Anda di halaman 1dari 11

KARANGAN DIMENSI DIRI –

Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa


petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang.
Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah
diri yang terpuji.

Gunakanlah masa yang ada


Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Sebahagian daripada lirik lagu ‘Remaja’ persembahan kumpulan nasyid


Unic saya petik untuk menggambarkan kemaslahatan peranan remaja pada
masa ini. Lagu yang menyuntik semangat ini menyeru para remaja agar
menggunakan masa dengan sebaiknya dan mempunyai iltizam yang kuat demi
memajukan diri masing-masing . Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa
mengenal jemu dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji
, remaja akan menjadi warga yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan
nusa. Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu
yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya
bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri
sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan
remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas
mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang. Negara
memerlukan remaja yang mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di
samping berdaya saing serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian,
amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan
sentiasa mendukung panji ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara’
kini dikaitkan dengan pelbagai isu kenakalan remaja dan membimbangkan ibu
bapa, masyarakat dan juga kepimpinan negara. Perbuatan yang melanggar
norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja
ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang
bak kata peribahasa Melayu, air perabung mengalir ke cucur atap. Perkara ini
diakui oleh Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh, dari firma Hushim Motivational
& Counselling apabila kes keruntuhan moral remaja Melayu disebabkan
kenakalan seperti penzinaan, mengandung anak luar nikah dan membuang
anak kini berada pada tahap yang serius. Isu ini begitu hampir dengan saya
memandangkan saya juga seorang insan yang bergelar remaja justeru saya
mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki
ciri-ciri remaja cemerlang dambaan negara. Sekiranya saya mampu memiliki
sahsiah terpuji serta mempunyai nilai mandiri dan jati diri terpuji sudah pasti
saya dapat menyediakan benteng untuk menghalang sebarang unsur negatif
yang merosakkan prinsip dan menghancurkan moral saya sebagai remaja
Islam. Persoalannya, apakah prakarsa yang perlu saya lakukan untuk
membentuk sahsiah terpuji diri yang terpuji.

Sebagai seorang remaja, usaha saya membentuk sahsiah diri yang


terpuji adalah dengan mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama
merupakan ilmu yang akan mendekatkan diri saya kepada Maha Pencipta iaitu
Allah swt. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini iaitu
ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh dibuktikan melalui
pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert
Einstein (walaupun beliau tidak beragama Islam) yang menyatakan bahawa
agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Jelas dapat
dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab.
Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan
agama tidak akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Saya
akan mendalami ilmu agama dengan membaca dan memahami Al-Quran,
mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta para sahabat. Akhlak
Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-Quran dan
hadis itu pastinya akan menjadi sumber primer saya bagi membina
pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah
yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang
mendalam sebegini mampu memberi input yang berguna kepada saya seperti
memahami nilai yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari . Nilai-
nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan
bertanggungjawab semuanya memandu diri untuk menjadi insan berperibadi
mulia. Pengajaran daripada Al-Quran dan hadis mampu merubah mana-mana
perlakuan saya yang sebelum ini yang dianggap bejat atau kurang memuaskan
kepada perlakuan yang positif atau terpuji. Jikalau saya tidak memahami
kandungan Al-Quran ataupun hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau
ustazah yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan agama
yang suci ini. Saya akan meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi
mendalami ilmu agama kerana di perpustakaan, suasananya yang hening
mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan mendalami ilmu
agama, saya yakin saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji kerana
saya akan memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-
kata dan kemampuan memberikan buah fikiran dengan penuh tertib serta
matang berlandaskan akhlak Nabi Muhammad saw. Tegasnya, saya akan cuba
membentuk sahsiah diri yang terpuji dengan mendalami ilmu agama dan
mencintai Allah.

Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan ke
arah pembentukan sahsiah terpuji dengan menumpahkan ketaatan
sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan yang paling
dekat dengan diri saya kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini
meraka menatang saya bagai minyak. Begitu besar pengorbanan ibu bapa
terhadap saya bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan jerih
payahnya selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa
yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun
cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh
bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup menjadi seperti Si Tanggang atau Si
Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan
taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang
diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya
tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan memberontak dan meninggikan
suara ketika memberikan pendapat malah saya akan berbincang dengan cara
yang paling baik atau bertatasusila bagi menyelesaikan segala permasalahan
yang berlaku sesuai dengan peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih.
Allah telah memberikan kedudukan tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh
setiap anak berbuat baik kepada mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui
firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti kepada
ibu bapa. Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa
remaja boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui
perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak mereka dan menjauhkan diri
daripada perilaku yang boleh menyakiti hati kedua-dua ibu bapa. Taat kepada
ibu bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara
paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti
mentaati perintah-Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat.
Terdapat hadis Rasulullah saw. yang bermaksud : “Sesiapa yang ingin
dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti
kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Jelaslah bahawa
mentaati ibu bapa mampu menjadikan saya individu yang mempunyai sahsiah
diri yang terpuji dan terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang
merosakkan moral.

Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya


laksanakan adalah dengan menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran
saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar pelajar, saya akan menghormati
guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada mereka. Hal ini demikian
kerana guru-guru telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu
berdiri dan berpijak di bumi yang nyata menjadi insan yang sebaiknya dan
berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan negara. Guru telah banyak
berkorban demi memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada
mereka mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Mereka tidak pernah
mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap satu
daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu,
‘Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia
ke jalan yang lebih baik”. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat,
bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai insentif dan motivasi untuk
saya berjaya menjadi insan berguna yang mampu mendaki menara gading .
Tugas guru bukan sahaja sebagai pengajar tetapi ibu bapa kedua saya. Segala
kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya
sepatutnya dikenang dan dihargai kerana tanpa jerih payah seorang guru itu,
pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak berguna di dunia dan akhirat.
Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk termulia di sisi Allah swt.
sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan
tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas
terhadap penyampai ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru
dengan menghormati guru, saya mencetuskan rasa insaf dalam diri dan
bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan
rakan-rakan dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan
meluangkan masa yang lebih bersama rakan-rakannya berbanding dengan ibu
bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga tercinta yang
dekat di hati, manakala rakan merupakan tempat mengadu, mencurah
perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan itu, saya akan menjaga atau
memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira sama ada rakan saya
berlainan agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang mempunyai
sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Saya juga sedaya upaya tidak akan menimbulkan isu sensitif terutama
isu agama. Saya akan mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang
telah mengorbankan banyak nyawa yang berpunca daripada rusuhan kaum.
Saya akan memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan
kerana dia merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam
kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan
semua orang dan bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kita digalakkan mencari teman yang baik
dan meramaikannya seperti kata pepatah ‘berkawan biar seribu tetapi musuh
jangan sesekali dicari.’ Saya akan menjadi seseorang yang dapat memberi
manfaat segi dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya kepada orang lain.
Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila berkawan dengan saya
sekiranya saya tidak bersikap bagai buntal kembung. Apabila saya menjalinkan
hubungan baik dengan rakan-rakan, masalah kebejatan moral tidak akan ada
dalam kamus rutin hidup saya sejajar dengan visi saya untuk menjadi remaja
yang mempunyai sahsiah terpuji.

Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-


sungguh untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang
tidak berfaedah dan tidak bermoral . Seorang yang ingin mempunyai sahsiah
diri yang terpuji tidak bisa melakukan perkara yang negatif yang mampu
keruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa dan
negara. Saya tidak akan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan yang
membisikkan ‘kata-kata bermadu’ kepada anak Adam agar melakukan dosa.
Saya sentiasa awas bahawa syaitan telah berjanji akan menyesatkan umat
manusia dek sebab Allah swt. telah mencampakkannya keluar dari syurga
kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam. Kesombongan merajai hati
syaitan dengan alasan dia diciptakan daripada api manakala Adam daripada
tanah. Kedegilan syaitan kian hari kian diwarisi manusia hingga pelbagai
kebejatan moral dan perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan menjadikan
nilai-nilai nurni jelas nyata dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam
kancah yang serba ‘menyesakkan nafas’ dan boleh memusnahkan visi dan misi
saya sebagai seorang Muslim yang cemerlang dan memiiki sahsiah yang
terpuji. Mantan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Chee pernah
menyuarakan pendapatnya bahawa , “Para belia harus diasuh dan dididik agar
memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai
dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa”. Saya pasti akhlak dan
sahsiah terpuji berpaksikan syariah Islam mampu menghindarkan diri daripada
pergaulan bebas, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat
dan menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita. ‘First
impression’ orang lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah orang
lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar”.
TEMA SASARAN SPM - PERANAN IBU BAPA / KELUARGA
FOKUS :DIMENSI KELUARGA         
TAJUK :PERANAN IBU BAPA/AHLI KELUARGA

Orang Acheh berniaga papan,


Papan diguna sebagai hiasan,
Remaja gigih menjadi harapan,
         Memimpin negara menuju wawasan.

Pantun di atas menegaskan bahawa golongan muda merupakan bakal tampuk kepimpinan yang
bersoleh, berketerampilan dan versatil untuk menampilkan imej negara yang sihat serta
melonjakkan maruah gelanggang keramat suci ini  ke mercu kegemilangan. Alangkah remaja
menggalas obligasi yang eksplisit, signifikan dan vital dalam menjadikan negara Malaysia lebih
tersohor. Memetik kata-kata mantan Presiden Indonesia Soekarno "Jika aku diberi
seratus orang tua, aku hanya dapat menggoyangkan perahu yang tertangkup, jika aku
diberi sepuluh orang remaja, aku dapat menggoncangkan dunia dunia". Hal ini telah
memerihalkan, mencerminkan dan menjelaskan bahawa golongan alaf langit dapat
menyumbangkan tenaga dalam pembangunan negara dan mampu meredah onak di rimba
perburuan. Remaja sering kali dikaitkan dengan istilah-istilah seperti " tiang seri negara",
"pelapis bangsa", "penggerak wawasan" dan "penggerak harapan bangsa". Walaupun
gelaran sebegini diberikan, pemuda tetap bertanggungjawab menterjemahkan matlamat
menjadi sebuah negara maju. ,Dalam kerancakan penduduk jagatraya menari  bersama bayang-
bayang pemodenan, kalbu masyarakat kontemporari digoda dan didominasi oleh nafsu-nafsi
ketamakan telah memanfaatkan kebanyakan masa atas kerjaya dan bergelut dengan kerja atau
masalah di pejabat sehingga tidak menyenggangkan masa untuk menitikberatkan (  tema       ).
Mereka telah menganggap kerjaya sebagai kayu ukur untuk menilai status mereka. Menurut
Datuk Razali Ibrahim Timbalan Menteri Belia dan Sukan ibu bapa merupakan arkitek
pembangunan sahsiah anak-anak.Lantaran itu,ibu bapa penting untuk mewujudkan rumah
tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap"Rumahku syurgaku". Persoalan yang
perlu dirungkai secara holistik dan mendalam lagi terperinci maka persoalan yang terus
menimbulkan tanda soal dalam cepu fikiran saya ialah apakah..? 

SURI TELADAN
Pemikir tersohor dan tokoh ilmuan yang disegani di negara kita,Profesor Diraja Ungku
Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak
dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka.(PW), ibu bapa yang
mengemudi, menakhodai dan mentadbir mahligai kebahagian seyogianya menjadi entiti
mithali,karakter dan ikon yang syumul lagi menyeluruh kepada anak anak. Hal ini bersangkut
paut dengan Ustazah Siti Nur Bahiyah pernah mengatakan ibu bapa merupakan idola
kepada anak-anak. Justeru, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh yang terpuji kepada
anak-anak. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda anak-anak diibaratkan sebagai sehelai kain
putih yang suci lagi kudus, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan masa kelak anak-
anak sama ada seindah warna pelangi atau semalap gelap. Jika merah, ia merah, jika biru, ia biru
dan jika kuning, ia kuning. Hasil acuan yang cerah atau gelap bergantung kepada ibu bapa.
Marilah kita ambil contoh, ...akhlak ibu bapa yang mahmudah dan mazmumah akan diteladani
dan perilaku yang negatif akan diciplak habis-habisan oleh anak-anak yang baru berumur
setahun jagung dan darah setampuk pinang.Senario ini bertepatan dengan peribahasa
melayu bagaimana acuan,begitulah kuihnya dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak
ke nasi.Dalam konteks ini ibu bapa perlu menjunjung amanah dan memerah keringat
untuk ................................. Misalnya,ibu bapa hendaklah ...........................................( contoh ).Dengan
ini,ibu bapa menjadi jurutera dan pembentuk jiwa dan raga kepada anak-anak
untuk.........................Ibu bapa perlu mendampingi anak-anak  untuk mendidik...........  . Ibu bapa
tidak seharusnya bersikap seperti  ketam menyuruh anak berjalan dengan betul tetapi
sendirinya berjalan mengiring.Secara ringkasnya,............................. dalam kalangan anak-anak
dapat ............. jika ibu bapa menjadi suri teladan yang sempurna

KASIH SAYANG
Kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa yang tercinta dapat melahirkan remaja
yang berketerampilan seterusnya menjadi anak bangsa yang mampu menjulang imej nusa
tercinta kita di pentas dunia.Ibu bapa yang mengemudi institusi keluarga seyogianya
mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.Memetik kata-kata Dr
Hassan Ali,mantan Pengarah Akademik Keluarga Bahagia Malaysia,beliau menegaskan
bahawa kesejahteraan hidup bermula di rumah.Pada era yang penuh dengan persaingan
yang sengit ini,masyarakat yang terlalu obses mengejar kebendaan kurang memberikan kasih
sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka.Hal ini  merupakan perkara yang amat
menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan
perhatian daripada ibu bapa mereka.
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian
Setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta Kasih dan sayang.

Lagu sedamai Taman Firdaus dendangan saujana di atas jelas memanifestasikan keinginan
insan yang bergelar anak untuk dibelai dan dikasihi agar.........................................................................
Izharlah bahawa ibu bapa perlu memberi perhatian dan belaian kasih sayang seperti menatang
minyak yang penuh kepada anak-anak.Hukum-hakama Arab pernah mengatakan anak-anak
yang kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk ialah yatim.Lantaran itu,ibu bapa
perlu menjalinkan hubungan yang mesra dengan anak-anak agar mereka tidak mengalami
masalah ketandusan kasih sayang. Sebagai contoh,ibu bapa  harus......................................................
Selain  mengeratkan ukhuwah sesama ahli keluarga,anak-anak dapat  merehatkan minda.Jadi
kasih sayang menjadi penawar dalam ..........................................................................
DIDIKAN AGAMA

Didikan agama dan moral ialah hiasan diri terakhir kita sebelum kembali ke pangkuan ilahi
yang akan mengadili kita di rumah keadilan.Ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama
yang syumul kepada anak-anak sejak kecil lagi.Rasullulah pernah bersabda anak-anak
dilahirkan dalam keadaan fitrah,kedua-dua orang tuanya yang menjadikan mereka
majusi,Nasrani dan Yahudi.Didikan agamamerupakan perisai yang ampuh untuk.....................
Lantaran itu,ibu bapa seharusnya membibitkan dan mengindoktrinasikan ajaran agama seteguh
Tembok besar china kepada anak-anak mereka yang acapkali tersasar laluan sehingga dihanyut
oleh arus hedonisme yang bercanggahan dengan ajaran agama Islam.Ibu bapa sewajarnya
menanam nilai-nilai murni dan ajaran agama di dalam kalbu anak-anak yang
dianalogikanberumur setahun jagung dan darah setampuk pinang.Sebagai misalan,Rasullulah
S.A.W pernah bersabda "suruh dan perintahlah anakmu menunaikan solat sejak umur
tujuh tahun. Ungkapan keramat tersebut telah memanifestasikan bahawa bersolat merupakan
amalan yang mampu menghalang anak-anak daripada............... Amalan bersolat menguatkan
keimanan dan kekentalan jiwa anak-anak untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan
onak dan duri.Imam al-Ghazali pernah mengatakan jika hendak melihat masa depan
negara,lihatlah remaja sekarang.Pernyataan di atas  menjadi bukti yang konkrit bahawa peri
pentingya ajaran agama dalam........... Sebagai contoh,ibu bapa harus menghantar anak-anak
mereka ke kelas keagamaan agar mereka dapat .........................................
Ingatlah,seribu mancis belum tentu dapat menerangi kehidupan anda selama-
lamanya,malah didikan agama yang sempurna akan menerangi kehidupan anda
sepanjang hayat.

DIDIKAN SEJAK KECIL


Suatu hakikat yang tidak boleh diketepikan ialah, ibu bapa wajar mentarbiah ,mendidik dan
menerapkan tentang........ dalam jiwa anak-anak sejak bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat
mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik
mereka amalan yang berunsur positif seperti .......... Anak-anak mudah dipengaruhi
ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut
segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini, ......... secara tidak langsung, mudah
berakar umbi dalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu
belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi  dan nasihat
ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan
membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab
mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi?  Oleh itu, ibu bapa perlu
menerapkan dan mendidik tentang .........sedikit demi sedikit dalam sanubari anak-anak sejak
kecil kerana    sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.Misalnya,ibu bapa yang merupakan guru
terawal kepada anak-anak perlu menerangkan tentang......................... ( ayat contoh ).
Natijahnya,anak-anak dapat mendalami dan menjadikan didkan ibu bapa sebagai garis panduan
dalam kehidupan mereka.Ingatlah bahawa segala-galanya bermula di rumah.Begitulah
ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal ,Franklin D.Roosevelt.Maka ibu bapalah yang
bertindak sebagai agen pencorak utama karakter utama agar anak-anak menjadi modal
insan yang berketerampilan dan berdaya saing.Tokoh-tokoh pujangga pernah
menukilkan bahawa benih yang bernas apabila jatuh ke laut menjadi pulau,terlontar ke
udara  menjadi kejora dan jatuh ke bumi menjadi penawar.Tegasnya,ibu bapa perlu
menjunjung amanah untuk mendidik anak-anak tentang ................................................................

KEMPEN /AKTIVITI
Fokus perbincangan yang selanjutnya ialah ibu bapa membawa/menggalakkan anak-anak ke
kempen atau aktiviti yang bertemakan...... .Pelibatan anak-anak dalam aktiviti/kempen yang
dianjurkan oleh Pihak kerajaan nescaya akan meluaskan horizon pemikiran
tentang.........Contohnya, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke......... yang dianjurkan
oleh .......... di seluruh negara. . Ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan aktiviti/kempen
sedemikian agar anak-anak tidak diibaratkan katak di bawah tempurung.  Ibu bapa haruslah
berkecimpung dalam kempen atau aktiviti tersebut agar menjadi pendorong atau pemangkin
kepada anak-anak. Seorang sarjana barat Alex osborn pernah berkata bahawa "lampu
Alladdin tidak bersinar sendiri,malah Alladdin yang akan menggosoknya terlebih
dahulu .Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti
seperti ........... Hal ini secara tidak langsung dapat mencelikkan minda anak-anak supaya
mengetahui tentang...... seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Mantan menteri
Pembangunan wanita,Keluarga dan Masyarakat ,Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil
menegaskan bahawa  kerajaan telah melaksanakan Bulan Kebangsaan 1 Malaysia  untuk
memperkukuh institusi kekeluargaan untuk membentuk masyarakat yang sejahtera dan
harmoni.Sebagai komitmen berterusan,ibu bapa digalakkan untuk
menganjurkan/menggalakkan anak-anak menyertai kempen /aktiviti yang
bertemakan............... . Sudah terang lagi bersuluh bahawa , ibu bapa perlulah
membawa/menggalakkan/mengadakan kempen atau aktiviti tentang ....................agar dapat
melahirkan anak-anak muda yang berilmu , berintelektual dan sekali gus mampu mengibarkan
jalur gemilang di puncak kejayaan.

KESIMPULAN
Sebagai konklusinya,ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap hala tuju anak-
anak mereka. Anak-anak  merupakan amanah daripada Allah yang harus dijaga dengan baik.Ibu
bapa tidak boleh membiarkan anak-anak terus teraba-raba dalam kegelapan dunia dan
akhirnya hanyut dalam hambatan dunia yang semakin menggila. Seyogianya sebelum nasi
menjadi bubur,ibu bapa perlu berusaha dalam membentuk individu yang mampu
menyumnbang kepada pembentukan keluarga bahagia.Jangan pula kelak mengharapkan
padi,lalang yang tumbuh.Anak-anak juga harus mengikut nasihat dan kata-kata ibu bapa
untuk .....................................

Subur tumbuhnya pokok kelapa


Buahnya banyak bertali-tali
Turutlah kata ibu bapa
Jangan takbur sesekali
Maksud serangkap pantun di atas ialah anak-anak sewajarnya menurut kata-kata ibu bapa
untuk Berjaya dalam hidup dan sekali gus merealisasikan harapan kerajaan untuk membentuk
sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai