Anda di halaman 1dari 5

THE POWER OF DOA

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Doa


adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur
bagi langit dan bumi. (HR Hakim)

Terdapat satu ayat yang patut direnungkan adalah firman Allah Taala,

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,


maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan
permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka
hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah
mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam
kebenaran. (QS. Al Baqarah: 186)

Dan Rabbmu berfirman, Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Ku-


perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan diri dari beribadah kepada-Ku akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina dina. (QS al-Ghafir,40: 60)

Doa merupakan satu medium perhubungan antara seorang hamba


dengan Penciptanya. Bahkan, solat itu sendiri merupakan satu
bentuk doa.

Sebagai seorang pelajar yang mengharapkan keberkatan dalam


menuntut ilmu, semestinya kita perlu lebih banyak berdoa supaya
perjuangan di medan ilmu ini dipermudahkan dan dibuka jalan jalan
kesenangan.
TERTIB BERDOA

Kandungan doa perlu disusun mengikut tertib dan adab tertentu yang
biasanya terdiri daripada 3 bahagian penting doa, iaitu;
.
1. Pembukaan / Permulaan

Membaca Basmalah.
Ucapan pujian kepada Allah SWT.
Selawat kepada Nabi SAW.

Misalnya ketika menadah kedua tapak tangan, di mulai dengan sekurang-kurangnya membaca :

Terdapat juga berbagai-bagai kalimah selawat masyhur yang boleh


digunakan sebagai permulaan doa, pilihlah di antaranya.

Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang itu mengerjakan solat dan


dia hendak berdoa di dalamnya, hendaklah dia memulakan doa dengan
memuji Allah SWT dan membesarkan-Nya. Sesudah itu berselawatlah ke
atas Nabi SAW kemudian itu berdoalah dengan memohon apa sahaja
yang dihajati. (Riwayat Abu Dawud dan An-Nasai.)

2. Kandungan

1. Pilih doa-doa yang bersesuaian dengan tujuan dan maksud


keperluan diri atau majlis.
2. Lebih afdal dibaca doa-doa daripada Al-Quran, amalan
Rasulullah SAW dan para sahabat.

3. Penutup.

Semua doa hendaklah diakhiri sekali lagi dengan kalimat tahmid (memuji
Allah SWT.) dan berselawat.

Nabi Muhammad SAW. bersabda; Tiada daripada doa melainkan


terdapat hijab (sekatan) di antara seseorang itu dan langit,
sehinggalah berselawat ke atasku, maka tercariklah hijab itu
dan diangkatlah doanya ke langit (diperkenankan).
ADAB-ADAB BERDOA

Menjauhi sikap tergesa-gesa


Menghadap kiblat mengharapkan agar doanya
dimakbulkan
Membersihkan hati dengan
Seeloknya berwudhu beristighfar sebelum berdoa

Tidak meminta sesuatu yang


Mata tidak meliar-liar
buruk samada untuk diri sendiri
memandang sekeliling (focus)
atau orang lain.

Menyapu tangan ke muka bila


Minta dengan hati yang penuh dah siap berdoa and sebut
khusyuk. amin..

Masukkan rasa khauf (takut)


Berdoalah ketika dalam
dan raja (berharap)
kesusahan dan kesenangan
Pastikan doa kita tidak
mengandungi sebarang dosa
Yakin doa akan dimakbulkan
dan sesuatu yang boleh
oleh Allah
menyebabkan putusnya
silaturrahim.

Bersungguh sungguh dan tidak


.
berputus asa dalam berdoa

SEBAB DOA TERHIJAB

Kamu mengenal Allah tetapi kamu Kamu berkata mencintai Rasulullah


tidak menunaikan hak-Nya tetapi kamu meninggalkan sunnahnya

Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu Kamu merasakan nikmat Allah tetapi
tidak beramal dengannya kamu tidak bersyukur dengannya

Kamu berkata syaitan itu musuhmu Kamu berkata syurga itu benar tetapi
tetapi kamu tidak menentangnya kamu tidak mencarinya

Kamu kata neraka itu benar tetapi Kamu kata mati itu benar tetapi kamu
kamu tidak lari daripadanya tidak bersedia menghadapinya

Kamu bangun dari tidur lalu kamu Kamu kebumikan mayat saudara-
katakan banyak keaiban manusia saudara kamu tetapi kamu tidak
tetapi kamu lupa akan keabaian kamu mengambil i'tibar daripada mereka
sendiri

Kamu berdoa tetapi hanya untuk


memuaskan hawa nafsu diri kamu untuk
berbuat
kejahatan
Hadis ke 10 :

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:

Sesungguhnya Allah Taala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan
sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah
diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Taala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan
minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah
Taala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan
yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).

Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut
kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku!
Wahai Tuhanku!

Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya


haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?

WAKTU MUSTAJAB DOA

Anda mungkin juga menyukai