Anda di halaman 1dari 4

TEKS DAIE CILIK SK PEKAN TELUPID 2021

Wah, cantiknya baju ni ? lakonan

Nak beli warna apa ni. Eih, yg ni pun, cantik jugalah.


KEMAHIRAN
“selamat hari raya, hari untuk kita bersuka ria“

Assalamualaikum kawan – kawan. Ibu Ayah atok nenek


semua sihat ?
Alhamdulillah. Sihat. Ceria
SALAM
alhamdulillah

Kawan – kawan , seronok tak tu masuk sekolah ?


Dalam bahasa arab kita sebut Madrasah.
Siapa nak join masuk madsarah saya ?
Best ! Macam – macam ada !
Tapi madrasah ini bukan sebarang madrasah tau.
TAJUK
Haa ! nak tahu tak ?
Kawan – kawan nak tahu ? ibu ayah pun nak tahu ?
Nak pilih madrasah yang terbaik untuk anak – anak ?

Tapi , Madrasah yang saya maksudkan ini adalah


madrasah Ramadhan.
Seperti mana firman Allah swt dalam surat Al Baqarah
ayat 183

Maksudnya “Wahai orang-orang yang beriman, telah


ISI UTAMA
diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah
diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu,
semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”.

Haa, puasa itu wajib. Jadi sebagai seorang muslim kita


perlu berpuasa pada bulan Ramadhan.

Kawan – kawan masih ingat rukun Islam ?


(shahadah solat puasa zakat haji)
Apa maksud puasa ?

Maksudnya meninggalkan sesuatu yang membatalkan


puasa selepas kita berniat untuk melakukannya antara
waktu terbit fajar hingga tenggelam matahari.

Ketika berpuasa, kita perlu menghindari pelbagai hal yang


membatalkan dan merosakkan puasa.

Yang membatalkan puasa antaranya makan dan minum.


HURAIAN
Dan yang merosakkan puasa adalah berdusta dan
bertengkar.

Sedangkan Allah swt mengakhiri perintah wajib puasa


dengan kalimah "‫ "لعلكم تتقون‬agar kalian bertakwa.

Maksudnya apa kawan – kawan ?

Maksudnya apa yang diraihkan dalam puasa di bulan


ramadhan ini adalah Taqwa.

Jangan bangga telah berpuasa sebulan penuh

Apabila mulut masih suka berbicara dusta


Apabila mata masih melihat maksiat
HURAIAN
Apabila tangan suka mengambil hak orang
Apabila hati masih berprasangka
Apabila diri masih berat mendirikan solat

CONTOH Sebenarnya kan tadi, saya terbayang nak pakai baju apa
untuk hari raya nanti ? Berapa pasang baju nak beli ? nak
beli warna apa ? nak beli kasut apa ?

Ish .. ish.. astaghfirullah al azim !

Belum masuk puasa, dah fikir nak raya


Itulah umat akhir zaman sekarang ni,
Sampai kita lupa,
Nak siapkan diri untuk ramdhan yang nak datang ni .

Tak salah nak shopping barang raya,


Tapi jangan sampai AlQuran langsung tak terbuka
Tak salah nak buat kuih raya
Tapi jangan sampai solat tak terjaga

Kalau ganjaran ibadah yaag dijanjikan Allah di bulan


puasa digantikan dengan duit ,

Tadarus Al Quran RM 1000


Solat 5 waktu RM 2000 Situasi di
Tolong ibu ayah RM 1500 pasar raya

Pasti semua orang berebut – rebut nak buat ibadah

Seperti mana Hadis Rasullullah SAW yang bermaksud 


“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia
akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang
semisal hingga tujuh ratus kali ganda”
Allah Ta’ala juga berfirman yang bermaksud : “Kecuali
amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku.
Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia
telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku.
Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua
kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan
kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh
bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah
daripada bau minyak kasturi.” (HR. Bukhari no. 1904,
5927 dan Muslim no. 1151).

Besar tak nikmat ganjaran bulan Ramadhan ni?

Ingat, bukan saya yang kata !


Bukan Ustaz yang kata !
Bukan juga Papazola Kebenaran yang kata !
Tapi Rasulullah SAW dan Allah SWT yang berkata.

PENGAJARAN Ibu Ayah, Pak Cik Mak Cik, Kawan Kawan yang Saya
Sayang semuanya

Andai kita tahu ini ramadhan terakhir


Pasti siangnya kita sibuk berzikir
Tak jemu merayu pada Allah yang Satu

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir


Pasti solat kita di awal waktu,
Penuh khusyuk dan tawadhu
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil
‘alamin”
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku…
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekalian alam

Ya Allah,
andai Ramadhan yang bakal menjelang nanti
Ramadhan yang terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redhaMu serta kasih sayangMu
Yang mewarnai kehidupan kami di sana nanti.

Ya Allah,

Aku
inginkan rahmatMU,
Juga
maghfirah dariMU,
Serta
bebas dari neraka,
Merebut janjiMu ganjaran syurga
Aku Cahaya
inginkan Ramadhan
Kejar Ramadhan –
nikmat syurgaMU Azhar Hilmi
Kan ku
abdikan padaMU
Sepenuh jiwa ragaku

Anda mungkin juga menyukai