Anda di halaman 1dari 3

mmi

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti


pendidikan negara berada di tahap yang terbaik demi pembangunan negara
yang tercinta. Tanpa kualiti pendidikan yang baik, usaha untuk menjadi sebuah
negara yang maju menjelang 2020 sukar untuk dicapai.

Objektif pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) ialah:

a) Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep


MMI,

b) Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan


usaha MMI di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid,

c) Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah


(PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua sekolah di bawah
pentadbiran mereka,

d) Memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid


di semua sekolah, dan

e) memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan


pembelajaran dengan berkesan.

Kenapa perlu kepada MMI?

Pemeriksaan di sekolah memperlihatkan terdapat sebilangan guru yang


meninggalkan bilik darjah dan tidak melaksanakan PdP sama ada disebabkan
tugas rasmi atau tidak rasmi. Oleh hal yang demikian, dikemukakan beberapa
cadangan berkaitan pengurusan kurikulum, kokurikulum, jadual waktu dan
latihan bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam kelas.

Beberapa Isu yang difokuskan adalah seperti berikut:

1. Guru tiada di sekolah


2. Guru berada di sekolah tetapi tidak berada dalam kelas
3. Guru masuk kelas tetapi tidak mengajar
4. Pengurusan bilik darjah
5. Kesediaan guru melaksanakan pengajaran
6. Kesediaan murid
7. Gangguan dalaman
8. Disiplin murid
9. Acara rasmi sekolah

Semua isu di atas ini banyak berlaku di sekolah sehingga menyebabkan waktu
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak berlaku dengan baik.

Antara Cadangan dan Tindakan Mengatasi Masalah tersebut:

1. Guru tiada di sekolah

Pihak pentadbiran sekolah perlu merancang dan melaksanakan kaedah guru


ganti dengan baik dan berkesan. Proses ini boleh dilaksanakan menerusi :

a) Aliran yang sama


Guru ganti yang ditugaskan di sesebuah kelas akan dapat mengajar mengikut
tahap sukatan yang sama walaupun subjeknya berbeza dengan guru yang tidak
dapat hadir.

b) Tahap yang sama


Sekiranya guru yang diganti itu bukan daripada aliran yang sama, sekurang-
kurangnya biarlah guru tersebut pada tahap yang sama dengan guru yang tidak
dapat hadir sama ada tahap satu atau tahap dua kerana perbezaan sukatan
tidaklah terlalu jauh berbeza.

c) Konsep jual beli


Menerusi konsep ini, guru yang sedia maklum akan ketidakhadirannya bagi
sesuatu kelas boleh bertukar masa PdP bagi subjeknya dengan guru aliran yang
sama supaya apabila ia kembali bertugas, ia akan mengambil alih masa PdP
guru berkenaan. Guru berkenaan juga boleh menyediakan bahan yang
terancang dan lengkap membolehkan masa tersebut dapat dipenuhi dengan PdP
yang berkesan.

2. Guru berada di sekolah tetapi tiada di kelas


Pihak pentadbir sekolah perlu memberikan penekanan dan membuat
pemantauan agar semua guru dapat memenuhi dan mematuhi masa
instruksional berdasarkan jadual yang ditetapkan. Tindakan secara berhemah
seperti nasihat, amaran seterusnya ke tahap tindakan tatatertib perlu diambil
terhadap guru terlibat.

Usaha-usaha untuk melindungi masa instruksional (protecting instructional


time) perlulah dititikberatkan oleh pihak sekolah terutama guru-guru bagi
memastikan pembaziran masa untuk PdP dapat dikurangkan.

Semoga hasrat dan usaha ini dapat dijayakan bersama oleh semua pihak tidak
kira dari kalangan pentadbir, guru, murid dan juga penjaga.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan MMI seperti


cadangan pelaksanaan dan kaedah pengurusan ini boleh memuat turun di
bawah:

Anda mungkin juga menyukai