Anda di halaman 1dari 4

MAKSUD TRANSFORMASI

Transformasi melibatkan pergerakan atau perubahan sesuatu objek dari posisi asal
ke satu posisi yang baru. Objek pada kedudukan posisi yang baru di panggil imej
setiap titik pada objek akan di petakan kepada titik yang lain pada imej objek tersebut.
Transformasi merupakan satu istilah umum untuk empat cara khusus untuk
memanipulasi bentuk titik, garis atau bentuk. Bentuk asal dari sesuatu objek dipanggil
pra-imej dan bentuk akhir serta kedudukan akhir objek adalah imej yang telah melalui
proses transformasi.

Translasi, pantulan dan putaran merupakan satu transformasi isometrik kerana setiap
imej yang telah di petakan daripada objek adalah sama dari segi saiz dan juga
bentuknya. Kita juga boleh menyatakan di sini bahawa objek asal dan juga imej yang
telah di petakan adalah bersifat kongruen.

Transformasi peluasan tidak termasuk dalam kumpulan transformasi isometrik. Hal


ini kerana saiz imej sesuatu objek yang terhasil apabila melalui proses trasnformasi
ini adalah tidak sama dengan saiz objek asal. Objek asal dan juga imej yang terhasil
adalah sama dari seg ibentuk sahaja tetapi mereka mempunyai ukuran yang berbeza.
JENIS TRANFORMASI

1. Translasi

Pergerakan semua titik objek pada jarak dan arah yang


sama.

Translasi boleh dihuraikan melalui dua cara:

i. Dengan menyatakan arah dan jarak pergerakan.

ii. Dengan menyatakan translasi dalam bentuk (ab),


(ab), dengan keadaan:
- a mewakili pergerakan ke kanan atau ke kiri selari dengan paksi-x.
- b mewakili pergerakan ke atas atau ke bawah selari dengan paksi-y.

Contoh bergambar:
Berdasarkan gambar di sebelah, gelongsor
digunakan oleh kanak-kanak untuk bermain.
Kanak-kanak akan menggelongsor dari atas
ke bawah. Pergerakan itu adalah satu
contoh translasi. Hal Ini kerana translasi
adalah suatu objek yang bergerak ke atas, bawah, kiri dan
kanan. Memandangkan kanak-kanak yang bermain gelongsor
bergerak dari atas ke bawah, maka pergerakan itu
dikategorikan sebagai translasi.
2. Pantulan

Semua titik objek dipantulkan pada satu garis lurus yang dipanggil paksi pantulan.

Sifat-sifat pantulan:

(a) Objek dan imej mempunyai bentuk dan


saiz yang sama.

(b) Jarak serenjang bagi objek dan imej


dari paki pantulan adalah sama.

(c) Orientasi imej adalah songsangan sisi


bagi obiek.

(d) Semua titik pada paksi pantulan tidak berubah kedudukan mereka.

Contoh bergambar:
Berdasarkan gambar di sebelah,
cermin sisi membolehkan kita
melihat objek di belakang dan di
sisi kereta. Kereta yang terlihat di
belakang kenderaan dianggap
sebagai objek, manakala pantulan kereta di belakang kenderaan pada cermin sisi
adalah imej. Pantulan cermin sisi membantu pengguna kenderaan untuk melihat
kereta ataupun kenderaan lain di bahagian belakang.
3. Rotation (putaran)

Semua titik objek berpusing pada arah yang sama pada satu titik dan sudut yang
sama.

CIRI-CIRI TRANSFORMASI

Anda mungkin juga menyukai