Anda di halaman 1dari 3

SKRIP MODERATOR PROKeM PERINGKAT DAERAH ( SECARA DALAM TALIAN )

TARIKH : 16 MAC 2022


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : LOKASI MASING-MASING

SLOT PERKARA CATATAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Taklimat kita akan dimulakan sebentar sahaja lagi.
Dimaklumkan bahawa link kehadiran telah dimuat naik
diruangan chat.
1 Tinggi-tinggi pohon cemara
Setinggi tiang istana raja
Salam pembuka awal bicara
Selamat datang kepada semua

Bismillah hirrahman nirahhim


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Yang dialu-alukan Penceramah Program pada hari ini


Madam Christine Yeo Ya Hui
Pegawai Teknologi Makanan
Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

Yang Berusaha rakan-rakan Pegawai HEM Cikgu


Aspalela dari PPD Kuching, Cikgu Ngen PPD
Padawan, Cikgu Sandra PPD Bau dan rakan HEM
saya dr PPD Lundu Cikgu Rayyan Bong.

Yang dihormati semua Barisan Penolong Kanan HEM,


Ketua Waden, Penyelia Asrama, dari PPD Kuching,
PPD Padawan, PPD Bau dan PPD Lundu.

Tuan2 dan Puan2 yang dihormati sekalian.

SELAMAT DATANG KE TAKLIMAT PROGRAM


KESELAMATAN MAKANAN PROKeM TAHUN 2022.

BACAAN Tetak buluh kajang sepuluh


DOA Mari jolok sarang penyengat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat

Bagi memberkati program kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan
dipimpin oleh En. Mohamad Bin Hj. Ameran
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Amin amin ya Rabbil alamin


Semoga taklimat kita pada hari ini diberkati dan
dipermudahkan semuanya sehingga akhir.

Pengenala Tuan2 dan Puan2 yang dhormati sekalian


n Program
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah
kurnianya maka pada pagi ini kita berkesempatan
bersama-sama mengadakan taklimat ini walaupun
secara dalam talian.

Untuk makluman semua, pada 7 Mac yang lepas


semua Pegawai HEM seluruh Sarawak telah
menghadiri taklimat PROKeM peringkat negeri
Sarawak anjuran JPNS. Taklimat yang padat
bermaklumat telah disampaikan oleh Pegawai
Teknologi Makanan dari Ibu Pejabat Kesihatan Negeri.

Sehubungan dari itu, semua pegawai HEM daerah


diarahkan untuk menyebar luas maklumat ini kepada
semua PKHEM, Penyelia Asrama dan Ketua Waden.

Daripada sinilah terjadinya gabungan 4 buah PPD


bekerjasama menganjurkan taklimat PROKem pada
hari ini.

Kita amat berbesar hati kerana Puan Penceramah kita


dapat dan sudi meluangkan bersama kita pada hari ini.
oleh itu saya tanpa melengahkan masa dengan penuh
hormat takzimnya mempersilakan Puan Christine Yeo
Ya Hui Pegawai Teknologi Makanan dari Pejabat
Kesihatan Bahagian Kuching.

Dipersilakan Puan
Q&A Terima kasih Puan Christine Yeo atas penerangan
yang padat

Tuan2 dan Puan2 sekalian


Jika ada pertanyaan atau sebarang kemusykilan boleh
kemukakan kepada Puan Penceramah kita
PENUTUP Tuan2 dan Puan2 sekalian

Nampaknya …
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Syabas semua atas kesabaran dan perhatian yang
diberikan sepanjang taklimat  ini diadakan. Semoga
ilmu yang dikongsikan bersama pada hari ini akan
dijadikan panduan seterusnya memantapkan
pengurusan pengendalian makanan di sekolah tuan2
dan puan2 sekalian.

Sebelum bersurai, saya mewakili urusetia program


merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan
Christine Yeo Ya Hui, semua peserta bengkel dan
rakan2 pegawai HEM dari PPD Kuching, PPD Bau dan
PPD Padawan, semoga kerjasama ini bukannya yang
terakhir tetapi adalah permulaan kerjasama yang
semakin hebat selepas ini, terima kasih juga kepada
semua pihak yang terlibat dalam memastikan
penganjuran taklimat berjalan dengan jayanya pada
hari ini.

Mohon maaf dari saya andai ada terkasar bahasa,


terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis
sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu
datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu
adalah kelemahan saya.

Sekian,wabillahitaufiqwahidayah..assalamualaikum
wbth dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai