Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi kepada juri-juri yang adil lagi bijaksana, guru-guru dań kawan-

kawan yang saya sayangi.

Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita bertajuk ‘Sang Kancil
dan Buaya”

Di dalam sebuah hutan, tinggallah seekor Sang Kancil yang sangat cerdik.
Pada suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan di tebing sungai. Sambil berjalan-
jalan, Sang Kancil ternampak banyak buah-buahan yang enak di seberang
sungai. La ingin menyeberangi sungai untuk medapatkan buah itu. Semasa
Sang Kancil ingin menyeberangi sungai, tiba-tiba, seekor ikan timbul di atas
permukaan air sungai.

Lalu berkata: Hati-hati Sang Kancil, sungai ini ada banyak buaya!
Selepas mendengar nasihat ikan, Sang Kancil pun cuba mencari jalan untuk
menyeberangi sungai. Lalu Sang Kancil pun terdetik di dalam fikirannya.
Aha, saya ada idea.

Sang Kancil berjumpa dengan seekor buaya yang berada di dalam sungai.
Hai buaya, ada satu orang kaya meminta saya mengira bilangan buaya
kerana dia nak memberi makanan kepada kamu semua. Kata sang Kancil
kepada buaya.

Buaya itu pun meminta semua buaya berbaris di atas permukaan sungai dari
tebing sungai ke seberang sungai.
Kemudian, Sang Kancil mula melompat ke atas buaya sambil membilang
buaya seekor demi seekor. Satu dua tiga empat!
Dan dia menyeberangi sungai dan makan buah-buahan di atas pokok. Buaya-
buaya yang tamak barulah sedar bahawa mereka telah di tipu oleh Sang
Kancil.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai