Anda di halaman 1dari 24

MAKRO

TEACHING
CONCEPT PENGAJARAN
MAKRO
Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula
daripendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Dalam erti kata
lain,pengajaran makro ialah satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi
hingga penutup. Pelaksanaannya perlu mengandungi elemen-elemen berikut & dilakukan
di kelas yang besar, perlu murid sebenar, guru mengajar sepenuh 'aktu, tumpu kepada
pelbagai kemahiran mengajar dan situasi sebenar. Pengajaran makro juga merupakan
kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran
pembelajaran yang dipelajari.

2
Proses pengajaran makro yang dijalankan
di Institut Pendidikan guru umpamanya,
mesti dipraktikkan oleh guru dengan
diperhatikan rakan yang lain. Pengajaran
makrotersebut berdasarkan masa
pengajaran sebenar seperti yang
ditetapkan sama ada menggunakan masa
30 minit atau 60 minit. Ianya bertujuan
membantu guru membiasakan diri
melaksanakan pelbagai kemahiran dalam
satu sesi pengajaran, di samping mereka
dapat memperbaiki kelemahan sebelum
mereka menghadapi situasi pengajaran
sebenar di bilik darjah di sekolah

3
1.
Implementation planning
Persediaan pengajaran
✘ Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran makro, guru perlulah
merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik.
Perancangan yang lengkap dan baik merupakan satu aspek penting dalam
sesuatu pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan akan
meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan masalah-
masalah disiplin. Berikut ialah aspek-aspek penting dalam persediaan
sebelum pengajaran.

5
1. Perancangan pendahuluan
a. Penentuan topik
b. Kebolehan sedia ada murid-murid
c. Objektif/hasil pembelajaran
2. Perancangan penyampaian
 Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran
Penentuan masa
Pemeringkatan isi
Pemilihan sumber 

3. Perancangan penilaian
Pencapaian
Penganalisisan maklum balas
 Pengubahsuaian
Pelaksanaan pengajaran
✘ Semasa hendak melaksanakan pengajaran makro ini guru perlu
merancang set induksi pengajaran yang baik dan menarik
perhatian serta minat murid kepada pengajaran yang hendak
disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Set induksi
juga digunakan bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau
dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa yang baik
bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.

8
Seterusnya, perkembangan pengajaran yang merujuk kepada
langkah-langkah mengajar yang disusun berperingkat-
peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Guru juga
perlu merancang langkah-langkah pengajaran yang
berturutan, disusun dengan baik dan mencatat anggaran
masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada
kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan.
Guru juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang
hendak disampaikan. Ia perlulah sesuai dengan kebolehan
serta minat murid. Isi pelajaran tersebut perlu
dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan teliti supaya
situasi pembelajaran yang unggul dapat diwujudkan. Ketika
melakukan pemeringkatan isi, guru pelatih hendaklah
menyenaraikansemua topik yang hendak diajar, kemudian
fikirkan subtopik atau isi yang manakah yang perlu
diawalkan dan yang boleh diajar kemudiannya. Untuk itu
guru perlulah melihat prinsip-prinsip berikut

10
Dari yang susah diketahui kepada belum diketahui
Dari mudah kepada kompleks
Dari konkrit kepada abstrak
Dari dekat kepada jauh
Dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar
pengalaman

11
Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, guru
pelatih hendaklah memikirkan strategi yang akan digunakan.
Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran
yang sesuai bukan sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian
malah akan menjadikan pelajaran itu lebih bermakna serta
menyeronokkan murid-murid.

12
Selain itu, guru pelatih juga harus menjalankan aktiviti untuk
mengukur sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran
telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan
secarapemerhatian terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja
murid atau melalui ujian lisan atau tulisan. Maklumat-maklumat
yang didapati dari pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas
untuk membuat pengubahsuaian terhadap pengajaran
seterusnya

13
Bahagian penutup yang merupakan bahagian terakhir
dalam pengajaran dan pembelajaran di mana guru
membantu murid menyimpul dan membuat rumusan
yang berkaitan isi-isi penting serta memberi latihan atau
aktiviti pengukuhan kepada murid-murid. Guru perlu
memberikan rasa kepuasan belajar dan menggerakkan
murid-murid supaya bersedia untuk pelajaran akan
datang.

14
Di sepanjang proses pengajaran makro ini dilaksanakan
pelbagai kemahiran dapat diterapkan dan dikuasai oleh para
guru pelatih setelah mereka melalui proses pengajaran mikro
sebelumini. Hal ini sejajar dengan tujuan pengajaran makro
iaitu untuk membantu guru membiasakan diri melaksanakan
pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran.

Antara kemahiran-kemahiran tersebut ialah kemahiran


penyampaian set induksi & kemahiran menerang dengan
menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran dan
pembelajaran& kemahiran penggunaan penyoalan& kemahiran
pengelolaan variasi rangsangan & kemahiran pengurusan
aktiviti pengukuhan & dan kemahiran pelaksanaan penutup
15
Refleksi Sesi Makro
Setelah selesai sesi pengajaran, guru mestilah
membuat penilaian kendiri sebagai refleksi atau
muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan
dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu
dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara
yang boleh dibuat refleks iialah pencapaian objektif,
disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman
guru bagi membaiki pengajarannya.

16

✘ Prinsip pengajaran makro & penulisan
refleksi: Antara prinsip pengajaran
makro ialah

17
✘ Objektif Pdp
Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif
yang besar dan luas merangkumi aras pengetahuan
pelajar. Guru hendaklah menyatakan objektif secara
tepat dan jelas bagi setiap pengajaran yang dirancang
berasaskan tajuk-tajuk yang dikenal pasti.

18
✘ Jumlah pelajar
Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai
bergantung kepada bilangan pelajar di dalam kelas
sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang
sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan.Justeru
itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah
para pelajar

19
✘ Strategi pengajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu
mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran
supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan dan menarik

20
✘ Jangka masa pengajaran
Jangka masa yang ditentukan dalam pengajaran
makro adalah berdasarkan kepada jadual waktu kelas
yang memakan masa selama antara 30 minit (satu
waktu) hingga 60 minit (dua waktu). Ekoran itu, guru
perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran
dengan peruntukan masa yang ditetapkan.

21
Bahan pelajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan
keseluruhan isi pengajaran yang telah dirancang dalam
Rancangan Pengajaran Harian. Oleh itu, guru perlu
menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan
dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah
menyeluruh.

22
Perbincangan dan refleksi
✘ Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai
melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau
muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan
kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam
pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat
refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan
murid di samping keazaman guru untuk memperbaiki
pengajarannya

23
the end.........

24

Anda mungkin juga menyukai