Anda di halaman 1dari 1

Sang Kancil dan Bangau

Sang Kancil melarikan diri ke dalam hutan.Dia malu kerana tewas kepada siput dalam perlumbaan itu.
Sang Kancil bersembunyi di dalam semak dan belukar.Dia bimbang ditangkap manusia atau anjing.
Di sawah padi,Sang Kancil berlindung di tepi sungai yang sangat luas.Di situ,Sang Kancil bertemu dengan
bangau.
Walaupun pernah ditewaskan dan dimalukan,Sang Kancil masih lagi bongkak. Dia sering bercakap besar dan
membangga diri.
Sang Kancil beranggapan bangau haiwan yang lemah kerana badannya kurus.Pada suatu hari,orang kampong
mengadakan kenduri berhampiran sungai.
Setelah habis kenduri itu,banyak sisa makanan yang terbuang.Sang Kancil dan bangau meninjau-ninjau sisa
yang ditinggalkan.
``Saya rasa kurang selamat berada di sini,”keluh bangau.
``Saya yakin tempat ini selamat,”kata Sang Kancil tidak bersetuju.
``Saya bimbang ditangkap dan dimakan manusia,”kata Sang Kancil sambil tertawa.
Bangau tersinggung mendengar kata-kata Sang Kancil.``Kamu tidak perlu risau,bukankah saya ini bijak dan
cerdik,”tambah Sang Kancil membangga diri.
``Jangan memandang rendah kepada makhluk lain,”nasihat bangau.Kemudian,bangau ternampak kerak nasi
yang sedang terapung dan mula mandapat akal.
``Mari menyahut kita bertanding menggunakan kerak nasi ini untuk menyeberangi sungai,”cabar bangau.Sang
Kancil cabaran itu tanpa berfikir panjang.
Mereka pun menyeberang sungai dengan kerak nasi.Sang Kancil mengayuh sekuat hati.
Tanpa Sang Kancil sedari,kerak nasinya semakin lembut dan akhirnya pecah.Sang Kancil terkapai-kapai dibawa
arus.
Sang Kancil berenang dengan bersusah payah ke tebing sungai.Bangau pula terus terbang menyelamatkan
diri.
Sang Kancil kini sedar,dia terlalu bongkak dan angkuh.Sang Kancil insaf dan pulang semula ke hutan.Dia
bertekad untuk berubah. TAMAT
SEKIAN TERIMA KASIH SITI NUR QALEESYA BINTI SHAMSUDIN

Anda mungkin juga menyukai