Anda di halaman 1dari 3

AKHLAK MAHMUDAH ASAS UMMAH SEJAHTERA

Akhlak Mahmudah asas ummah sejahtera.Itulah tajuk syarahan spontan saya pada hari ini. Akhlak
mahmudah bermaksud budi pekerti atau tabiat yang luhur. Dengan akhlak mulia, manusia mengetahui
hala tuju dan tugasnya di atas muka bumu ini. Dengan akhlak mulia juga,masyarakat akan hidup dengan
aman dan harmoni.

Marilah kita membuka minda membuka rahsia bagaimana akhlak mahmudah menjadi asas ummah
sejahtera.

PERTAMA : AKHLAK MEMBINA PERIBADI MULIA DAN JATI DIRI SESEORANG

Orang Yang berakhlak mulia akan menjadi ahli masyarakat yang baik, berdisiplin dan bertanggungjawab.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “ Orang Mukmin yang lebih sempurna imannya ialah orang yang
paling baik akhlaknya “

KEDUA: AKHLAK MULIA MEWUJUDKAN RASA HORMAT DAN BERKASIH SAYANG

Akhlak Mulia akan disenangi oleh sesiapa sahaja. Perkara ini boleh mengelakkan unsur-unsur negatif
dalm masyarakat seperti pergaduhan dan benci- membenci.

Hadirin dan hadirat sekalian,

KETIGA : AKHLAK MULIA MELAHIRKAN SIKAP BERTANGGUNGJAWAB

Orang yang berakhlak mulia akan melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab.Dia akan
bersikap amanah,bercakap benar dan tidak sekali-kali menzalimi orang lain.

KEEMPAT : AKHLAK MULIA MEMBATASKAN MANUSIA DARIPADA MELAKUKAN PERKARA LARANGAN


ALLAH

Manusia yang baik akhlaknya akan menjauhkan diri dari larangan Allah seperti menipu, memfitnah
mengumpat, mengeji dan sebagainya yang boleh menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
Mereka sentiasa yakin bahawa Allah mengawasi dan mengetahui segala gerak geri mereka walaupun
berada di tempat yang tersembunyi.

Hadirin sekalian,

Kesimpulannya, Jelaslah kepada kita bahawa Akhlak mahmudah apencetus ummah sejahtera.Akhlak
mulia dalah jati diri umat Islam. Akhir sekali marilah kita amalkan akhlak mulia supaya hidup diredhai
oleh Allah. Sekian.Wabillahi taufiq walhidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
KELUARGA BERKASIH SAYANG GENERASI TERBILANG

Keluarga berkasih sayang generasi terbilang. Itulah tajuk syarahan spontan yang akan saya sampaikan
pada hari ini.

Institusi keluarga merupakan asas pembinaan sesebuah masyarakat. Maju dan bahagia sesbuah
masyarakat itu amat bergantung kepada institusi keluarga yang berkualiti.

Marilah kita membuka minda,menyingkap rahsia bagaiman keluarga berkasih sayang dapat membina
generasi yang gemilang.

PERTAMA : PENDIDIKAN AWAL BERMULA DARI RUMAH

Ibu bapa bertanggungjawab memberi kasih saying dan didikan yang baik kepada anak-anak bermula dari
mereka kecil. Kurangnya kasih saying akan menjadikan jiwa tidak tenteram dan mudah melakukan
perkara yang tidak baik. Adakalanya anak-anak akan membuat sesuatu perkara di luar jangkaan untuk
mndapatkan perhatian ibu bapanya.

Nabi S.A.W bersabda

Maksudnya : “ Sesiapa yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi. “

KEDUA : KASIH SAYANG MEWUJUDKAN RASA HORMAT MENGHORMATI

Ahli Keluarga akan saling hormat menghormati dan menyayangi apabila keluarga itu memainkan
peranan masing-masing.Ayah sebagai ketua dan pelindung keluarga manakala ibu pila sebagai pendidik
dalm keluarga. Allah akan sentiasa memberi rahmat dan kebahagiaan kepada mereka yang hidup
berkasih sayang.

Hadirin sekalian,

KETIGA: KASIH SAYANG ADALAH FITRAH SEMULAJADI

Allah telah membekalkan kepada setiap insan dengan fitrah berkasih sayang. Ia perlu disuburkan dengan
iman dan takwa kepada Allah. Ini bermakna kasih sayang tidak mengenal usia, masa , jarak, waktu serta
darjat seesorang.

KEEMPAT : KASIH SAYANG ADALAH NIKMAT ALLAH YANG TIDAK TERNILAI

Kita bukan sahaja ingin disayangi tetapi kita juga sayang kepada orang lain terutamanya ahli keluarga
kita sendiri. Kehidupan berkasih sayang adalah satu nikmat yang besar dalam kehidupan.

Hadirin hadirat sekalian,

Kesimpulannya, keluarga yang bahagia akan terbina dengan ikatan kasih sayang dan saling memahami.

Ini seterusnya dapat menjauhkan ahli keluarga daripada perkara negatif yang dilarang oleh
agama.Marilah kita suburkan kasih sayang dalam keluarga agar dapat membentuk generasi yang
diredhai Allah.
AKIDAH PERISAI KEKUATAN UMMAH

Akidah perisai kekuatan ummah. Itulah tajuk syarahan spontan saya pada hari ini.

Lailahaillallah… Muhamadur Rasulullah adalah lafaz dua kalimah syahadah..perakuan kita sebagai
seorang mukmin. Lafaz ini bermaksud Hanya Allah sahaja Tuhan kita dan Nabi Muhammad itu Rasul kita.

Akidah bermaksud keyakinan dan keimanan yang mantap terhadap rukun iman.

Ayuh, mari kita membuka minda menyingkap rahsia tentang perkara ini.

PERTAMA:AKIDAH MENJADI TERAS DALAM KEHIDUPAN MUKMIN.

Tanpa akidah kehidupan manusia akan terumbang ambing tanpa haluan ibarat kapal yang hanyut di
tengah lautan. Dengan akidah,manusia akan faham tujuan hidup di dunia ini iaitu sebagai khalifah Allah
di muka bumi ini.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al Ikhlas :

Surah ini menegaskan bahawa Allah mempunyai sifat-sifat yang Maha Esa. Tidak ada sesiapapun yang
setara denganNya. Ini merupakan syarat mutlak kepercayaan kita terhadap adanya tuhan.

KEDUA : AKIDAH MENJADI BENTENG PERKARA KHURAFAT DAN SYIRIK

Al-Quran dan Hadis adalah sumber utama dalam akidah Islam. Allah menerangkan hukum dan peraturan
kehidupan dalam kedua-dua sumber ini. Orang yang berpegang teguh dengan akidah Islam akan jauh
daripada perbuatan syiri, khurafat dan ajaran sesat.

KETIGA : AKIDAH MENJADI TUNJANG KEKUATAN UMAT DAN NEGARA ISLAM

Akidah Islam amat mementingkan kesepaduan umat. Islam merupakan penyelesai kepada semua
masalah umat dan petunjuk jalan yang terang kepada manusia. Allah telah mengutus Rasul kepada kita
untuk mengajar akidah,ibadah dan akhlak sebagai asa kehidupan beragama.

KEEMPAT: AKIDAH PENENTU KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Anda mungkin juga menyukai