instrumen soal selidik mengukur kemahiran psikologi tidak dibina di Malaysia
maka sudah tentu wujud beberapa perbezaan sosiobudaya yang ketara dan memberi
kefahaman beberapa istilah yang diterjemahkan. Oleh itu dapatan kajian ini perlu ditafsirkan
dengan berhati-hati menggunakan soal selidik yang diterjemahkan sahaja.

1.9 Signifikan Kajian

Walaupun pengadil mempunyai pengaruh yang penting dalam permainan, namun


kebanyakan literatur penyelidikan sains sukan lebih menumpukan kepada kajian
meningkatkan atlet elit (Farrow dan Abernethy, 2002) dan bukannya terhadap prestasi
seseorang pengadil. Walaupun terdapat kajian yang melihat aspek pengadil di luar negara
tetapi hanya ada satu kajian berkenaan pengadil ragbi yang diterbitkan di Malaysia. Oleh itu
hasil kajian ini memberikan gambaran kepada Kesatuan Ragbi Malaysia terhadap
perlaksanaan kursus, latihan, pengujian dan penggredan pengadil khususnya pengadil ragbi
tujuh sebelah.

1.10 Definisi Operasional

Definisi operasional diperoleh berdasarkan sorotan literatur dan yang digunakan dalam
kajian ini iaitu:
1.10.1 Pengetahuan

Pengetahuan merujuk kepada kefahaman tentang undang-undang permainan


ragbi IRB. Ujian Pengetahuan Undang-Undang Ragbi (UPUR merupakan ujian
bertulis dalam bentuk objektif diguna untuk mengukur pengetahuan prosedural
dan deklaratif.

1.11 Kesimpulan

Berdasarkan kepada latar belakang kajian, permasalahan kajian dan objektif kajian, isu
kemerosotan kuantiti dan kualiti pengadil ragbi tujuh sebelah Malaysia di peringkat
antarabangsa dan cabaran perlawanan ragbi tujuh sebelah, menjadi satu isu yang boleh
dibincangkan dengan lebih lanjut lagi. Kajian ini hanyalah melibatkan empat pemboleh ubah
tidak bersandar iaitu pengetahuan, kecergasan fizikal, membuat keputusan dan kemahiran
psikologi. Keempat-empat pemboleh ubah tidak bersandar ini dianggap sebagai indikator
penting dalam penyelesaian terhadap prestasi pengadil ragbi tujuh sebelah yang dikaji.
Sementara pemboleh ubah bersandar adalah prestasi pengadil mengadili perlawanan.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bab ini bertujuan untuk menerangkan ……….Sehubungan dengan itu fokus dan
perbincangan dalam bab ini memberi tumpuan kepada …….. Teori, model dan kerangka
konsep kajian yang dibentuk turut dibincangkan

2.2 Pemboleh Ubah Bersandar

2.2.1 Teori

2.2.2 Kajian Lepas

2.3 Pemboleh Ubah Bebas 1

2.3.1 Teori / Model

2.3.2 Kajian Lepas

2.4 Pemboleh Ubah Bebas 2

2.4.1 Teori / Model

2.4.2 Kajian Lepas

2.5 Pemboleh Ubah Bebas 3

2.5.1 Teori / Model

2.5.2 Kajian Lepas

2.6 Kerangka Konsep Kajian

Rangka konseptual kajian ini akan menggunakan model yang diadaptasi………….. Pemboleh
ubah bebas yang dikaji adalah.... Bagi pemboleh ubah bersandar pula melibatkan…….
Model-model lain seperti……. turut menyokong…….. Kerangka konsep kajian adalah seperti
dalam rajah …… di bawah:

2.7 Rumusan

Berdasarkan sorotan literatur, maka terdapat beberapa kesimpulan dibuat iaitu secara
umum/ringkas, pemboleh ubah–pemboleh ubah yang dipilih dalam membentuk kerangka
kajian adalah bersesuaian dengan mengambil kira dapatan, kelemahan kajian yang
terdahulu dan model-model yang ada. Instrumen alat pengukuran juga bersesuaian kerana
disokong oleh kajian-kajian lepas.
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Bab ini menerangkan secara terperinci …….Bab ini juga menghuraikan ………..

3.2 Rekabentuk Kajian

Pendekatan yang digunakan oleh penyelidik ialah reka bentuk kajian bukan eksperimental
iaitu kajian tinjauan (survey). Kaedah penyelidikan bukan eksperimental adalah popular
disebabkan ……………………(rujuakan) Selain itu, kajian tinjauan …………………………….. Bagi
mendapatkan penemuan yang boleh dipercayai pendekatan kuantitatif akan digunakan
untuk penyelidikan ini. Pendekatan kuantitatif dapat didefinisikan
sebagai……………………………….

3.3 Persampelan

Persampelan merupakan ……………….. (rujukan). Populasi kajian ini ialah………


……………………………….. Berdasarkan sumber yang diperoleh daripada ………………………
(rujukan), populasi ………………. adalah seramai ……..orang. Walau bagaimana pun dalam
kajian ini, pengkaji telah merujuk kepada formula penentuan saiz Krejcie dan Morgan (1970)
di mana bagi populasi seramai .……maka saiz sampel seramai …… adalah mencukupi.
Manakala Cohen, Manion dan Morrison (2000) berpendapat penentuan saiz sampel
seharusnya mengambil kira aras kesignifikanan dan ralat persampelan. Dalam kajian ini,
pengkaji memilih ralat persampelan sebanyak lima peratus dan aras kebolehpercayaan 95%
(aras kesignifikanan = .05), oleh itu saiz sampel kajian yang dicadangkan oleh Cohen et. al
(2000) untuk populasi yang tidak melebihi …….. ialah seramai ……. orang. Pengiraan
menggunakan formula Cochran (1977) dalam Bartlett, Kotrlik dan Higgins, (2001) pula
mendapati bahawa saiz sampel yang diperlukan ialah ……….. orang. Pengkaji menetapkan
bilangan sampel sebanyak …….. orang melebihi bilangan yang dicadangkan oleh Krejcie dan
Morgan (1970), Cohen, Manion dan Morrison (2000) dan formula Cochran (1977).

Pemilihan sampel dalam kajian ini menggunakan kaedah persampelan ……………….


Kaedah ini paling praktikal dan senang diurus dalam kajian pendidikan. Langkah-langkah
menjalankan persampelan adalah seperti berikut (rujuk Rajah……):

3.4 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen
kajian untuk mendapatkan data berkaitan ………………. Penggunaan soal selidik …………………
(justifikasikan kenapa menggunakan soal selidik). Borang soal selidik ini diambil daripada
penyelidik lain dan berbahasa Inggeris sebagai sumber rujukan. Maka, penyelidik telah
memohon kebenaran khas daripada semua pemilik asal instrumen tersebut untuk
penterjemahan dan pengubahsuaian. Proses penterjemahan pula, dilakukan dengan
bantuan dua guru pakar bahasa Melayu. Penyelidik turut mengambil perhatian dan
memandang berat terhadap semua komen serta pandangan daripada mereka sepanjang
proses penggubalan soal selidik tersebut. Set soal selidik yang digunakan mempunyai empat
bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C, dan bahagian D seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual ….

Bahagia Pemboleh ubah Bilangan Sumber


n item
A
B
C
D
Jumlah Keseluruhan Item

3.5 Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan ………………………..(rujukan). Connelly (2008) menyarankan bilangan


sampel untuk kajian rintis adalah 10% daripada sampel sebenar. Namun begitu, bilangan
maksimum sampel yang ideal untuk kajian sosial kuantitatif adalah 500 orang (Sekaran,
2000) iaitu 10% daripada 500 adalah 50 orang. Di samping itu, Cooper dan Schindler (2006)
mencadangkan saiz sampel yang kecil dalam kajian rintis iaitu 25 hingga 100 orang
responden. Oleh itu, pengkaji memilih seramai ………………. Kajian rintis telah dijalankan
pada ………………….. Sampel untuk kajian rintis dipilih berdasarkan
………………………………………….

3.6 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan sesuatu instrumen ialah ……………………. (rujukan). Nilai Cronbach Alpha


pula merujuk kepada……………………………..(rujukan). Sim dan Wright (2005); Ramlee Ismail,
Jamal@Nordin Yunus dan Hariri Kamis (2011); Madan dan Kensinger (2017) menjelaskan
nilai Alpha Cronbach yang boleh dipertimbangkan untuk diterima adalah sekurang-
kurangnya 0.70 manakala nilai Alpha Cronbach yang melebihi 0.80 dianggap sangat baik.
Pendapat daripada Borg dan Gall (1983); Popham (1990); Chua (2006) pula menerangkan
nilai Alpha Cronbach yang baik dan mencukupi adalah di antara 0.65 hingga 0.95. Selain itu,
Nunnally dan Bernstein (1994); Bland dan Altman (1997); DeVellis (2003) memberi
pandangan bahawa nilai Alpha Cronbach yang boleh diterima adalah sekitar 0.70 hingga
0.95. Namun begitu, Fraenkel dan Wallen (1996) beranggapan nilai pekali
kebolehpercayaan Alpha Cronbach pada tahap yang terbaik adalah di antara 0.71 hingga
0.99. Dapatan kajian rintis berkaitan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach ditunjukkan
dalam Jadual….

Pemboleh Ubah Sampel Kajian Bilangan Item Nilai Alpha


Cronbach

Merujuk kepada Jadual ….. nilai pekali Alpha Cronbach bagi pemboleh
ubah………………….. Keputusan kajian rintis ini menunjukkan kebolehpercayaan terhadap
item-item dalam setiap konstruk instrumen kajian adalah ……………... Hal ini demikian,
disebabkan nilai Alpha Cronbach adalah di antara …………….. yang diperoleh menerusi
kajian rintis adalah sesuai dengan pandangan Borg dan Gall (1983); Popham (1990);
Nunnally dan Bernstein (1994); Bland dan Altman (1997); Chua (2006); dan DeVellis (2003)
iaitu dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang …………………
3.7 Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur pengumpulan data dalam kajian ini melibatkan murid sekolah menengah harian
biasa di negeri Sabah. Sebelum proses tersebut dijalankan, beberapa prosedur dan langkah
harus dipatuhi oleh penyelidik. Pertama sekali amatlah penting memohon kebenaran untuk
menjalankan kajian terlebih dahulu daripada pihak Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya, kebenaran juga perlu
dibuat daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk melaksanakan kutipan data di
sekolah yang terpilih dalam kajian ini.

Kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan


Negeri Sabah adalah perlu agar sekolah yang terlibat dalam proses pengumpulan data dapat
memberikan kerjasama sepenuhnya mengikut prosedur tanpa sebarang masalah. Pada
awalnya, penyelidik akan mengadakan lawatan ke sekolah yang terlibat dalam kajian ini di
negeri Sabah dan mengenal pasti responden yang sepatutnya dijadikan sampel
penyelidikan. Sebelum itu, penyelidik akan menghubungi pengetua sekolah terbabit bagi
menjelaskan kajian yang dijalankan. Ini sekaligus akan memudahkan serta menjimatkan
masa, kos dan tenaga selain memastikan kelancaran kajian.

Memandangkan penyelidik menggunakan soal selidik berbentuk google form maka


pihak sekolah akan diberikan link untuk disampaikan kepada responden dalam kajian ini.
Dalam kes ini, waktu pengajaran dan pembelajaran murid tidak akan terganggu. Ini adalah
kerana murid boleh menjawab soal selidik tersebut di luar waktu sekolah pada bila-bila masa
mengikut kelapangan mereka. Para responden juga akan diberi penerangan terperinci
berkenaan kajian tersebut termasuklah tatacara menjawab soal selidik. Tambahan pula,
penyelidik turut menekankan aspek kerahsiaan maklumat yang diberi oleh responden.
Semua penjelasan ini adalah perlu bagi memastikan responden memahami dan memberikan
kerjasama dalam menyelesaikan kajian ini.

3.8 Analisis Data

Penyelidik akan mengumpul data untuk dianalisis dengan menggunakan program


IBM SPSS Statistics Version 25.0. Data tersebut kemudiannya dianalisis untuk menguji
kenormalan dan kebolehpercayaan. Ujian kenormalan data akan dibuat berdasarkan serakan
skor min …………………….. Setelah itu, penyelidik akan menganalisis pekali kebolehpercayaan
dengan menggunakan Alpha Cronbach. Objektif pertama kajian ialah untuk mengenal pasti
tahap ………………. Bagi mengenal pasti tahap …………………, pengkaji menggunakan
kekerapan, min, sisihan piawai dan peratusan. Tahap pemboleh ubah kajian ialah
…………………..(bagaimana pengkaji mengkategorikan tahap). Bagi pembahagian tahap
dimensi tahap …….. adalah merujuk kepada Jadual …….

Objektif kedua iaitu menentukan perbezaan tahap ……………………… berdasarkan


umur dan tahun pengalaman …………. Normaliti data dikenal pasti dengan menggunakan
………………………... Ujian parametrik akan dipilih jika data kajian yang dikumpulkan
bertaburan normal. Bagi menentukan ujian statistik yang diperlukan, ujian normaliti telah
dilakukan dan keputusannya seperti di dalam Jadual ……..

Objektif ketiga iaitu menentukan antara hubungan ……………….. Bagi menentukan


perkaitan pemboleh ubah, ia menggunakan Pekali Kolerasi Pearson dan ditentukan perkaitan
berdasarkan Davis (1971) seperti dinyatakan dalam Jadual ……. . Bagi menguji hipotesis
kajian, penyelidik juga menggunakan Pekali Kolerasi Pearson. Signifikan perhubungan
antara pemboleh ubah diguna pakai dalam menentukan sama ada hipotesis kajian diterima
atau ditolak.

Objektif keempat adalah bagi menentukan pengaruh …………………. Bagi


menentukan pengaruh antara pemboleh ubah, regresi stepwise dilakukan kepada
…………………..Dalam memastikan analisis regresi berganda digunakan itu sah, beberapa
syarat dipatuhi. Antaranya ialah ujian normaliti, normality of error terms, linearity,
autocorellation, constant variance-homoscedasticity, multicollinearity dan outliers.
Secara keseluruhannya, penyelidik akan merumuskan kaedah yang akan digunakan
dalam menganalisis data kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual …………………………..

Objektif Kajian/ Hipotesis Faktor Pemboleh Ubah Jenis Ujian


Kajian Demogra
fi

Objektif Pertama : Mengenal -  pemboleh ubah Deskriptif


pasti tahap pemboleh ubah bebas (Kekerapan,
bebas dan pemboleh ubah (skala…………) Peratusan
bersandar.  pemboleh ubah dan Min)
bersandar
(skala …………)

Ho1 Tidak terdapat perbezaan Umur  pemboleh ubah Anova sehala


yang signifikan tahap (Skala bebas
pemboleh ubah bebas 1 Norminal) (skala…………)
dan pemboleh ubah  pemboleh ubah
bersandar berdasarkan bersandar
umur. (skala …………)

3.9 Rumusan

Bab ini telah menghuraikan ……….. Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa kajian ini ialah
untuk …………….

RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai