Anda di halaman 1dari 2

Bismillah

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini tiba giliran sy pula utk membuat perkongsian ilmu dalam group kita kali ini.
Memandangkan di saat –saat akhir ramadhan iaitu dah 22 hari kita berada dalam bln yang mulia ini sudah pasti
hati kita merasa sayu sbb ramadhan dah hampir meninggalkan kita. Insya Allah doa dan harapan saya semoga
kita semua di pertemukan lagi dengan ramadhan yang akan datang. Amin.

Sebelum saya teruskan dengan tajuk saya pada petang ini terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Kak Ku Rahmah kerana dengan adanya beliau banyak perkongsian ilmu agama yang kita boleh
pelajari dan tak lupa juga kepada semua ahli group ini yang sangat sporting dan sentiasa berganding bahu dalam
apa jua keadaan sekalipun. Alhamdulillah.

Berbalik kita pada petang ini sedikit perkongsian dari saya yang kerdil ini disamping sama –sama kita mendalami
ilmu agama yg sangat bermuafaat.

Tajuk saya pada kali ini adalah “PUASA TAPI TAK SOLAT “

Marilah kita sama-sama jadikan tahun ini tahun yang sempurna dan yang lebih baik dari tahun2 selepasnya
MAKNAKATA siapa yang rasa tak sempurna dan tak lengkap dia punya rukun islam jadi inilah masanya utk kita
lipatgandakan amalan.

menurut hadis dr riwayat Al Bukhari dan muslim bahawa “SOLAT ITU ADALAH TIANG AGAMA”barang siapa yang
tak solat maka ibadah yang lain tidak akan diterima kerana solat itu adalah tiang agama jadi sembahyang ini di
umpamakan sebagai satu rumah dan tapak itu adalah tanah iaitu KALIMAH SYAHADAH.

Cth. Klu nk buat rumah klu x ada tiang nk letak bumbung…dinding pun x guna sbb dia akan runtuh.

OLEH itu di sini sy ingin menyatakan bahawa kalau kt tak solat kt telah menghancurkan agama kt dan ini
bermakna PUASA kt juga akan lenyap …hanya dapat letih saja. JADI walau apapun dalam hidup kita seharian
walau sesibuk manapun kita janganlah tinggalkan solat walaupun solat kita tak khusyuk maka tunaikanlah juga

Jadi barangsiapa yang tak solat ataupun solat sekadar perlu sahaja maka bertaubatlah kerana awal2 perkara
yang akan ditanya nnt kepada kita didalam kubur nnt adalah solat lima waktu.

makna kata amalan fardhu ini harus di dahulukan daripada amalan sunat jadi siapa yang buat sunat saja tapi tak
buat yang fardhu maka hukumnyan rosak habis.

(kalau x betul nnt sama2 perbetulkan lah ya)

Anda mungkin juga menyukai