Anda di halaman 1dari 6

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam

hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan
apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di
dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bilabila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana
makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di
luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil
berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan.
Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih
airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air
sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar
di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam
hatinya Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat. Setelah kepenatannya
hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya
yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang
kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai.Alangkah enaknya jika aku
dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut fikir Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat
dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik
berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur
untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya
yang sedang berjemur lalu berkata Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?
buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang
kancil yang menegurnya tadi Khabar baik sahabatku Sang Kancil sambung buaya lagi Apakah
yang menyebabkan kamu datang ke mari? jawab Sang Kancil Aku membawa khabar gembira
untuk kamu mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar
khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata Ceritakan kepada ku apakah yang engkau
hendak sampaikan.
Kancil berkata Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya
yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu
semua. Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi
Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini.
1

Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun ke dasar sungai untuk memanggil semua
kawan aku kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati
buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing
sungai. Sang Kancil berkata Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman
supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang
istimewa pada hari ini. Kata kancil lagi Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing
sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana.
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya
segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia
Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang
pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut Satu dua tiga lekuk, jantan
betina aku ketuk sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi
sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak
kegembiraan dan berkata Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu
kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman.
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka
telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila
bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini.
Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya
tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan
yang sedang masak ranum itu.
PENGAJARAN CERITA :
1.
2.
3.
4.
5.

Tolong-menolong
Jangan sombong
Berusaha bersungguh-sungguh
Sabar
Patuh

Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar.


Arnab ternampak kura-kura. Kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan.
"Ha! Ha! Ha!" arnab ketawa.
"Kura-kura berjalan sangat perlahan," kata arnab dalam hatinya.
Arnab segera pergi berjumpa kura-kura.
"Wahai kura-kura, mahukah engkau berlumba lari denganku?" arnab bertanya.
"Satu, dua, tiga!" arnab membilang.
Perlumbaan pun bermula.
Arnab berlari kencang. Kura-kura merangkak perlahan. Di pertengahan jalan, arnab berehat di
bawah sebatang pokok. Kemudian, arnab tertidur.
Kura-kura terus merangkak. Akhirnya, kura-kura sampai di garisan penamat. Arnab terjaga
daripada tidurnya. Arnab terus berlari kencang. Tetapi kura-kura sudah berada di garisan penamat.
Arnab kalah dalam perlumbaan itu. Arnab berasa malu.

Harimau ternampak Sang Kancil duduk di bawah sebatang pokok. Pada ranting pokok itu ada
sarang tebuan. Harimau pun menghampiri Sang Kancil.
Harimau

: (suara meninggi) Hah, Sang Kancil! Di sini rupanya kamu berada.

Sang Kancil : (terperanjat) Oh harimau, apa lagi yang kamu hendak? (lalu berdiri dengan cepat)
Harimau

: (suara meninggi) Aku hendak makan kamu.(sambil mengangkat kaki hadapannya


dan membuka mulutnya.)

Sang Kancil : Nak makan aku? Eh, sekarang tidak boleh, harimauAku telah diperintahkan oleh
raja Sulaiman supaya menunggu benda ini. (sambil menunjuk ke arah sarang
tebuan itu)
Harimau

: (kehairanan sambil melihat sarang tebuan) Apa benda itu?

Sang Kancil : Oh, ini gong Raja Sulaiman. Baginda akan mendengar bunyi gong ini apabila
baginda hendak ke hutan.
Harimau

: Hmmtentu sedap bunyi gong raja ya.

Sang Kancil : Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira.
Harimau sangat ingin mendengar bunyi gong raja itu dan meminta Sang Kancil memalunya tetapi
Sang Kancil menolak permintaan harimau. Sang Kancil memberi alasan yang tugasnya hanya
untuk menunggu dan bukan memalu gong itu.
Harimau

: (sambil merayu) Tolonglah Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Sekali pun cukuplah.
Lagipun, baginda tiada di sini.

Sang Kancil : Eh, tidak boleh, harimau. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku tidak jujur.
Harimau

: Kalau begitu, biarlah aku yang memalunya.

Sang Kancil terdiam seketika tetapi berasa sungguh lega. Harimau telah termakan helahnya.
Sang Kancil : Baiklah, harimau. Jika kamu hendak memalu gong raja ini, biarlah aku pergi jauh
dari sini.
Sang Kancil memberikan sepotong kayu kepada harimau. Dia meminta harimau memalu gong itu
setelah mendengar arahan daripadanya. Kemudian, Sang Kancil pergi jauh dari situ.
Sang Kancil : (berteriak dengan kuat) Harimau, palu!

Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Apabila sarang tebuan itu dipalu, kesemua tebuan itu
keluar dan menyengat harimau.
Harimau

: (mengaum dengan kuat)Aummm!

Harimau menjerit kesakitan kerana tebuan itu telah menyerang seluruh tubuhnya. Dia berlari
dengan pantas tetapi tebuan-tebuan itu terus mengejarnya. Mujurlah harimau terjumpa sungai.
Harimau pun terjun ke dalamnya untuk menyelamatkan diri.

Anda mungkin juga menyukai