Anda di halaman 1dari 22

SEMESTER 1 SESI 2014/2015

QKU3033
SOSIOLOGI SUKAN DAN PENDIDIKAN
INTERGRASI NASIONAL (PIN)
TAJUK


DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK NO TELEFON
NITO ANAK TONY D20112055167 014-5841002

KUMPULAN KULIAH: UPSI02

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR.ABD.RAHIM BIN MOHD.SHARIFF
TARIKH SERAH: 29 NOVEMBER 2014

PEMARKAHAN





TUGASAN 2
Kenal pasti seberapa banyak artikel sah yang berkaitan. Pilih TIGA (3) daripada artikel
tersebut, dan hasilkan ulasan yang berkaitan isi kandungan artikel tersebut.



PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,
tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya
mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam
membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Abd. Rahim
bin Mohd. Shariff kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang
sejelasnya untuk membuat tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu
dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan
yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.


















Kandungan
Bilangan Perkara Muka surat
1 Tajuk 1
2 Sinopsis isu 1
3 Pengenalan 5
4 Refleksi terhadap etika pemain/atlet, jurulatih/pegawai dan
penonton 7
5 Kesan semangat kesukanan penonton kepada pasukan dan
negara 10
6 Penutup 11
7 Rujukan 12























TAJUK: ADAKAH ETIKA DALAM SUKAN SUDAH PUDAR?

1.0 SINOPSIS ISU

Kebelakangan ini kita sering didedahkan dengan permasalahan yang berlaku
dalam bidang sukan. Permasalahan yang berlaku menyebabkan sukan di negara kita
mengalami pasang surut dalam pelbagai segi. Jika permasalah ini terus berlaku, Dasar
Sukan Negara yang bertujuan untuk kecemerlangan tidak akan tercapai dengan
sepenuhnya. Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen akan
menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan, peranan setiap individu yang
terlibat sangat penting. Individu berperanan sebagai atlet, jurulatih, penonton serta
badan-badan kerajaan dan NGO. Setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap
tugas serta peranan masing-masing dalam meningkatkan martabat sukan di negara kita.
Kerjasama yang kukuh akan membuahkan hasil dan membawa sukan negara kita ke
satu tahap yang perlu dibanggakan.

Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David adalah antara dua nama yang
sering menjadi sebutan dalam bidang sukan kerana mereka mempunyai personaliti yang
lengkap sehingga telah berjaya menempatkan diri dalam kalangan pemain yang
digeruni dalam bidang sukan masing-masing. Atlet yang berjaya sehingga peringkat
antarabangsa ini kebiasaannya mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i) Disiplin dalam menjalankan latihan yang merangkumi pelbagai aspek
seperti:
a) Fizikal
b) Teknikal
c) Taktikal
d) Psikologi
e) Kebolehan atau kecekapan pasukan
f) Kesihatan

1
g) Menggelakkan kecederaan
h) Pengetahuan teori
ii) Mengamalkan etika dalam sukan seperti
a) Semangat kesukanan

Sukan di negara kita diwarnai dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan
pelbagai pihak. Indivdu yang terlibat dalam insiden yang mencemarkan mutu sukan
negara kita kemungkinan hilang sabar dan tidak berpuas hati terhadap sesuatu
keputusan pegadil atau sesuatu perlawanan. Etika dalam sukan akan diketepikan jika
perkara ini berlaku. Sebagai contoh yang boleh kita jadikan teladan adalah seperti
pemain, penonton atau pegawai dan jurulatih.

i. Pemain atau altet

TINDAKAN tiga atlet olahraga negara iaitu Siti Zubaidah Adabi, Siti
Fatimah Mohamed dan Yee Yi Ling yang mengaku menggunakan sampel
air kencing individu lain ketika diminta hadir menjalani ujian perubatan
(medical test) pada 24 Mei tahun lalu, mengundang rasa kesal Ketua
Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd
Aziz

Sambil menganggap tindakan itu tidak beretika, Ramlan yang
sememangnya cukup arif dengan dunia perubatan sukan berkata,
tindakan ketiga-tiga atlet itu seperti yang terkandung dalam Laporan
hasil siasatan terhadap enam atlet yang menghilangkan diri apabila
diminta menjalani ujian anti-doping di ISN' seperti dilaporkan Arena Metro
kelmarin, hanya merugikan mereka. Jika benar apa yang didakwa, atlet
terbabit menanggung kerugian cukup besar kerana tujuan ujian air
kencing adalah untuk mengenal pasti tahap kesihatan atlet, contohnya
sama ada mempunyai kandungan gula yang berlebihan dan sebagainya.



2
ii. Jurulatih atau Pegawai

Untuk rekod beberapa kes membabitkan penggantungan jurulatih kerana
kelantangan bersuara berlaku sebelum ini membabitkan bekas jurulatih B
Sathianathan (Kelantan), Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor (T-Team)
dan Reduan Abdullah (Felda United)

Sathianathan dijatuhkan hukuman penggantungan enam bulan dan
denda RM2,000 oleh Jawatankuasa Tata Tertib dan Disiplin FAM,
Oktober tahun lalu kerana mempertikaikan pemilihan Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebagai gelanggang
pertemuan Perlis dan Terengganu ketika Stadium Utama Negeri di
Kangar tidak dapat digunakan.

Turut menerima nasib sama, Che Ku Marzuki yang menjalani
penggantungan enam bulan dan denda RM2,000 bermula 21 Oktober
tahun lalu.

Reduan pula didakwa celupar apabila memperkatakan mengenai ujian
yo-yo walaupun banyak pihak mengaku kebenaran kenyataan bekas
pemain Selangor itu. Beliau digantung selama setahun dan denda
RM4,000 namun selepas rayuan dibuat, Jawatankuasa Rayuan
dipengerusikan C Gnanarajah mengurangkan tempoh penggantungan itu
kepada tiga bulan tetapi dendanya di tambah RM2,000 kepada RM6,000.


iii. Penonton
Rusuhan para penyokong selepas aksi skuad Sarawak bertemu Perak
pada perlawanan peringkat Kumpulan B kempen Piala Malaysia 2014 di
Stadium Negeri, Kuching kelmarin menjadi klimaks kepada perjalanan
skuad Bujang Senang itu dalam kempen piala berprestij itu musim ini.

3
Keadaan yang tidak terkawal itu memaksa pasukan FRU melepaskan 26
gas pemedih mata ke arah perusuh selepas amaran untuk bersurai tidak
diendahkan.
Keadaan hanya kembali terkawal kira-kira sejam kemudian selepas
beberapa pasukan tambahan daripada pasukan PDRM, FRU dan
Pasukan Gerakan Am (PGA) tiba dilokasi kejadian untuk mengarahkan
mereka bersurai.
Difahamkan, kemarahan para penyokong Sarawak tersebut tercetus
bukanlah disebabkan tersingkirnya pasukan kesayangan mereka itu
dalam kempen Piala Malaysia kali ini tetapi, mereka ingin membalas
dendam terhadap layanan buruk yang diterima ketika kunjungan para
penyokong Bujang Senang ke Ipoh dalam aksi pusingan pertama
Kumpulan B pada 20 Ogos lalu. (Kosmo, 1 september 2014)

Kesimpulannya, etika dalam sukan memainkan peranan yang penting dalam
proses untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan tertentu dan memajukan sukan di
Malaysia. Etika perlu dipatuhi dalam pelbagai bidang jika ingin berjaya. Tanpa etika
seseorang akan bertindak tanpa memikirkan kesan tindakan yang dilakukan akan
menjejaskan nama baik sesebuah organsasi dan seterusnya nama negara.











4
2.0 PENGENALAN

Etika bermaksud panduan tentang tingkah laku dan nilai-nilai positif yang perlu
ada pada individu yang terlibat dalam sukan. Dalam bidang kesukanan terdapat
tatasusila tertentu yang patut dipatuhi atau diamalkan oleh mereka yang terlibat. Jika
tatasusila itu dilanggar, ini akan memberi gambaran bahawa individu tersebut tidak
mempunyai disiplin dan semangat kesukanan. Akibatnya, kemungkinan individu tersebut
tidak akan dihormati.

Disiplin, nilai-nilai murni, keadilan, permainan bersih, sukan yang bebas daripada
dadah, keselamatan semasa bermain dan permainan yang bebas dari unsur-unsur yang
terangkum dalam etika kesukanan adalah antara unsur-unsur yang perlu menjadi
amalan setiap individu yang terlibat dalam sukan. Matlamat sukan sebagai ejen
perpaduan akan tercapai sekiranya etika kesukanan diamalkan.


2.1 Personaliti Ahli Sukan

Merujuk kepada corak perlakuan yang ditunjukkan oleh individu itu
sendiri. Personaliti merangkumi sikap, cara berinteraksi dengan orang lain.
Personaliti seseorang sering menjadi perhatian orang lain dan lazimnya sesuatu
tanggapan dibuat mengenainya. Antara ciri-ciri yang wajar dimiliki oleh
seseorang atlet termasuklah:

a) Mempunyai disiplin yang tinggi
b) Sentiasa mengamalkan permainan bersih
c) Mempunyai rekod yang baik sepanjang penglibatan dalam sukan
d) Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi
e) Menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan
f) Bijak mengawal emosi semasa dalam gelanggang



5
2.1.1 Disiplin Diri

Disiplin diri yang tinggi dapat membantu seseorang atlet untuk
berada di puncak kecemerlangan. Seseorang atlet yang berdisiplin akan
mudah mendapat sokongan daripada masyarakat. Atlet yang berdisiplin
tahu peranan dan tanggungjawabnya, mematuhi arahan ketua atau
jurulatih, mengikut jadual latihan yang telah ditetapkan dengan baik dan
menghormati rakan sepasukan yang lain. Atlet yang berdisiplin juga
berupaya mengawal emosi untuk mengelakkan perkara yang tidak
diingini berlaku semasa permainan. Kegagalan mengawal emosi semasa
bermain akan membawa kesan negatif kepada diri sendiri ataupun
pasukannya.


2.1.2 Disiplin dalam Sukan

Atlet haruslah memahami undang-undang, strategik, taktik dan
kemahiran dalam sesuatu permainan. Etika dan peraturan permainan
perlu difahami dengan jelas. Pemahaman yang jelas terhadap etika
permainan dapat mengelakkan pemain daripada melakukan kesalahan
semasa bermain.

Aspek yang penting untuk menjadi seorang atlet yang berdisiplin
juga ialah kerjasama dalam sesuatu permainan. Atlet akan menikmati
keseronokan bermain dan dengan itu kemenangan akan diraikan
bersama manakala kekalahan tidak akan dipertanggungjawabkan kepada
individu dalam pasukan.

Selain daripada itu, kesetiaan kepada pasukan adalah perlu untuk
memastikan kerjasama yang erat dalam kalangan atlet. Tindakan negatif
seperti memberi rasuah dalam pasukan yang pernah bermain sebelum ini
berpunca daripada sikap tidak setia kepada pasukan dan sesetengah
individu yang tidak jujur dan amanah.
6
Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi salah satu faktor
kejayaan seseorang atlet. Seseorang atlet yang ingin maju mestilah ingin
meningkatkan prestasinya dan bersedia menerima kritikan daripada
masyarakat dengan hati terbuka. Atlet yang mempunyai personaliti yang
baik akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan boleh dijadikan contoh
kepada masyarakat.

3.0 REFLEKSI TERHADAP ETIKA PEMAIN/ATLET, JURULATIH/PEGAWAI DAN
PENONTON

3.1 Pemain atau Atlet

Merujuk kepada pelbagai kes disiplin yang melibatkan atlet di negara kita
yang disebarkan melalui pelbagai media perlu dijadikan teladan dan pengajaran.
Untuk mencapai sesuatu matlamat kecemerlangan dalam bidang sukan, atlet
perlu mengorbankan banyak masa dan tenaga dalam menjalani persiapan rapi
dari pelbagai segi kemahiran sebelum pertandingan bermula. Dalam
menyediakan diri sebelum pertandingan atau fasa persediaan, atlet perlu
mengamalkan etika dalam menjalani latihan.

Atlet yang menerapkan etika dalam sukan akan berjaya dan berada lama
di lapangan atau sukan yang mereka ceburi. Sebagai contoh, Datuk Nicol Ann
David yang berjaya dengan cemerlang dalam sukan squash. Untuk mencapai
tahap yang diperoleh sekarang ini, Datuk Nicol Ann David boleh dijadikan contoh
atlet yang sangat berjaya di negara kita. Pelbagai kejayaan, penghormatan dan
kejohanan yang diraih serta dimenangi oleh Datuk Nicol Ann David.

Atlet yang mengamalkan etika dalam sukan berupaya mematuhi etika yang perlu
diamalkan oleh mereka seperti:

i. Mematuhi undang undang dan peraturan permainan.
ii. Bertanding dengan penuh semangat kesukanan.
iii. Mempamerkan mutu permainan yang tinggi.
7
iv. Bersikap amanah dan tidak mengamalkan rasuah.
v. Menghormati pegawai sukan dan pihak lawan.
vi. Menjauhi sikap mementingkan diri dalam pertandingan.
vii. Mengawal emosi dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokasi
pemain lawan dan penonton.
viii. Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi diri.


3.2 Jurulatih atau Pegawai Sukan

Seseorang jurulatih yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam
bidang sukan perlu mengamalkan etika dalam sukan. Merujuk kepada kes yang
biasa melibatkan jurulatih, faktor kemenangan serta faktor kepengadilan adalah
penyebab jurulatih mengabaikan etika dalam sukan.

Faktor ingin mencapai kemenangan dalam pertandingan atau perlawanan
mendorong jurulatih mengabaikan etika dalam sukan. Jurulatih bertindak di luar
kawalan serta menerapkan permainan yang dilarang bagi memenangi suatu
perlawanan. Permainan bersih atau fair play diabaikan sama sekali. Oleh yang
demikian, dalam setiap pertandingan atau kejohanan sebelum memulakan
permainan bendera yang ada logo fair play akan diarakan ke tengah padang.
Anugerah pasukan fair play juga diberikan kepada pasukan yang mengamalkan
permainan bersih.

Faktor mutu kepengadilan juga menjadi penyebab jurulatih bertindak
keterlaluan dari aspek tingkah laku seperti percakapan, sikap dan sebagainya.
Insiden kekecohan yang berlaku di stadium adalah berikutan daripada rasa tidak
puas hati penonton dan pegawai pasukan terhadap mutu pengadilan. Sebagai
contoh, bekas pengurus pasukan bola sepak JDT(Johor Darul Takzim) II
menumbuk pengadil adalah kerana mutu pengadilan.




8
Jurulatih yang baik perlu mengamalkan perlakuan seperti berikut:

i. Berkelulusan/Berkelayakan.
ii. Berkelakuan baik
iii. Berdisiplin
iv. Bersikap positif

3.3 Penonton

Berdasarkan contoh perlakuan penonton yang membuat rusuhan ketika
perlawanan bola sepak antara Sarawak menentang Perak, jelaslah penonton
yang terlibat tidak mengamalkan semangat kesukanan. Walaupun kejadian di
Ipoh dijadikan alasan untuk bertindak demikian, penonton yang bijak dan
mengamalkan semangat kesukanan tidak akan melakukan tindakan yang salah
di sisi undang-undang.
Penonton yang mengamalkan semangat kesukanan dapat mengawal
perasaan diri. Penonton perlu mengetahui cara menyokong pasukannya ketika
mencapai kemenangan dan dapat mengawal perasaan apabila pasukan yang
disokongnya mengalami kekalahan. Kesabaran dan ketenangan menerima
sesuatu keputusan perlu dijadikan amalan dalam kehidupan kita. Penonton
beretika adalah:

i. Mematuhi peraturan tempat pertandingan.
ii. Memberi sokongan padu kepada pasukan sendiri.
iii. Menghormati pegawai sukan dan penyokong pihak lawan.
iv. Menjauhi unsur-unsur rasuah dan perjudian.
v. Menghargai persembahan permainan yang berkualiti.
vi. Menerima keputusan pertandingan dengan semangat kesukanan.
vii. Mengelakkan provokasi.




9
4.0 KESAN SEMANGAT KESUKANAN PENONTON KEPADA PASUKAN ATAU
NEGARA

Terdapat banyak faedah yang diperolehi oleh sesebuah pasukan atau negara
melalui semangat kesukanan penonton. Antaranya ialah dapat menjadi motivasi
terhadap pasukan. Sorakan semangat yang positif menambah keyakinan dan
menggalakkan pasukan bermain bersungguh-sungguh untuk kejayaan pasukan dan
negara. Sokongan penonton juga memberi kesan terhadap prestasi para pemain di
mana ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri para pemain itu sendiri.

Para pemain akan mempamerkan mutu permainan yang bersih kerana penonton
yang bersemangat kesukanan tidak seharusnya merestui tingkah laku yang ganas dan
melanggar undang-undang sukan. Cara ini dapat menggalakkan pemain memberi
tumpuan kepada permainan yang bersih dan berkualiti. Selain daripada itu, semangat
kesukanan yang positif juga akan memberikan imej yang baik kepada negara. Jika
penonton mempunyai semangat kesukanan dan disiplin diri yang baik, negara akan
merasa tempiasnya dek kerana sikap penonton yang berhemah.

Tingkah laku penonton akan mempengaruhi penilaian masyarakat
keseluruhannya tentang negara tersebut. Negara akan memperoleh hak mengelola dan
menganjurkan sesuatu pertandingan di peringkat antarabangsa kerana sikap penonton
yang beretika. Tetapi sekiranya penonton sentiasa merusuh dalam sesuatu
pertandingan, mereka akan dilabel ganas dan tidak beradab. Keadaan ini boleh
menyebabkan negara kehilangan hak pengelola pertandingan.

Sekiranya semua penonton mempunyai semangat kesukanan, kita akan berasa
selamat untuk menonton atau bermain dalam sesuatu perlawanan. Persekitaran yang
selamat ini menjadikan aktiviti sukan sebagai agen pemupukan interaksi sosial yang
sihat bagi meningkatkan perpaduan kaum di negara ini.




10
5.0 PENUTUP

Etika dalam sukan ialah panduan peranan peserta, penonton, jurulatih, kumpulan
sorak, pegawai, pengurus dan juga pentadbir sukan. Etika diwujudkan untuk menangani
insiden-insiden negatif yang kerap berlaku dalam aktiviti sukan. Insiden seperti caci
mencaci, pergaduhan, rusuhan dan tingkah laku lain yang tidak beretika adalah
bercanggah dengan moral dan norma masyarakat. Antara pencetus kepada insiden
yang tidak diingini ini ialah perasaan tidak puas hati terhadap keputusan pengadil atau
keputusan perlawanan.

Semangat kesukanan ialah segala kualiti tingkah laku yang adil terhadap
pasukan sendiri dan pihak lawan serta sedia menerima kekalahan dan kemenangan
dengan hati yang terbuka. Semangat kesukanan ialah satu daripada aspek etika dalam
sukan. Sebagai penonton kita akan bersorak kegembiraan sekiranya pasukan yang
disokong mencapai kemenangan. Apakah perasaan dan reaksi kita sekiranya pasukan
pilihan kita kecundang?. Sebahagian daripada kita mungkin boleh menerima keputusan
tersebut dengan hati terbuka, tetapi ada juga yang akan berasa kecewa dan gagal
mengawal perasaan lalu bertindak liar. Oleh yang demikian setiap individu haruslah
mengamalkan etka dalam sukan serta semangat kesukanan.














11
RUJUKAN
Benarkah etika sukan semakin dipinggirkan. Diperoleh pada 21 Otkober 2014 daripada,
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140630/re_07/Benarkah-etika-sukan-
semakin-dipinggirkan

Kemelut politik dalam pengurusan sukan. Diperoleh pada 21 Otkober 2014 daripada,
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140128/re_05/Kemelut-politik-dalam-
pengurusan-sukan

FAM perlu tingkat mutu pengadilan elak kekecohan. Diperoleh pada 21 Otkober 2014 daripada,
http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/fam-perlu-tingkat-mutu-pengadilan-
elak-kekecohan-1.280960

FAM siasat Wan Jamak. Diperoleh pada 21 Otkober 2014 daripada,
http://www2.hmetro.com.my/articles/FAMsiasatWanJamak/Article/

Pengenalan sosiologi sukan. Diperoleh pada 21 Otkober 2014 daripada,
http://www.slideshare.net/tokey_sport/pengenalan-sosiologi-sukan

Disiplin dalam sukan. Diperoleh pada 21 Otkober 2014 daripada,
http://www.zairedin.com/2012/03/disiplin-dalam-sukan.html











12
Lampiran 1:
Tindakan mereka tidak beretika
0 0 Google +0 0 0
Cetak
Oleh Saiful Affendy Sapran
TINDAKAN tiga atlet olahraga negara iaitu Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamed
dan Yee Yi Ling yang mengaku menggunakan sampel air kencing individu lain ketika
diminta hadir menjalani ujian perubatan (medical test) pada 24 Mei tahun lalu,
mengundang rasa kesal Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr
Ramlan Abd Aziz.
Sambil menganggap tindakan itu tidak beretika, Ramlan yang sememangnya cukup arif dengan
dunia perubatan sukan berkata, tindakan ketiga-tiga atlet itu seperti yang terkandung dalam
Laporan hasil siasatan terhadap enam atlet yang menghilangkan diri apabila diminta menjalani
ujian anti-doping di ISN' seperti dilaporkan Arena Metro kelmarin, hanya merugikan mereka.
Jika benar apa yang didakwa, atlet terbabit menanggung kerugian cukup besar kerana tujuan
ujian air kencing adalah untuk mengenal pasti tahap kesihatan atlet, contohnya sama ada
mempunyai kandungan gula yang berlebihan dan sebagainya.
Pada masa sama, dakwaan ini menunjukkan betapa rosaknya integriti di kalangan jurulatih di
negara ini.
Apapun, tentu sekali bukan saya saja, malah seluruh warga ISN berasa amat hampa dengan
tindakan mereka kerana kerja itu seolah-olah memperkecilkan usaha kami untuk menjaga dan
meningkatkan prestasi atlet.
Saya serta semua warga ISN berusaha bantu mereka, tetapi mereka seperti mensia-siakan
peluang yang diberikan, katanya dengan nada kesal.
Jelas Ramlan, sebagai seorang atlet, mereka perlu menjaga integriti dan tidak perlu mendengar
nasihat orang lain jika arahan yang diberikan itu tidak betul atau menyalahi undang-undang.
Menerusi keterangan tiga atlet itu dalam laporan itu, mereka menerima arahan daripada
jurulatih Harun Rasheed untuk membawa sampel air kencing individu lain sehari sebelum
diminta hadir ke ISN untuk menjalani ujian perubatan pada 24 Mei - prosedur biasa bagi atlet
yang akan menjalani latihan di luar negara.
Selesai menjalani ujian, semua enam atlet diminta ISN menjalani ujian anti-doping yang
menyaksikan mereka gagal menjalani ujian itu pada hari ditetapkan sekali gus mencetuskan
kontroversi ketika itu, sebelum tiga daripadanya iaitu Siti Fatimah, Siti Zubaidah dan Yi Ling
hadir pada keesokan harinya untuk melakukan ujian anti-doping di ISN.
Sampel air kencing untuk ujian perubatan dengan ujian anti-doping adalah dua perkara
berbeza.
Sementara itu, Ramlan menambah, pihaknya tidak pernah berdiam diri sebaliknya akan
memantau perkembangan isu itu yang dikendalikan sebuah jawatankuasa di KOM.
Apa yang boleh saya katakan ialah, semua pihak perlu akur dan patuh kepada undang-undang
yang ditetapkan kerana pada akhirnya, mereka juga yang akan rugi jika melanggar peraturan,
katanya.
- See more at:
http://www2.hmetro.com.my/articles/2012030300195020120303001950/Article/#sthash.DSSMC
nq4.dpuf





























Lampiran 2:
FAM siasat Wan Jamak
Google +
Cetak
Oleh Aziman Rosdi
GARA-GARA kritikan pedasnya terhadap pengadil perlawanan, jurulatih Kedah Wan
Jamak Wan Hassan mungkin bakal berdepan hukuman berat apabila Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) menyiasat luahan rasa beliau selepas tamat perlawanan
menentang Perak dalam saingan Piala Malaysia, Rabu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tata Tertib dan Disiplin FAM, Datuk Mohd Taufik Abd Razak berkata,
FAM sedia maklum dengan kenyataan Wan Jamak itu dan meneliti sama ada akan membuka
kertas pertuduhan ke atas jurulatih itu.
Perkara ini diuruskan urus setia FAM terlebih dulu untuk menyemak kenyataan Wan Jamak itu
sama ada ia kenyataan yang berasas ataupun melanggar kod etika FAM.
Kami tahu kenyataannya itu disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan serta laporan berita
televisyen. Malah ia juga disiarkan secara langsung selepas tamat perlawanan ketika
ditemubual Astro Arena tapi perkara ini akan diteliti terlebih dulu, katanya ketika dihubungi
Arena Metro semalam.
Wan Jamak, 53, melahirkan rasa tidak puas hati selepas menyaksikan anak buahnya sekadar
seri 1-1 menentang Perak dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium
Darulaman sekali gus menyebabkan mereka gagal mara ke suku akhir.
Beliau yang ditemui pemberita berkata: Kami sepatutnya dapat dua gol bersih tetapi dirompak
pengadil yang membatalkan dua itu pada babak pertama. Pengadil membuat keputusan yang
tidak masuk akal. Taufik berkata, mengikut peraturan baru Kod Tata Tertib FAM 2011, jika
Wan Jamak disabitkan bersalah, beliau bakal berdepan hukuman penggantungan minimum
enam bulan sehingga dua tahun serta denda wang tunai sekurang-kurangnya RM6,000.
Semua ini bergantung kepada sejauh mana seriusnya kenyataan Wan Jamak itu kepada FAM,
jika kami menganggap ia kenyataan berasas, makan kes itu akan digugurkan, katanya.
Untuk rekod beberapa kes membabitkan penggantungan jurulatih kerana kelantangan bersuara
berlaku sebelum ini membabitkan bekas jurulatih B Sathianathan (Kelantan), Che Ku Marzuki
Che Ku Mohd Noor (T-Team) dan Reduan Abdullah (Felda United).
Sathianathan dijatuhkan hukuman penggantungan enam bulan dan denda RM2,000 oleh
Jawatankuasa Tata Tertib dan Disiplin FAM, Oktober tahun lalu kerana mempertikaikan
pemilihan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebagai gelanggang
pertemuan Perlis dan Terengganu ketika Stadium Utama Negeri di Kangar tidak dapat
digunakan.
Turut menerima nasib sama, Che Ku Marzuki yang menjalani penggantungan enam bulan dan
denda RM2,000 bermula 21 Oktober tahun lalu.
Reduan pula didakwa celupar apabila memperkatakan mengenai ujian yo-yo walaupun banyak
pihak mengaku kebenaran kenyataan bekas pemain Selangor itu.
Beliau digantung selama setahun dan denda RM4,000 namun selepas rayuan dibuat,
Jawatankuasa Rayuan dipengerusikan C Gnanarajah mengurangkan tempoh penggantungan
itu kepada tiga bulan tetapi dendanya ditambah RM2,000 kepada RM6,000.
- See more at:
http://www2.hmetro.com.my/articles/FAMsiasatWanJamak/Article/#sthash.KXCEHN1u.dpuf




























Lampiran 3:
Rusuhan iringi penyingkiran Sarawak
Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my
RUSUHAN para penyokong selepas aksi skuad Sarawak bertemu Perak pada perlawanan
peringkat Kumpulan B kempen Piala Malaysia 2014 di Stadium Negeri, Kuching kelmarin
menjadi klimaks kepada perjalanan skuad Bujang Senang itu dalam kempen piala berprestij itu
musim ini.
Walaupun mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan tersebut, Sarawak sudah boleh
mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Malaysia 2014 kerana sekadar mengumpul
empat mata daripada lima perlawanan peringkat Kumpulan B setakat ini.
Tiga lagi pasukan, Perak, Terengganu dan Kedah masih berpeluang merebut dua slot ke suku
akhir selepas masing-masing mengumpul sembilan, lapan dan tujuh mata dengan saingan
masih berbaki satu perlawanan lagi untuk diharungi.
Sejurus wisel penamat dibunyikan oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abdul Wahab, suasana di
dalam Stadium Negeri mula bertukar wajah apabila suar dinyalakan para penyokong Sarawak
di setiap sudut stadium manakala letupan mercun pula mula menghiasi suasana.
Suasana bertambah kecoh apabila kira-kira 100 penyokong Sarawak berjaya masuk ke dalam
padang dan menendang papan iklan di tepi padang manakala penyokong-penyokong yang
masih berada di tempat duduk melontarkan botol-botol minuman ke kawasan padang.
Bagaimanapun, tindakan pantas anggota keselamatan yang terdiri daripada pasukan Polis
Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Sukarelawan
Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berjaya mengawal keadaan daripada
bertambah buruk.
Namun, kekecohan tidak berakhir di situ kerana kira-kira 2,000 penyokong Sarawak berkumpul
di luar pintu pagar utama stadium bagi menunggu bas yang membawa para pemain dan
pegawai pasukan Perak keluar daripada kawasan stadium.
Tidak cukup dengan itu, para penyokong mula bertindak liar apabila melontarkan batu ke arah
pihak berkuasa dan juga merosakkan lima buah kereta milik PDRM serta membakar sebuah
kereta peronda polis jenis Perodua Kembara.
Kira-kira pukul 12.30 malam kelmarin, pintu pagar utama stadium pula dirempuh ribuan
penyokong Sarawak untuk memasuki semula ke kawasan stadium bagi mencari pemain-
pemain dan pegawai pasukan Perak.
Keadaan yang tidak terkawal itu memaksa pasukan FRU melepaskan 26 gas pemedih mata ke
arah perusuh selepas amaran untuk bersurai tidak diendahkan.
Keadaan hanya kembali terkawal kira-kira sejam kemudian selepas beberapa pasukan
tambahan daripada pasukan PDRM, FRU dan Pasukan Gerakan Am (PGA) tiba dilokasi
kejadian untuk mengarahkan mereka bersurai.

Pada pukul 1.35 pagi, bas yang membawa pasukan Perak beredar daripada perkarangan
Stadium Negeri menuju ke hotel penginapan mereka dengan diiringi beberapa buah kereta
peronda polis.
Difahamkan, kemarahan para penyokong Sarawak tersebut tercetus bukanlah disebabkan
tersingkirnya pasukan kesayangan mereka itu dalam kempen Piala Malaysia kali ini tetapi,
mereka ingin membalas dendam terhadap layanan buruk yang diterima ketika kunjungan para
penyokong Bujang Senang ke Ipoh dalam aksi pusingan pertama Kumpulan B pada 20 Ogos
lalu.
Sebagai rekod, selepas tamat perlawanan di Ipoh itu, lima penyokong Sarawak yang terdiri
daripada Kumpulan GB13 dipukul oleh penyokong Perak dan mereka juga dihambur dengan
kata-kata berbaur perkauman.
Kosmo! pada 24 Ogos lalu melaporkan, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) tidak akan
menjual tiket-tiket perlawanan kelmarin kepada penyokong Perak kerana FAS tidak berani
menjamin keselamatan mereka jika bertandang ke Kuching.
Presiden FAS, Datuk Sudarsono Osman juga sudah membuat laporan rasmi kepada Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berhubung insiden di
Ipoh itu.
Video mengenai kejadian penyokong Sarawak dipukul itu menjadi viral di laman sosial
Facebook, sekali gus menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak dan mengugut akan membalas
dendam terhadap para penyokong dan pemain pasukan Perak jika bertandang ke Kuching.


Artikel
Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Suk
an&pg=su_02.htm#ixzz3GDlTElA9
Hakcipta terpelihara

Anda mungkin juga menyukai