Anda di halaman 1dari 4

Tentatif Program: Komunikasi Dalam Kejururawatan

Tarikh: 27 Januari 2023

Platform atas talian: Google Meet

Skrip Webinar

Masa Aktiviti

9:00 pagi Pendaftaran pelajar melalui Google Form/Whatsapp

9:30 pagi – 10:30 pagi Sesi I:


Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan salam uitm
dihatiku, Majlis mengucapkan selamat datang kepada
semua pelajar. Saya Nurhidayatul Atirah Binti Khairuzi
dari kelas BA2352C, selaku pengacara majlis webinar
kita bagi program pada pagi ini. (PANTUN) Tinggi-tinggi
pohon cemara, Setinggi tiang istana raja, Salam
pembuka awal bicara, Selamat datang kepada semua.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih
kepada para pelajar yang sudi hadir dan meluangkan
masa pada program kita pada pagi ini. Tajuk untuk
program webinar kita pada hari ini ialah mengenai
Komunikasi Dalam Kejururawatan. Sebelum itu, bagi
memberkati webinar kita pada pagi ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan
dipimpin oleh Pensyarah kami bagi subjek Health
Service Communication (HSM474) iaitu Sir Annurizal
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Amin-amin ya rabbal A-lamin. Terima kasih Sir


Annurizal di atas bacaan doa sebentar tadi. Seterusnya,
saya memberi peluang kepada pensyarah kita Sir
Annurizal dan juga Pengarah program Nur Ain Mardhiah
untuk memberi ucapan. Dipersilakan.

Pertama sekali Syukur kita dapat berkumpul dalam satu


program webinar talk Komunikasi dalam Kejururawatan,
untuk makluman semua program webinar ini dijalankan
bagi bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada
para pelajar sekalian akan kepentingan komunikasi
dalam pengurusan kesihatan khususnya dalam bidang
kejururawatan. Menariknya disini program webinar kita
pada hari ini sedikit sebanyak akan memberi informasi
yang mungkin kita baru dapat pelajari dan ketahui
mengenai kejururawatan. Diharapkan para pelajar
sekalian dapat memberi sepenuh tumpuan akan apa
yang akan disampaikan oleh panel jemputan kita pada
pagi ini. Tidak lupa juga saya ingin memberitahu di akhir
talk ini nanti akan disertai soalan QnA mengenai talk
kita pada hari ini. Justeru itu, tanpa melengahkan masa
lagi majlis diteruskan dengan menjemput panel
jemputan kita untuk menyampaikan keterangan
mengenai komunikasi dalam kejururawatan, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
10:30 pagi – 10:45 pagi Rehat

Mari lah kita berehat sebentar. Panel, pensyarah dan


para pelajar sekalian boleh lah mengambil masa untuk
rehat dan minum air.

10:45 pagi – 11:45 pagi Sesi II:

Seterusnya, webinar kita akan diteruskan lagi


dengan tayangan video yang disediakan khas oleh
AJK Teknikal. Dipersilakan.

Terima kasih diatas tayangan video sebentar tadi.


Diharapkan semua senang hati akan tayangan video
itu tadi. Seterusnya majlis webinar kita akan
diteruskan lagi dengan bual bicara bersama ahli
panel jemputan kita. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ahli panel jemputan


kita pada hari ini kerana memberi maklumat dan
informasi yang amat bermanfaat kepada kita semua.
Kami sangat menghargai akan penyampaian itu tadi.
Baiklah, sebelum kita sampai ke penghujung majlis,
seperti saya terangkan di awal webinar ini
berlangsung, di akhir program ini akan disertakan
QnA section khususnya ditujukan kepada para
pelajar yang hadir sekalian. Kita nak lihat sama ada
para pelajar ini memberi tumpuan atau tidak semasa
ahli panel jemputan menyampaikan informasi di
sepanjang program kita berlangsung.

 Sembang santai

11:45 pagi Sesi QnA

12:00 tengahari Penutupan

Nampak gayanya berakhir sudah program webinar kita


pada hari ini, Sungguh singkat masa berlalu dalam tidak
sedar kita sudah sampai dipenghujung majlis. Dengan
ini, sekali lagi saya dan rakan-rakan yang lain yang
bersama-sama menjayakan program webinar kita pada
hari ini untuk merangkap ribuan terima kasih
terutamanya kepada ahli panel jemputan kita yang sudi
hadir untuk memberi informasi yang sangat bermanfaat
kepada kami tentang komunikasi dalam kejururawatan
yang boleh kami mengambil inisiatif di masa akan
datang, tidak lupa juga terima kasih kepada pensyarah
kami Sir Annurizal yang banyak membantu dan
membimbing kami dalam menjayakan program webinar
ini dan akhir sekali kepada terima kasih juga kepada
para pelajar yang sudi menghadirkan diri dalam
program webinar kita pada hari ini. Mohon maaf dari
saya andai ada terkasar Bahasa atau terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis pada hari ini.
Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada Allah
S.W.T dan buruk itu datang daripada saya. Sekian,
wabillahitaufiqwahidayah..assalamualaikum wbth dan
terima kasih.

(techopedia, 2020) (techopedia, 2020)

References
techopedia. (2020). What is an Information System? techopedia.

Anda mungkin juga menyukai