Anda di halaman 1dari 6

Skrip MC Webinar

Masa Skrip MC Catatan

9.50 A.M. - Notes for EMCEES: gunakan tone casual


10.15 A.M.  
FATINI: 

Selamat datang diucapkan kepada para hadirin sekalian.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk
menghadiri program webinar kami pada hari ini. Program
akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

(REDZA AND TINI buat small talks sebelum program


mula: tanya dari mana etc)

Sementara itu, kami berharap agar anda dapat


menjemput rakan-rakan anda untuk memeriahkan lagi
webinar kita pada hari ini memandangkan kita akan
mengupas topik yang sangat menarik dan insha-Allah
sangat bermanfaat, terutamanya bagi bakal guru-guru
pelatih di luar sana.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menekan


butang ‘share’ di bawah dan hantarkan link tersebut
kepada rakan-rakan anda melalui aplikasi WhatsApp,
Telegram, Facebook dan sebagainya.

Baiklah, sebelum bermula, saya ingin mengingatkan


kepada para hadirin sekalian untuk mengisi borang
kehadiran yang telah kami sediakan. Anda boleh
menekan link atau pautan yang berada di bahagian
‘description box’ dan seterusnya mengisi kehadiran.
Untuk makluman para hadirin sekalian, borang kehadiran
tersebut disertakan bersama dengan borang maklum
balas, jadi kami berharap agar anda boleh memberikan
maklum balas buat kami pada penghujung webinar ini. 

Selain itu, ingin juga saya ingatkan di sini supaya sama-


samalah kita menjaga tutur kata dan adab ketika
meninggalkan sebarang komen di ruangan YouTube
sepanjang program ini berlangsung ya.... 

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita mulakan


webinar kita pada hari ini. 
REDZA: 
Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi dan salam


sejahtera kepada semua yang hadir pada pagi ini.
Sebelum itu, izinkan kami memperkenalkan diri kami
dahulu. Saya Muhammad Azwar Redza dan rakan
saya…

FATINI:
Nur Fatini Zulghafar

REDZA:

… merupakan pengacara majlis bagi program webinar


kita pada hari ini yang bertajuk Isu dan Cabaran Guru
Pelatih; Berdasarkan Perspektif “Choice Theory”.
Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita membuka majlis
pada pagi ini dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.

Amiin amiin ya rabbalalamin

Anda semua apa khabar? Masih bersemangat untuk


meneruskan program kita pada pagi ini? (tunggu sekejap
a few seconds) Alhamdulillah, nampaknya semua masih
aktif di ruangan komen. Dengan itu, marilah kita mulakan
program webinar kita. 

Bersama kita pada pagi ini merupakan seorang insan


yang bukan sembarangan. Beliau merupakan seorang
pensyarah di Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus
Darul Aman. Memperkenalkan tetamu undangan/speaker
kita pada pagi ini iaitu... Dr Mohd Mernan Bin Talling. 

Assalamualaikum Dr, apa khabar?

(Tunggu jawapan Dr)

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, Dr.... Jadi,
boleh tak Dr perkenalkan serba-sedikit tentang diri Dr
kepada semua yang hadir pada hari ini?

(masa ni Fatini take note apa point background yang Dr


Mernan belum sebut lagi)
FATINI:

Terima kasih Dr untuk sedikit pengenalan itu. Buat


pengetahuan para hadirin sekalian, Dr Mernan juga
merupakan (seorang pemegang, pernah berkhidmat....)

(pilih mana yang belum disebut)

Nama penuh beliau ialah Mohd Mernan Bin Talling.


Beliau memiliki Diploma Pendidikan dalam bidang
Bimbingan dan Kaunseling, Ijazah Sarjana Muda
Psikologis (Kaunseling), Ijazah Sarjana Pendidikan dalam
bidang Psikologi Pendidikan dan seterusnya Ijazah
Doktor Falsafah Pendidikan dalam bidang yang sama.
Sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai Guru
Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Kebangsaan
Abdullah, Muar Johor (2007-2012), dan beliau juga
pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Akademik di
Institusi Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (2012-
2014). Kini, beliau bertugas sebagai seorang Pensyarah
Akademik Jabatan Bimbingan dan Kaunseling di Institusi
Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (2014-kini).

Jadi itulah serba-sedikit latar belakang tentang speaker


kita. Nampaknya semua sudah tidak sabar lagi untuk
mendengar perkongsian yang akan disampaikan oleh Dr
Mernan. Jadi, Redza, sila teruskan.

10.15 A.M. - REDZA:


11.00 A.M. 
Alhamdulillah. Baiklah, tajuk webinar kita pada hari ini
merupakan satu topik yang penting dan menarik iaitu
mengenai Isu dan Cabaran Guru Pelatih; Berdasarkan
Perspektif “Choice Theory”. Saya pasti ada dalam
kalangan para hadirin sekalian merupakan bakal guru
pelatih, termasuklah saya dan juga rakan-rakan saya
yang merupakan mahasiswa tahun akhir Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai
Bahasa Kedua. Jadi, saya yakin ramai di antara kita yang
risau, ataupun tertanya-tanya tentang isu dan cabaran
yang akan dihadapi oleh bakal guru pelatih di masa akan
datang. 
FATINI:

Sebelum kita menjemput Dr Mernan untuk merungkaikan


topik kita pada hari ini, saya ingin memaklumkan bahawa
anda boleh meninggalkan sebarang persoalan di
bahagian live chat aplikasi Youtube ini sekiranya anda
ingin bertanyakan soalan berkenaan topik yang akan kita
bincangkan sebentar lagi.

REDZA:

Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, dengan segala


hormatnya, saya menjemput Dr Mernan untuk
memulakan webinar kita pada hari ini. Silakan, Dr.

(Dr Mernan cakap)

(REDZA fokus, nanti nak simpulkan point atau


counterback soalan)

REDZA: 

(FATINI tumpu pada soalan audience jika ada)

(FLOW soalan dari audience: virtual committee – host –


emcee)

Terima kasih, Dr. (simpulkan point penting yang dah


disebut supaya audience tak lost)

REDZA OR TINI:

Nampaknya kita ada soalan dari…… mengenai….. (kalau


ada soalan, kalau tak ada, SKIP)

Silakan, Dr.

(Dr jawab)

Jawapan yang sangat menarik dari Dr Mernan. Saya


berharap agar jawapan tersebut telah menjawab
persoalan daripada saudara/i ____ sebentar tadi.

(tanya part ni kalau Dr belum mention tentang solution,


kalau sudah, SKIP) Seterusnya Dr, apakah langkah-
langkah yang perlu diambil oleh bakal guru pelatih di luar
sana bagi menangani cabaran ini? 
Mohon penjelasan daripada pihak Dr.

(Bagi penceramah jawab, MCs stay focus!)

Terima kasih, Dr atas jawapan yang sangat menyeluruh


sebentar tadi. (simpulkan point Dr)

11.00 A.M. - REDZA: 


11.20 A.M.
Baiklah, sekarang kita akan berpindah ke sesi soal jawab.
Sekiranya para penonton di live stream Youtube ingin
bertanyakan sesuatu kepada Dr Mernan, jangan malu
dan jangan segan, sila tuliskan soalan anda di ruangan
live chat dan insha-Allah kami akan ajukan soalan anda
kepada Dr Mernan. Bukan selalu kita dapat berjumpa
dengan penceramah hebat kita pada hari ini, jadi
gunakanlah kesempatan yang ada untuk mengajukan
sebarang persoalan yang bermain di dalam minda anda
ketika ini agar ianya semua dapat dijawab.

(sesi soal jawab)

Nampaknya masa yang telah diperuntukkan untuk sesi


soal jawab bagi program webinar kita pada hari ini
telahpun tamat. Ada lagi ke soalan-soalan dari para
penonton? Jika tiada lagi soalan, saya teruskan ya?

Alhamdulillah, telah selesai program kita pada hari ini.


Kami mewakili pihak penganjur ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada Dr Mernan kerana sudi menjadi tetamu jemputan
kita pada pagi ni. Kehadiran dan kesudian Dr untuk
meluangkan masa bersama kami pada hari ini sangatlah
kami hargai.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada para hadirin


sekalian kerana sudi melapangkan masa untuk
menghadiri program kami pada pagi ini. Moga segala ilmu
yang kita terima pada hari ini bermanfaat buat semua.
FATINI:

Sebelum melabuhkan tirai, sekali lagi saya ingin


mengingatkan para hadirin sekalian untuk mengisi borang
kehadiran dan maklum balas yang terdapat di ruangan
“description box” di bawah. Ataupun untuk lebih mudah,
anda boleh imbas QR code di skrin ini untuk terus ke
laman maklum balas.

(tunggu sekejap untuk beri masa QR code)

Anda semua sudah scan ke? Kalau tak boleh scan


sekarang, screenshot dulu pun tak apa, lepas ini pun
masih boleh isi lagi borang kehadiran dan maklum balas
ini.

Jadi, sekian sahaja daripada kami, sebelum berakhir,


izinkan saya menyampaikan serangkap pantun,

Kalau ada sumur di ladang, 


Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

REDZA:

Akhir sekali, marilah sama-sama kita menutup majlis kita


pada hari ini dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr. 

Assalamualaikum wbt.

https://docs.google.com/document/d/
1uDTK5eHQ5IYeTh80orZHsooNGj0EKBXptX5uYGyj03U/edit

Anda mungkin juga menyukai