Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan Dalam meniti arus pendidikan negara, memang tidak dapat dinafikan bagi seorang insan yang telah

menceburkan diri dalam bidang ini untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan permasalahan. Perubahan dari semasa ke semasa sistem pendidikan serta pemikiran manusia telah mewujudkan suasana dan wajah baru dalam bidang pendidikan pada masa kini. Namun begitu, apa yang ingin saya fokuskan di sini ialah perubahan wajah dalam bidang Pendidikan Khas. Inilah yang dimaksudkan sebagai isu dan trenda, sekaligus merungkai segala isu- isu dan perkara yang selama ini mungkin terlepas pandang oleh pihak- pihak tertentu. Penulisan yang dibuat ini adalah satu bentuk penulisan secara jujur dengan berpandukan pengalaman, perbincangan dan maklumat- maklumat adalah diperoleh dari mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan khas ini. Diharapkan segala perkara sama ada kritikan mahupun cadangan yang tercatat di dalam Kerja Projek ini dilihat dari sudut yang positif demi kepentingan para pejuang dalam bidang Pendidikan Khas dan segala cadangan yang dikemukakan harus diambilkira dengan niat untuk mengangkat martabat bidang Pendidikan Khas ke tahap yang lebih tinggi berbanding apa yang kita ada pada hari ini. Segala huraian yang akan diberikan akan meliputi empat pihak yang berkaitan dalam Pendidikan Khas. Golongan ini adalah pihak yang terlibat secara langsung dalam bidang Pendidikan Khas dan mempunyai peranan masing- masing yang perlu dimainkan secara aktif bagi memastikan kelangsungan segala program dan aktiviti yang telah dirancangkan. Pihak yang saya maksudkan dalam menyelesaiakan Kerja Projek Isu dan Trenda ini ialah pihak pengurusan sekolah, guru pendidikan khas, murid pendidikan khas dan ibu bapa atau waris. Mereka yang disebutkan tadi akan memberikan idea dan input kepada saya untuk menyenarai dan menghuraikan segala isu dan trenda yang terdapat dalam Pendidikan Khas walaupun pengalaman menjalani praktikum sebanyak dua kali dirasakan belum mencukupi untuk mengenalpasti isu- isu dan trenda Pendidikan Khas pada masa kini kerana ianya sentiasa berubah mengikut kehendak pihak- pihak tertentu dan peredaran zaman sesuai dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

Pelbagai isu dan trenda timbul dari pelbagai pihak dan akan dihuraikan satu persatu mengikut prioriti dan tertibnya. 1. Pengurusan Sekolah Dalam memastikan segala urusan pentadbiran sekolah berjalan lancar, pihak pengurusan sekolah adalah satu badan yang memegang amanah. Namun begitu, isu yang ingin kita timbulkan di sini adalah dari sudut pengurusan kewangan. Adakah pihak sekolah mempunyai peruntukan khas untuk segala aktiviti dan kelengkapan dalam kelas aliran khas?. Itulah persolan yang selalu ditimbulkan kerana berbanding dengan sekolah Pendidikan Khas, mereka dapat peruntukan dan sepenuhnya diuruskan oleh pihak Sekolah Khas tersebut. Jika utnuk program integrasi, adakah mereka mendapat hak yang sewajarnya?. Kerana ada kalangan guru khas yang merungut kerana peruntukan aktiviti ataupun pembelian peralatan utnuk kelas pendidikan khas tidak ada ataupun tidak mencukupi. Maknanya di sini, segala aktiviti yang dirancangkan serta pembelian peralatan bagi kelas khas dicatu sekaligus seolah- olah menafikan hak mereka sebagai pelajar. Dari sudut yang lain pula seolah- olah kelas Pendidikan Khas ini dianaktirikan dan diskriminasi berlaku sedangkan dalam sistem pendidikan di negara kita menekankan demokrasi dalam pendidikan. Isu kedua yang akan dibangkitkan ialah mengenai sokongan dan persepsi kalangan guru aliran perdana terhadap Pendidikan Khas. Ini kerana ada di kalangan guru yang memandang rendah pelajar Pendidikan Khas yang berada di sekolah tersebut seolah- olah murid ini tidak membawa apa- apa makna dalam institusi pendidikan. Saya mengambil contoh di mana pada waktu malis perhimpunan sekolah, seorang murid hiperaktif telah bangun dan pergi ke belakang dewan tempat perhimpunan berlangsung. Saya telah mengekori murid tersebut dan kebetula ada seorang guru aliran perdana di belakang dewan tersebut. Dengan rasa tidak bersalah, guru tersebut telah berkata, kandang dalam tandas baru hang tau. Sebagai seorang guru Pendidikan Khas, saya merasa sangat kecewa dengan kenyataan tersebut. Seolah- olah murid khas sahaja yang menimbulkan masalah sedangkan murid aliran

perdana yang membuat bising dan bercakap ketika perhimpunan tidak diambil apa- apa tindakan. Kedangkalan ilmu adalah punca kepada persepsi dan tanggapan ini. Mereka juga melabelkan guru khas sebagai pekerjaan yang mudah dan senang. Mengajar murid yang tidak mempunyai apa- apa harapan. Betapa cetek dan dangkalnya pemikiran sedemikian. Kadang- kadang kita perlukan sindiran yang bersifat sinikal utnuk menyedarkan manusia yang sengaja membiarkan diri mereka berada dalam situasi tidak mengetahui.

2. Guru Pendidikan Khas Setelah menjalani dua fasa praktikum, saya mendapati ada di kalangan guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran datang dari kelulusan yang lain dan berbeza dengan pengajian yang dijalankan di Institut Pendidikan Guru semasa tempoh pengajian. Contohnya ada di kalangan guru yang mempunyai Diploma Dalam Masalah Pendengaran dan apa yang mengejutkan ada di antara guru adalah major dalam Bahasa Inggeris dan akibat dari ketiadaan kekosongan jawatan, maka guru tersebut terpaksa manjadi bidan terjun dalam arena Pendidikan Khas. Maknanya di sini, kemahiran dan pengkhususan yang ada pada guru tersebut tidak dimanfaatkan secara maksimum dan menyeluruh. Memandangkan guru- guru tersebut datangnya dari latarbelakang yang berbeza dengan pengkhususan mereka, maka akan wujud satu isu baru iaitu mengenai layanan dan pendekatan yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan juga dalam menangani masalah disiplin di kalangan murid khas. Saya mendapati, cara dan gaya serta pendekatan yang digunakan oleh guru yang berlatarbelakngkan masalah pembelajaran sangat berbeza dari mereka yang bukan latar belakang murid bermasalah pembelajaran. Ini dapat dilihat apabila saya menjalani praktikum fasa ke 2 yang mana guru penyelaras di sekolah praktikum fasa pertama lebih memahami perasaan murid dan mengawal murid dengan baik sekali. Pendekatan yang berbeza juga dapat dilihat dalam mengatasi masalah disiplin murid. Isu yang ketiga ingin saya timbulkan ialah mengenai sesi P dan P yang dijalankan di kelas khas. Sebagai seorang guru praktikum, kami perlu mengikut prosedur yang ditetapkan seperti Rancangan Pengajaran harian yang lengkap. Contohnya set induksi. Guru yang telah mendapat lesen besar dilihat tidak mempraktikkan sepenuhnya apa yang tercatat dalam RPH. Set induksi tidak dijalankan dengan baik dan juga penutup yang hanya sekadar penutup. Latihan yang diberikan kepada murid juga didapati tidak sesuai denan tahap murid. Ada kalanya, murid hanya diberikan aktiviti mewarna. Walaupun ianya tidak salah tetapi ianya seperti menghalang murid untuk memajukan diri dengan mempelajari atau mengulangkaji pelajaran mereka dengan pemberian lembaran kerja yang bersifat akademik. Sebagai guru praktikum,

kami sendiri yang menyediakan latihan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan mengikut kemampuan akademik sedangkan guru biasa hanya menggunakan buku latihan yang dibeli walaupun tidak diketahui sejauh mana keberkesanan aktiviti P dan P yang dijalankan.

3. Murid Khas Murid adalah amanah kepada seorang guru. Jika kita sebagai guru tidak mendidik murid, siapa lagi?. Beberapa perkara berbangkit inigin saya kemukakan dalam bahagian ini. Perkara yang pertama yang diutarakan ialah dari segi kebajikan pelajar. Ada di kalangan murid, saya lihat tidak begitu terurus. Ada di kalangan mereka yang menggunakan baju yang telah lama, kecil dan koyak pada bahagian- bahagian tertentu. Begitu juga stoking serta kasut murid tersebut sedangkan mereka mendapat elaun sebanyak RM 150 sebulan. Selain itu, peralatan persekolahan seperti alat tulis juga didapati tidak mencukupi dan sering kehilangan keperluan tersebut. Dari sudut disiplin pula, ada seorang murid mempunyai masalah disiplin yang teruk dan sering menimbulkan masalah kepada bilik darjah. Sesi P dan P juga sering terganggu dek kerana murid tersebut. Antara masalah yang selalu ditimbulkan ialah mengganggu, memukul dan mengambil barang rakan yang lain serta melawan guru dan Pembantu pengurusan Murid(PPM). Ada satu ketika murid ini memukul PPM kerana ditegur oleh PPM tersebut. Masalah disiplin seperti ini perlu diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan murid ini menjadi lebih agresif dan dikhuatiri mencederakan murid lain yang lebih kecil. Satu lagi isu yang kerap ditimbulkan ialah dari sudut kehadiran ke kelas. Ada di antara murid di kelas khas yag mempunyai peratusan kehadiran yang teruk. Apabila permasalahan ini diajukan kepada pihak waris, antara alasan yang diberikan ialah keadaan kesihatan serta ketiadaan orang yang menghantar atau mengambil murid ini dari sekolah. Pihak sekolah risau, bukannya ingin menuduh tetapi mereka risau anak ini dijadikan sebagai mata pencarian mereka dan menghantar anak ini ke sekolah sematamata hanya kerana ingin mendapatkan elaun khas RM 150 sebulan. Itulah permasalahan ketara yang dapat saya rungkaikan di kalangan murid khas setelah 2 kali menjalani praktikum.

4. Ibu bapa Walaupun tidak pernah bergaul secara langsung dengan waris murid, namun dari pemerhatian yang saya lakukan sudah dapat menghidu isu yang boleh dibangkitkan dalam penulisan ini. Walaupun anak mereka ini tergolong dalam kategori murid khas, namun dari segi kebajikan dan tanggungjawab ibu bapa tidak seharusnya disandarkan kepada pihak sekolah semata- mata sedangkan mereka hanya memndang perkara tersebut hanya sebelah mata. Dari segi kebajikan, saya dapati ada kalangan murid yang dihantar ke sekolah dalam keadaan tidak terurus serta pakaian yang comot seolah- olah murid tersebut hanya mempunyai sehelai baju sedangkan elaun bulanan sebanyak RM 150 telah diberikan kepada mereka. Selain itu terdapat juga waris yang menghantar anak mereka terlalu awal dan membiarkan anak mereka berjalan- jalan sekitar sekolah tanpa pengawasan dengan alasan terikat dengan waktu bekerja. Ada kalangan waris yang mengambil anak mereka terlalu lewat sehigga mereka menangis kerana melihatkan rakan- rakan mereka yang telah balik dan tinggal berseorangan di dalam kelas bersama- sama guru yang lain. Ini akan menimbulkan masalah kepada guru untuk memujuk murid tersebut. Perkara kedua yang dapat saya rungkaikan di sini ialah, dari segi perbelanjaan wang elaun anak- anak. Kedapatan juga kalangan ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk menggunakan duit elaun semata- mata untuk kepentingan peribadi sedangkan duit elaun yang diberikan adalah untuk menguruskan dan membeli keperluan sekolah anak mereka. Mereka menganggap seolah- olah anak berkeperluan khas ini merupakan sumber pendapatan. Mengikut maklumat yang diberikan oleh guru, ada ibu bapa yang mengeluarkan duit dalam jumlah yang tidak munasabah dengan alasan untuk membeli ubat- ubatan anak mereka padahal duit tersebut digunakan untuk membuat rumah dan membeli barangan kemas. Ini adalah maklumat yang diceritakan oleh guru kepada saya dan apa yang menyedihkan, apabila ditegur, waris menyatakan itu adalah hak mereka untuk menggunakan duit tersebut kerana duit tersebut disalaurkan kepada anak mereka.

Cadangan Isu 1 Setelah menyenaraikan permasalahn dan isu- isu berbangkit, sekarang saya akan mengemukakan cadangan penyelesaian terhadap isu- isu berbangkit dalam Pendidkan Khas. Ini kerana, cadangan yang bakal saya kemukakan mungkin boleh diambilkira dan dipertimbangkan sebagai langkah untuk membaiki sistem Pendidikan Khas di negara kita dengan niat memperbetulkan segala kepincangan demi kepentingan bersama. Cadangan pertama ialah mengenai pengurusan kewangan. Saya mencadangkan agar agihan kewangan dibuat secara lebih terang. Apa yang saya ingin maksudkan ialah diwujudkan peruntukan khas kepada kelas Pendidikan Khas bagi memastikan segala kehendak dan keperluan kelas khas dapat dipenuhi. Apabila dana ini diwujudkan, pengurusan kewangan ini haruslah di bawah jagaan dan penyeliaan Penolong Kanan Pendidikan Khas sendiri. Ini kerana, beliaulah yang mempunyai segala maklumat mengenai keperluan dan perkara yang diperlukan oleh kelas tersebut. Namun begitu, penyeliaan dari Guru Besar juga diperlukan sebagai check and balance. Namun kuasa autonomi tetap terletak pada tangan PKPK kerana sebagai salah satu dari tanggungjawab seorang guru pendidikan khas. Jika cadangan pertama kurang rasional dan praktikal, langkah kedua ialah memberi kelonggran dan mengurangkan karenh birokrasi untuk mendapatkan perutntukan kewangan dari sekolah tatkala sekolah telah menyediakan dan mengasingkan dana untuk pendidikan khas. Bagi masalah kedua iaitu mengeai persepsi guru terhadap bidang ini, saya mecadangkan agar mangadakan Hari Terbuka Kelas Khas dengan harapan ianya memberi kesedaran dan pengetahuan yang mendalam mengenai bidang Pendidikan Khas ini. Sekurang- kurangnya pendedahan yang diberikan mampu mengubah persepsi mereka mengenai Pendidikan Khas. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah pameran kejayaan murid- murid khas, sesi P dan P, dan keadaan yang ada dalam kelas- kelas

khas. Apabila guru- guru ini mendapat gambaran sebenar, maka mereka akan merasakan bahawa bidang Pendidikan Khas bukanlah semudah yang disangkakan. Isu 2 Mengenai masalah penempatan guru bukan dari bidang Pendidikan Khas, saya ingin mencadangkan agar pihak Kementerian untuk membuat pengambilan penuntut di IPG mengikut kepada kekosongan pada masa kan datang dan bukannya pengambilan secara mengejut dan tidak menepati keperluan semasa. Jadi, perancangan perlulah lebih teliti dan rapi supaya hanya mereka yang benar- benar layak mengajar sesuatu subjek layak mengajar subjek tersebut. Contohnya, apabila pada tahun 2012 kira- kira 2543 orang guru Pendidikan khas yang akan berpencen, maknanya 5 tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2007, kerajaan harus bersedia untuk menggantikan jumlah guru yang akan berpencen pada tahun 2012. Ini akan menjadikan Pendidikan Khas tidak mengalami kekurangan dari aspek tenaga kerja. Mengenai layanan guru terhadap murid- murid khas, saya mencadangkan agar guru diberikan pendedahan dan pendekatan yang sewajarnya tentang pedagogi pendidikan supaya sesi P dan P dapat dijalankan dalam keadaan yang lancar dan kawalan kelas sentiasa dalam keadaan yang baik. Mereka juga perlu diberi pendedahan supaya mereka lebih memahami sifat murid Pendidikan Khas serta keperluan- keperluan mereka. Ini akan memastikan bahawa murid- murid pendidikan khas merasakan diri mereka dihargai dan kehadiran mereka ke sekolah adalah untuk menimba ilmu, berhibur, bersosial dan mencari pengalaman yang tidak pernah mereka rasai bersama keluarga seperti lawatan ke zoo, mkn di KFC serta melawat tempat yang menarik. Dengan adanya kefahaman dalam diri guru, maka mereka akan memikirkan sebegini, jika kita sebagai guru tidak memberikan pengalaman menarik kepada murid, siapa lagi? dan diharapkan agar guru tidak bersikap sebegini, biarla mereka tu, tak keluar dari sekolah pun tak apa. Duduk dalam kelas je. Roh keguruan sentiasa positif dan perlu mengalir dalam setiap jiwa para guru Pendidikan Khas.

Dari sudut pengajaran juga, saya ingin mencadangkan agar sesipengajaran dipelbagaikan dan menjadi lebih menarik tetapi tidak lari dari objektif pengajaran. Murid perlu diberi peluang yang lebih luas untuk mengakses maklumat dan bukannya hanya mengharapkan latihan yang terdapat dalam buku kerja. Latihan yang diberikan haruslah sesuai dengan tahap dan kebolehan murid itu sendiri serta mendapat pemantauan dari guru mata pelajaran, ini bagi memastikan segala perkembangan murid dapat dipantau dan membaiki segala kelemahan yang wujud dalam diri murid. Oleh itu, saya mencadangkan agar mereka yang datang dari latarbelakang Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran diberi peluang untuk mengajar kelas ini kerana hanya mereka yang memahami dan mempelajari kaedah pengajaran murid BP. Bak kata orang tua, biarla hak itu dipegang oleh mereka yang berhak. Isu 3 Mengenai kebajikan murid pendidikan khas yang kelihatan terabai dan tidak terurus, saya mencadangkan kepada pihak pentadbiran pendidikan khas agar memberi amaran dan peringatan kepada pihak ibu bapa supaya memastikan anak mereka dalam keadaan bersih dan terurus sebelum dihantar ke sekolah. Ini mampu mengelakkan tangapan masyarakat di mana ada di antara mereka yang menyalahkan pihak guru terhadap keadaan murid tersebut. Selain itu, guru juga perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya masalah seperti air tertumpah ke atas baju, atau murid kencing dalam seluar. Sebagai langkah, pastikan murid mempunyai pakaian gantian di sekolah untuk memudahkan urusan pertukaran pakaian. Satu lagi cadangan untuk isu ke- 3 ialah mengenai peratusan kehadiran murid ke sekolah. Untuk mengatasi masalah ini, saya mencadangkan agar pihak sekolah memberi teguran kepada ibu bapa murid. Selain dari itu, pemotongan elaun murid juga adalah salah satu langkah yang berkesan dan mampu menyedarkan ibu bapa mengenai kepentingan kehadiran ke sekolah.

Isu 4 Bagi masalah yang ke- 4, saya mencadangkan agar satu sesi pertemuan di antara guru dan waris untuk memberikan penerangan mengenai penggunaan wang elaun murid secara bijaksana. Mereka perlu dinasihatkan untuk menggunakan duit secara berhemah dan tidak menyalahgunakan elaun tersebut untuk kepentingan peribadi semata- mata. Selain itu saya mencadangkan agar kuasa diberikan kepada guru untuk menghadkan pengeluaran duit elaun murid ataupun meminta resit pembelian barangan yang telah dibuat. Ini memastikan tidak berlakunya

penyelewengan dalam penggunaan duit ini. Jika berlakunya penyelewengan, pihak guru boleh mengambil tindakan seperti menggantung pengeluaran duit oleh pihak waris. Ini adalah sebagai satu pengajaran kepada ibu bapa yang menyalahgunakan elaun anak- anak mereka. Mengenai masa kehadiran dan masa balik murid, saya mencadangkan agar amaran diberikan kepada pihak ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah terlalu awal kerana ianya boleh membahayakan keselamatan murid sendiri. Begitu juga waktu balik di mana ianya akan mendatangkan kesulitan kepada guru dan PPM yang ingin balik dari sekolah. Jadi, ibu bapa harus disedarkan mengenai risiko meninggalkan anak mereka bersendirian tanpa pengawasan dari individu yang lebih dewasa.

Kesimpulan Setelah meneliti dan menghuraikan serta memberikan beberapa cadngan, beberapa harapan ingin saya sandarkan kepada beberapa pihak. Kepada pihak kementerian, diharapakan akan membuat pengambilan mengikut kepada keperluan semasa dan akan datang. Selain itu, wujudkan dana khas untuk kelas khas dan kepada pihak sekolah diharapakan dapat memberikan sokongan dan persepsi yang baik terhadap bidang Pendidikan Khas. Kepada guruguru khas, diharapakan

menggembleng lebih tenaga dan kepakaran untuk mengangkat martabat pendidikan khas. Ibu apa diharapkan untuk memberikan kerjasama yang lebih baik bagi memastikan kualiti pendidikan anak- anak mereka bertambah baik. Segala kerjasama semua pihak amatlah perlu dan diharapkan dapat bersatu demi kepentingan semua pihak. Diharapa pihak penggubal dasar, penggubal kurikulum dan mereka- mereka yang berkepentingan supaya mengambilkira cadangan dan pandangan dari pihak pelaksana supaya keberkesanan pelaksanaan memberikan impak yang lebih besar dalam bidang pendidikan negara kita khususnya pendidikan khas.

Anda mungkin juga menyukai