Anda di halaman 1dari 4

MUHAMMAD IQRAM HAKIMI BIN ABDUL RAHMAN

DAIE CILIK MUHAMMAD RAHMATUN LIL ALAMIN


‫يا من صليت بكل األنبياء‬ Kemahiran
Nasyid
‫يامن في قلبك رحمة للناس‬
‫يامن ألفت قلوبا باالءسالم‬
.‫ياحبيبي ياشفيعي يارسول هللا‬
Salam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hamdalah &
‫الحمد هللا رب العالمين وبه نستعين وعلى آله وصحبه اجمعين‬ Selawat

‫وما أرسلنك إال رحمة للعالمين‬


Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad)
melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian Alam.

Surah al-Anbiya’ ayat 107

Kemahiran
Mulianya rasul insan pilihan Syair
Indah pekerti jadi tauladan
Khatamul Anbiya dalam susunan
Pemberi syafaat insan beriman.

Kawan-kawan ada 25 orang yang rasul yang wajib kita


ketahui,tentu kawan-kawan tahukan…
Jom kita nyanyi sama-sama….

Adam, Idris, Noh, Hud, Soleh Kemahiran


Ibrahim, Luth ,Ismail Nasyid
Ishak, Yaqub, Yusuf, Aiyob
Syuaib, Musa, Harun, Dzulqifli,Daud ,Sulaiman
Ilyas, Ilyasa, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa
Wa aakhiru khotimul ambiya…Muhammad al Musthofa
Ha…inilah dia nabi kita ,nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Kupasan Dalil

Ayat Al-Quran yang saya bacakan tadi adalah tentang


baginda,Muhammad s.a.w sebagai pembawa Rahmat ke
seluruh alam.

Fakta
Sehinggakan seorang pengarang dari Barat Michael H.Hart
telah meletakkan baginda sebagai manusia pada kedudukam
paling teratas dan berpengaruh dalam bukunya yang bertajuk
100 Most Influential People in the World.
Subhanallah!! Hebat kan kawan-kawan…

Cuba kita bayangkan kawan-kawan jika Rasullah tidak datang


kepada kita,mungkin kita akan menyembah berhala mungkin
juga kita akan bunuh anak Huraian Isi
perempuan…..Astaqfirullahalazim…..
Lantas melalui rasul kita kenal siapa Allah…Tuhan yang
menjadikan alam ini.
Hadirnya Rasulullah, kita kenal Islam agama kita.
Ajaran Rasullullah mendidik kita berakhlak mulia,membezakan
adat dan syariat beragama. Dalil Ayat Al-
Quran
...‫لقد كان لكم في رسول هللا أسوة حسنة‬

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan


baik pada dirimu….
Surah Al-Ahzab ayat 21

Namun pada hari ini ajaran Nabi dipersia,Gejala sosial terus Pengalaman
berluasa…Seks bebas , jenayah seksual,merokok ,menghisap Isu Semasa
dadah,samseng dan vandalisme semakin menjadi-jadi.Bahkan
ada juga yang sanggup mencerca dan menghina Rasulullah
s.a.w tanpa rasa bersalah…….Nauzubillah…..Sedih kan kawan-
kawan.
Kesimpulan
Jesteru itu,sedarlah kawan-kawan kita wajib mengasihi dan Pengajaran
menyayangi baginda.Yakinlah dengan sifat terpuji baginda iaitu
Siddiq,Amanah,Tabligh dan Fatonah.

Kemahiran
Perintah Allah jangan abaikan, Sajak
Maksiat dan dosa wajib tinggalkan,
Sirah Baginda jadikan pedoman,
Peribadi mulia jadikan ikutan

Kawan-kawan….sayang nabi tak?


Jom sama-sama kita selawat tanda ingatan kepada baginda.

Sollallahu ala Muhammad Selawat


Sollallahu alaihi wasallam
Sollallahu ala Muhammad
Sollallahu alaihi wassalam

Nabi Muhammad utusan mulia Kemahiran


Agong namanya sepanjang masa Berpantun
Jadikan baginda sebagai idola
Bukan menyanjung artis korea.

Sekian. Salam Penutup


Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamu’alaikum wbh.

Anda mungkin juga menyukai