Anda di halaman 1dari 3

Selamat sejahtera dan salam perpaduan.

Yang dihormati barisan hakim yang arif

lagi bijaksana. Seterusnya para penonton sekalian.

Hai kawan-kawan. Pernahkah kawan-kawan mendengar cerita tentang Kancil

Mengira Buaya? Kalau tak pernah mari dengar cerita saya.

Ceritanya bermula begini.

Pada suatu pagi, Sang Kancil bersiar-siar di tepi sungai. Di seberang sungai itu ada

banyak pokok jambu. Pokok-pokok itu rendang sahaja. Buah-buahnya pula sudah

masak. Sang Kancil sangat teringin makan buah-buah jambu itu.

Sang Kancil mencari-cari kalau ada titi ke seberang sungai itu. Ia berlari ke

hulu sungai, kemudian berlari ke hilir pula. Tetapi, tidak juga berjumpa sebarang titi.

Sang Kancil hendak berenang menyeberangi sungai, tetapi takut dimakan

buaya. Ia pun duduk berfikir. Akhirnya Sang Kancil mendapat satu akal. Ia segera

berdiri dan memanggil buaya.

“Wahai Sang Buaya,” kata Sang Kancil,

“Saya kasihan melihat Sang Buaya duduk di dalam sungai sendirian sahaja.

Tidakkah kamu ada isteri, anak atau keluarga lain? Sungguh sedih saya

lihat kamu.”

“Hai Kancil,” jawab Sang Buaya, “Tidakkah kau tahu bahawa keluarga

sayalah yang paling ramai sekali dalam sungai ini?”

Sang Kancil pula menambah,


“Di manakah mereka itu? Saya tak nampak seekor pun.”

Sang Buaya naik radang.

“Kalau Kancil tidak percaya kiralah kami semua. Nanti saya panggil mereka

semua keluar.”

Sang Buaya pun memanggil semua anggota keluarganya supaya timbul untuk dikira

jumlah mereka oleh Sang Kancil.

Sang Kancil tersenyum dan berkata,

“Macam mana saya dapat mengira jika semua berkeliaran begini. Saya

ingat lebih baik semua berbaris dari tebing sini ke tebing sana. Biar saya

lompat ke atas belakang kamu sambil mengira. Apabila sampai hujung sana

sama-samalah kita tahu jumlah keseluruhan keluarga kamu nanti.”

Buaya-buaya di dalam sungai itu pun beratur dari satu tebing ke tebing lain.

“Sedia semua?” tanya Sang Kancil.

“Sedia!” jawab kesemua buaya itu.

Kancil pun melompatlah ke atas seekor buaya ke seekor buaya, sambil mengira,

“Satu, dua tiga, ketuk! empat, lima, enam, ketuk!”

Apabila tiba ke nombor lapan puluh dua, ia sudah sampai ke seberang sungai. Sang

Kancil pun melompat ke atas tebing dan ketawa,

“Ho, ho, ho, ho, ho.” Terima kasih, kawan-kawan semua. Sebenarnya saya

hendak menyeberang sungai kerana nak dapatkan buah-buah jambu ini. Tetapi

disebabkan tidak ada titi, kamu semua telah saya tipu supaya dapat saya
menyeberang sungai ini. Sekarang, selamat tinggal. Saya mahu pergi makan buah-

buah itu.” Ia pun pergilah dari situ sambil bernyanyi.

Senangnya dalam hati,

Dapat makan buah-buahan ini,

Seperti dunia,

Hai, aku yang punya.

Tinggallah Sang Buaya dan keluarganya berhempas-pulas di dalam air kerana

terlampau marah.

Begitulah kawan- kawan, tamatnya cerita saya. Pengajarannya, kita mestilah

menggunakan akal secara bijaksana dan janganlah kita mudah terpedaya dengan

kata-kata orang lain.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai