Anda di halaman 1dari 6

BIDANG : AQIDAH KSSR Pendidikan Islam Tahun 1 (Semakan)

TEMA : RUKUN IMAN 3.1 Merumus dan Meyakini Rukun Iman


Serta Menjadikannya Sebagai Pegangan
( BERIMAN KEPADA ALLAH ) dan Asas Tindakan dalam Tindakan
TAJUK : HARGA SEBUAH AQIDAH Harian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah wa syukron lillah. Bertemu kita dalam Daie Cilik 2020.


Kawan-kawan semua sihat? Ustaz dan ustazah sihat? Alhamdulillah…

Beriman kepada Allah adalah Rukun Iman yang pertama.


Kita wajib beriman kepada Allah kerana Dialah Yang Maha Berkuasa
menciptakan kita dan semua makhluk-Nya di alam ini.

Firman Ar Rahman :

Maksudnya : Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia


melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
( Surah az-Dzariyat : ayat 56 )

Ha… Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang kewajipan menyembah Allah.
Manusia ke.. Jin ke… Semuanya wajib menyembah Allah.

Ehh…… Ali nak tanya ni…


Ada tak kawan-kawan di sini yang bernama Muhammad?
Cuba angkat tangan. Nama Ahmad?...
Mmmm.. Kenapa tak angkat tangan ni? Malu ye…

Kita kena bersyukur kerana kita dilahirkan dalam keluarga muslim.


Diberi nama Muhammad.. Ahmad.. Aisyah…
Semuanya nama yang baik-baikkan? Alhamdulillah!

Namun jangan kita lupa.. Bagaimana iman ini sampai kepada kita pada hari ini
melalui perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya yang mulia.

1
Mereka berkorban harta… ( SAJAK )
Kehilangan keluarga.. saudara dan rakan
Mereka dihina.. diseksa….
Bahkan ada yang kehilangan nyawa
Demi mempertahankan sebuah aqidah

Antaranya… Sumayyah binti Khayyat.


Muslimah pertama yang syahid kerana Islam.

“Sumayyah!! Berani kau meninggalkan agama nenek moyang kita..


Dan menganut agama Muhammad??
“Sekarang siapa yang lebih berkuasa?? Aku? Atau Tuhan Muhammad?”

“Ahad… Ahad…” Tanpa takut, Sumayyah menjawab.

Sumayyah telah dipakaikan dengan baju besi. Dijemur di tengah padang pasir
yang panas. Diseksa dengan kejam… Namun imannya tetap teguh kepada
Allah.

Sabarlah keluarga Yasir


Bagimu syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

( NASYID ) SUMAYYAH : HIJJAZ


https://www.youtube.com/watch?v=GFKrK_fXadU

Begitulah peritnya Rasulullah SAW dan para sahabat memperjuangkan iman


dan aqidah.

Namun alangkah sedihnya kita pada hari ini… Gejala murtad dan ajaran sesat
semakin berleluasa. Sebanyak 34 ajaran sesat telah diwartakan oleh
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor seperti Syiah dan Millah Abraham.
Na’uzubillah!

2
Oleh itu kawan-kawan…

Marilah kita menjaga dan mempertahankan iman dan aqidah sebagaimana


tema Mahrajan Al-Quran kita pada tahun ini, ‘Aqidah Mampan Insan
Cemerlang.’

Bunga melur, bunga kasturi, ( PANTUN )


Tumbuh di tepi pohon berangan;
Daie Cilik mengundur diri,
Aqidah mampan jadi pegangan.

Sekian.
Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3
PERINCIAN TEKS DAIE CILIK
KSSR Pendidikan Islam Tahun 1 (Semakan)
BIDANG : AQIDAH 3.1 Merumus dan Meyakini Rukun Iman
Serta Menjadikannya Sebagai Pegangan
TEMA : RUKUN IMAN dan Asas Tindakan dalam Tindakan
( BERIMAN KEPADA ALLAH ) Harian
TAJUK : HARGA SEBUAH AQIDAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam

Alhamdulillah wa syukron lillah. Hamdalah


Bertemu kita dalam Daie Cilik 2020.
Kawan-kawan semua sihat? Ustaz dan ustazah sihat?
Alhamdulillah…

Beriman kepada Allah adalah Rukun Iman yang pertama. Isi Utama
Kita wajib beriman kepada Allah kerana Dialah Yang Maha
Berkuasa menciptakan kita dan semua makhluk-Nya di alam
ini.

Firman Ar Rahman : Kemahiran


Bertaranum
Dalil

Maksudnya : Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia Terjemahan


melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
( Surah az-Dzariyat : ayat 56 ) Sumber

Ha… Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang kewajipan Kupasan


menyembah Allah. Manusia ke.. Jin ke… Semuanya wajib Dalil
menyembah Allah.

Ehh…… Ali nak tanya ni… Rapport


Ada tak kawan-kawan di sini yang bernama Muhammad?
Cuba angkat tangan. Nama Ahmad?...
Mmmm.. Kenapa tak angkat tangan ni? Malu ye…

4
Kita kena bersyukur kerana kita dilahirkan dalam keluarga Kemahiran
muslim. Diberi nama Muhammad.. Ahmad.. Aisyah… Bersyarah
Semuanya nama yang baik-baikkan? Alhamdulillah!

Namun jangan kita lupa.. Bagaimana iman ini sampai kepada


kita pada hari ini melalui perjuangan Nabi Muhammad SAW
dan para sahabatnya yang mulia.

Mereka berkorban harta… Huraian Isi


Kehilangan keluarga.. saudara dan rakan
Mereka dihina.. diseksa…. Kemahiran
Bahkan ada yang kehilangan nyawa Bersajak
Demi mempertahankan sebuah aqidah

Antaranya… Sumayyah binti Khayyat. Sirah


Muslimah pertama yang syahid kerana Islam.
Kisah
“Sumayyah!! Berani kau meninggalkan agama nenek moyang Teladan
kita.. Dan menganut agama Muhammad??
“Sekarang siapa yang lebih berkuasa?? Aku? Atau Tuhan Kemahiran
Muhammad?” Berlakon

“Ahad… Ahad…” Tanpa takut, Sumayyah menjawab.


Sumayyah telah dipakaikan dengan baju besi. Dijemur di
tengah padang pasir yang panas. Diseksa dengan kejam…
Namun imannya tetap teguh kepada Allah.

Sabarlah keluarga Yasir Kemahiran


Bagimu syurga di sana Bernasyid
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

5
Begitulah peritnya Rasulullah SAW dan para sahabat Pengajaran
memperjuangkan iman dan aqidah.

Namun alangkah sedihnya kita pada hari ini… Gejala murtad


dan ajaran sesat semakin berleluasa. Sebanyak 34 ajaran Isu Semasa
sesat telah diwartakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri
Selangor seperti Syiah dan Millah Abraham. Na’uzubillah!

Oleh itu kawan-kawan… Kesimpulan


Marilah kita menjaga dan mempertahankan iman dan aqidah
sebagaimana tema Mahrajan Al-Quran kita pada tahun ini,
‘Aqidah Mampan Insan Cemerlang.’

Bunga melur, bunga kasturi, Kemahiran


Tumbuh di tepi pohon berangan; Berpantun
Daie Cilik mengundur diri,
Aqidah mampan jadi pegangan.

Sekian. Salam
Wabillahit taufiq wal hidayah. Penutup
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai