Anda di halaman 1dari 4

MASA AGENDA SKRIP

10.00 GM dibuka Semua peserta, moderator dan penceramah bersedia


pg
10.30 ADMIN Live countdown 2 minit
pg
10.32 Moderator: Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.
pg Ucapan Selamat Datang ke Program: Bengkel Pemantapan Kemahiran Proses Sains Untuk Ujian Amali Kimia 2021 anjuran
pembukaan PANITIA Kimia Daerah Sabak Bernam.

Saya Pn Norsyahida bt Ibrahim sebagai moderator pada hari ini, akan bersama-sama anda semua secara lansung di
channel you tube intersaber dan facebook Panitia Kimia Daerah Sabak Bernam untuk berbengkel selama 1 jam 30
minit.

Namun hari ini cikgu tidak bersendirian kerana cikgu ditemani oleh______ orang pelajar calon SPM 2021 daerah Sabak
Bernam.
(Pelajar On video, lambai-lambai say hello)
*Perkenalkan pelajar secara ringkas*

Untuk makluman semua, bagi yang masih belum mendapatkan bahan untuk bengkel pada hari ini, anda boleh dapatkan
bahan pada pautan yang diberikan diruangan chat atau pun anda boleh mengimbas QR kod seperti yang di paparkan
pada skrin.
Bahan ini akan digunakan sepanjang bengkel ini berlansung.

10.35 Bacaan Doa Baiklah bagi memberkati program kita pada hari ini, dengan suka cita dijemput saudara Muhammad Hassansail bin
pg Bahrin daripada SMK Munshi Abdullah untuk membacakan doa. Dipersilakan.

Terima kasih di ucapkan kepada Saudara Muhammad Hassansail atas bacaan doa itu tadi.
10.37 Ucapan Baiklah para penonton dan anak didik sekalian
pg Aluan Sebelum kita mula berbengkel. Mari kita bersama-sama mendengar sedikit amanat dan pesanan daripada pengerusi
Pengerusi Panitia Kimia Daerah Sabak Bernam.
Dijemput Pn Hajah Siti Jamiah binti Ishak daripada SMK Tun Rahah untuk memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Siti Jamiah diatas ucapan dan amanat yang diberikan.
10.42 Memperken Para penonton dan semua anak didik sekalian..
pg alkan
penceramah Cikgu tahu pasti anda semua risaukan?
Macam mana nak lakukan Ujian Amali, sedangkan amali pun tak sempat nak buat dan seperkara lagi anda semua
adalah kumpulan pertama yang mengambil kertas Ujian Amali bagi SPM 2021.

Jangan risau…jangan panik…


Bengkel pada hari ini adalah bertujuan untuk membantu anda memantapkan kemahiran proses sains yang sering
digunakan semasa menjalankan amali Kimia.

Jadi bersama dengan kita pada hari adalah seorang guru yang berpengalaman tentang kemahiran proses sains. Jom kita
tonton siapakah beliau?

10.43 Slot 1 Baiklah…bacaan doa sudah….ucapan aluan sudah…sesi berkenalan pun sudah..semua sudah....tapi program kita belum
pg sudah lagi tau….kita baru nak bermula….

Sebelum kita mula berbengkel. Cikgu ingin ingatkan kepada semua pelajar yang bersama dengan cikgu di google meet
untuk mematikan mikrofon semasa slot bengkel sedang berlansung. Sekiranya terdapat sebarang soalan, boleh guna
ruangan chat atau pun klik butang raise your hand utk bertanya secara terus.
Bagi pelajar yang menonton secara live di youtube boleh mengajukan soalan diruangan live chat.

Bengkel kita akan berlansung dalam 2 slot. Antara slot 1 dan slot 2 akan ada Time Break. Semasa time break kita akan
ada satu aktiviti kuiz kahoot yang menawarkan hadiah kepada 5 orang pemenang. Jadi stay tune ya…..
Jangan lupa isi Link kehadiran akan di berikan pada ruangan chat sepanjang program ini berlansung. Semua pelajar
perlu mengisi link kehadiran untuk mendapatkan e-sijil bagi program ini.

Adakah anda semua sudah bersedia?!


Baiklah tanpa melengahkan masa lagi….jom kita mulakan berbengkel. Dipersilakan Pn. Norfazila binti Sayuti.

11.15 Time Break Para penonton dan anak didik sekalian…


pg
Terima kasih Pn Fazila….baiklah kita akan berehat selama 15 minit. Sekiranya ada yang mahu ke tandas, atau
sebagainya di persilakan.
Tapi sebentar lagi kuiz kahoot akan bermula…….jadi cepat-cepat kembali ke skrin untuk menyertai kuiz.
(kuiz berlansung)
Bagi memudahkan kami mengenal pasti pemenang, sila masukkan nama singkatan anda dan nama singkatan sekolah.
Contoh Fiona SMIS Perak….gitu.

11.25 Slot 2 Tahniah!!! Kepada semua pemenang dan semua pelajar yang telah menyertai kuiz pada hari ini.
pg Semua pemenang boleh menghubungi no telefon yang tertera di skrin dan di ruangan chat untuk menuntut hadiah.

Para penonton dan anak didik sekalian


Sekarang kita akan masuk slot yang kedua. Jadi cikgu harap anda semua kembali fokus dan bersedia untuk meneruskan
bengkel.

Dengan ini ,sekali lagi saya menjemput Pn Fazila untuk meneruskan perkongsian ilmu. Di persilakan.
*Soal jawab jika ada.
12.00 Penutup Alhamdulillah….selesai sudah Bengkel Pemantapan Kemahiran Proses Sains Untuk Ujian Amali 2021
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Pn Fazila kerana sudi berkongsi ilmu dengan kita semua pada hari ini.
Cikgu rasa banyak ilmu baru yang telah kita pelajari hari ini.Terima kasih daun keladi.

Terima kasih juga kepada semua ajk belakang tabir yang telah bersama-sama menjayakan program ini secara lansung
atau tidak lansung.

Terima kasih juga buat semua pelajar yang sudi bersama-sama hingga ke hujung program, cikgu harap anda semua
telah dapat sedikit sebanyak ilmu mengenai kemahiran proses sains serta boleh membantu anda semasa menjawab
soalan ujian Amali nanti.

Untuk menguasai sesuatu kemahiran bukanlah dengan sekali latihan saja. Kemahiran hanya akan dapat di kuasai
melalui latihan yang banyak. Practise made perfect.
Jadi cikgu harap selepas bengkel ini anda semua teruskan belajar dan gunakan kemahiran yang telah dipelajari ini
sebaik mungkin.
Cikgu doakan anda semua akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2021 dan mendapat A+ dalam subjek
kimia. Amin.

“The difference between ordinary and extraordinary is practice”


“Exam test your memory,life test your learning,others will test your patience”
“Teachers can open the door but you must enter it yourself”

Sekian daripada saya Pn.Norsyahida Ibrahim….Assalammualaikum wbt dan jumpa lagi……

Anda mungkin juga menyukai