Anda di halaman 1dari 2

SANG KANCIL DAN SANG BUAYA

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatoh dan salam sejahtera.

Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang bijaksana, guru besar,
guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Pada pagi yang indah ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk “Sang Kancil dan Buaya”.
Pada zaman dahulu, di dalam hutan tinggal seekor haiwan yang bernama
Sang Kancil. Dia sangat bijak walaupun berbadan kecil dan tidak kuat.

Sang Kancil sering menggunakan kepandaiannya untuk menyelesaikan


masalah. Pada suatu hari, Sang Kancil berhenti minum di tepi sungai.
menghilangkan dahaga. Tiba-tiba, dia ternampak pohon jambu air yang
rimbun di seberang sungai.
Buah jambu air itu berwarna merah dan sedang masak ranum. Banyak
buahnya gugur di atas tanah. Namun begitu, sungai itu luas dan dalam.
Arusnya pula deras. Sungai itu juga dihuni banyak buaya. Sang Kancil bimbang
dia akan lemas atau dimakan buaya jika cuba menyeberang.
Sang Kancil melihat sekeliling untuk mencari jalan pergi ke seberang. Dia
berhati-hati kerana bimbang disambar buaya yang berada di dalam sungai
tersebut.
Tiba-tiba Sang Kancil ternampak seekor buaya yang sedang berjemur. Sang
Kancil terus mendapat akal.
“Sang Buaya, tuah kita memang baik hari ini” Tuah baik? Apa maksud kamu?
soal Sang Buaya.

“Raja telah mengutus saya untuk mengira penghuni rimba, jawab Sang Kancil.
“Apa pula hajat raja ingin mengira penghuni rimba? Soal Sang Buaya.
“Raja ingin menjamu kita semua, jawab Sang Kancil.

“Kalau begitu, cepatlah kira! Kata Sang Buaya dengan gembira.


“Kamu perlu memanggil semua buaya di sungai ini. Kemudian berbaris
sehingga ke seberang sana.” terang Sang Kancil.
Sang Buaya segera terjun ke sungai. Tidak lama kemudian, semua buaya
berkumpul dan berbaris di dalam sungai. Mereka tiadak sabar lagi untuk
menjamah makanan pemberian raja.
Sang Kancil tersenyum kerana rancangannya berjaya.”

“Cepatlah kira, Sang Kancil” jerit Sang Buaya.


Sang Kancil pun melompat di atas badan buaya-buaya itu. Dia berpura-pura
mengira.

(Satu, dua, tiga, lekuk. Jantan betina aku ketuk) Sebaik sahaja tiba di seberang
sungai, Sang Kancil ketawa.
Ha!Ha!Ha!Ha!Ha

“Tuan hamba semua telah tertipu” kata Sang Kancil. Buaya-buaya itu sangat
marah dengan Sang Kancil.
“Jaga engkau Sang Kancil. Aku dapat kau, aku makan kau.” Marah Sang
Buaya.
Begitulah ceritanya “ Sang dan Buaya.” Pengajaran daripada cerita ini ialah,
Kecil jangan disangka anak. Besar jangan disangka bapa. Setiap orang
mempunyai kelebihan masing-masing. Gunakan kelebihan yang ada untuk
kebaikan
Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai