Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI

PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)


FOLIO BERGAMBAR

MATEMATIK (A03301)
TAJUK: 2.0 TRANSFORMASI

NAMA PELAJAR: TAN TASHVINDREN

NO. K/P: 050110-07-0321


PROGRAM: TEKNOLOGI PEMBINAAN
NAMA PENSYARAH: CIK NUR IZZATI BINTI ABDUL RAHMAN
FOLIO BERGAMBAR : TRANSFORMASI A03301

PENGENALAN

Transformasi merupakan satu proses yang melibatkan pergerakan atau perubahan sesuatu objek
dari posisi asal ke satu posisi yang baru. Objek pada kedudukan posisi yang baru dipanggil imej.
Setiap titik pada objek akan dipetakan kepada titik yang lain pada imej objek tersebut.
Translasi, pantulan dan putaran merupakan satu transformasi isometrik kerana setiap imej yang
telah dipetakan daripada objek adalah sama dari segi saiz dan juga bentuknya. Kita juga boleh
menyatakan di sini bahawa objek asal dan juga imej yang telah dipetakan adalah bersifat
kongruen.
1. Translation (translasi)

Dalam translasi, semua titik objek digerakkan dalam garis lurus di mana arahnya adalah sama.
Size, bentuk, dan orentasi imej adalah sama dengan objek asal. Pergerakan semua titik objek pada
jarak dan arah yang sama.
. 2.  Reflection (Pantulan)

Semua titik objek dipantulkan pada satu garis lurus yang dipanggil paksi pantulan
3.   Rotation (putaran)

Putaran ialah transformasi di mana objek diputarkan pada koordinat yang tetap Koordinat yang
tetap di mana putaran berlaku disebut sebagai pusat putaran. Jumlah putaran yang dibuat disebut
sebagai sudut putaran. Arah putaran boleh sama ada mengikut arah jam atau lawan arah jam.

4. Pembesaran
Untuk membesarkan sesuatu bentuk, perlu melakukan pembesaran. Apabila suatu bentuk
dibesarkan dari pusat pembesaran, jarak dari pusat ke setiap titik dikalikan dengan faktor skala.
FOLIO BERGAMBAR : TRANSFORMASI A03301

LANGKAH KERJA
TRANSLASI

Gambar menunjukkan pergerakan buah catur. Pergerakan buah catur adalah salah satu contoh
translasi. Dalam translasi, suatu objek bergerak ke atas, bawah, kanan atau kiri. Memandangkan
buah catur rook (tentera) bergerak ke atas dan ke bawah, kiri dan kanan maka pergerakan buah
catur rook (tentera) dikategorikan sebagai translasi.
FOLIO BERGAMBAR : TRANSFORMASI A03301

Gambar menunjukkan pergerakan eskalator. Pergerakan eskalator adalah salah satu contoh
translasi. Dalam translasi, suatu objek bergerak ke atas, bawah. Memandangkan eskalator
bergerak ke atas dan ke bawah maka pergerakan eskalator dikategorikan sebagai translasi.

PANTULAN

Berdasarkan gambar di sebelah, taj mahal dianggap sebagai objek. Pantulan bayang-bayang Taj
Mahal yang kelihatan dipermukaan air disebut sebagai imej. Saiz dan bentuk Taj Mahal tersebut
di permukaan air adalah sama dengan saiz dan bentuk asal Taj Mahal tersebut. Selain itu, jarak
objek dan imej adalah sama dari paksi pantulan. Ini memenuhi ciri-ciri pantulan.
FOLIO BERGAMBAR : TRANSFORMASI A03301

Berdasarkan gambar bayang-bayang dianggap sebagai objek. Pantulan bayang-bayang yang


kelihatan dipermukaan dinding disebut sebagai imej. Saiz dan bentuk muka tersebut di permukaan
dinding adalah sama dengan saiz dan bentuk asal muka tersebut. Selain itu, jarak objek dan imej
adalah sama dari paksi pantulan. Ini memenuhi ciri-ciri pantulan.

PUTARAN

Gambar menunjukkan pergerakan bumi. Bumi ini berputar sebanyak 360o bagi satu putaran. Bentuk dan saiz bumi
kekal sama ketika bumi ini berputar. Maka, contoh transformasi yang terdapat pada putaran bumi adalah
memenuhi ciri-ciri putaran.
FOLIO BERGAMBAR : TRANSFORMASI A03301

Gambar menunjukkan pergerakan jarum jam. Jarum jam ini berputar sebanyak 360 o bagi satu putaran. Bentuk dan
saiz jarum jam kekal sama ketika jarum jam ini berputar. Maka, contoh transformasi yang terdapat pada putaran
jarum jam adalah memenuhi ciri-ciri putaran.

Anda mungkin juga menyukai