Anda di halaman 1dari 4

RANGKA TEKS DAIE CILIK

KSSR Pendidikan Islam Tahun 1 (Semakan)


BIDANG : AQIDAH 3.1 Merumus dan Meyakini Rukun Iman
TEMA : RUKUN IMAN
Serta Menjadikannya Sebagai Pegangan
( BERIMAN KEPADA ALLAH )
TAJUK : NIKMAT IMAN dan Asas Tindakan dalam Tindakan

(menarik nafas kesyukuran)…. Alhamdulillah Kemahiran


Berlakon
Aku masih hidup, dapat melihat sana, melihat sini… eyh
kawan-kawan seiman pun ada.
Salam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hamdalah

Segala puji bagi Allah yang memberi kesempatan untuk saya (Rapport)
berkongsi ilmu dalam Daie Cilik 2020.
Kawan-kawan semua sihat? Ustaz dan ustazah sihat?
Alhamdulillah…

Rukun Iman yang pertama adalah Beriman kepada Allah Yang Isi Utama
Maha Esa. Meyakini adanya Allah, Yang Maha Berkuasa
menciptakan kita wajib dipasakkan dalam jiwa kita semua.

Kemahiran
Firman Allah S.W.T. : Bertaranum
Dalil
Terjemahan
Sumber

Maksudnya : Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia


melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
Kupasan

1
( Surah az-Dzariyat : ayat 56 ) Dalil

Ya… Ayat ini jelas menunjukkan kita wajib menyembah Allah.


Meskipun kita tidak nama Allah, tetapi Allah Maha Melihat
akan hamba-hambaNya.
Haa kawan-kawan, rasa nyaman tak dengan angin sepoi-sepoi
bahasa ni? …. Rapport
Kita nampak angin? Tidak.
Begitulah Allah walaupun kita tidak nampakAllah, tetapi Allah
itu wujud dan tidak pernah mengantuk mahupun tidur.

Kemahiran
Haaa.. lihat sana tu.. ada yang menguap sudah.. Bersyarah

Kita hendaklah takut kepada Allah dengan melaksanakan


suruhanNya, dan tinggalkan laranganNya.
Bersyukurlah dengan nikmat Iman yang ada dan tidak
melupakan perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat
yang menyampaikan dakwah sehingga seruan akidah sampai
ke hari ini.

Demi Iman yang utuh… Huraian Isi


Harta ditinggalkan.. Kemahiran
Bersajak
Meski dihina..
Diseksa..
Tetap teguh…
Mempertahankan
Kalimah Tauhid!

2
Ya kawan-kawan, Siapa wanita pertama Syahid?
Haa betul.. Sumayyah binti Khayyat. Sirah
Sumayyah telah dipakaikan dengan baju besi. Dijemur di Kisah
tengah padang pasir yang panas. Diseksa dengan kejam… Teladan
Kemahiran
Berlakon
“ Sumayyah!! Berani kau menganut agama Muhammad?
“ Sekarang siapa yang lebih berkuasa?? Aku? Atau Tuhan
Muhammad?”

“Ahad… Ahad…” jawab Sumayyah dengan teguh.

Sabarlah keluarga Yasir Kemahiran


Bernasyid
Bagimu syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya (Hijjaz)
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Begitulah peritnya Rasulullah S.A.W. dan para sahabat Pengajaran


memperjuangkan iman dan aqidah.

Isu Semasa
Namun alangkah sedihnya kita pada hari ini… Gejala Murtad
makin berleluasa. Pemikiran liberal kian parah dan ada yang
berani mencabar hukum Allah. Na’uzubillah!

3
Oleh itu kawan-kawan… Kesimpulan
Marilah kita menjaga dan mempertahankan iman dan aqidah
agar terus mekar.

Kemahiran
Akidah Islam perlu dimampankan Berpantun
Nabi Muhammad sebaik ikutan
Perintah Allah wajib laksanakan
Segala larangan dihampiri jangan.

Sekian. Salam
Penutup
Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai