Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM: EFFICIENT SCORING SPM SCIENCES PAPER 2

Agenda Skrip Catatan


10.00 – 10.05 Assalammualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua rakan-rakan pendidik.
Pembukaan dan Selamat datang ke program Efficient Scoring SPM Science Paper 2 anjuran PANITIA Sains Daerah Sabak
bacaan doa Bernam.
Saya Pn Norsyahida bt Ibrahim selaku moderator pada hari ini, akan bersama-sama dengan rakan-rakan guru
sekalian selama lebih kurang 2 jam dalam wadah perkongsian ilmu pada hari ini.

Sebelum kita meneruskan program, saya dengan ini menjemput Tn Hj Mohd Mutalabisin bin Maryaman
daripada SMKA Tun Rahah untuk membacakan doa.
10.05 – 10.10 Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd Mutalabisin atas bacaan doa itu tadi.
Kata-kata aluan
Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Selamat datang saya ucapkan kepada Puan Madznah binti Bachok (Pengetua SMK Seri Selayang)
Selamat datang juga kepada rakan-rakan guru daripada SMK Seri Selayang yang sudi bersama-sama
menyertai program kami pada hari ini. Terima kasih diucapkan.
Selamat datang juga diucapkan kpeda Pn Wan Noor Izah bt Abu bakar selaku SISC+ Sains dan Matematik
serta guru-guru sains T4 dan T5 seluruh daerah sabak bernam.

Untuk makluman semua, program Efficient Scoring SPM Science Paper 2 ini adalah bertujuan untuk
memberikan pendedahan kepada semua guru sains T4 dan T5 tentang cara membuat penskoran yang betul.
Memandangkan telah berlaku perubahan bentuk soalan serta format SPM, maka kami PANITIA Sains daerah
terpanggil untuk menjalankan program ini supaya dapat membantu guru-guru di sekolah seterus membantu
murid-murid untuk menjawab soalan SAINS SPM dengan cara yang betul.
Rakan-rakan guru sekalian

Ingin saya ingatkan, pautan pendaftaran akan kongsikan di ruangan chat dari masa ke semasa. Rakan-rakan
guru boleh klik pada pautan untuk mendaftar dan akan memperoleh e-sijil.
Sepanjang program ini berlansung, rakan-rakan guru boleh mengajukan soalan sekiranya ada secara terus atau
boleh taip di ruangan chat.

Baiklah….Tanpa melengahkan masa lagi ingin saya memperkenalkan penceramah jemputan kita pada hari
ini.

Nama diberi : Cik Siti Suhada Nor binti Mastor


Tempat kelahiran : Negeri Pahang
Telah berkhidmat sebagai guru mata pelajaran Sains di SAM Muhammadiah Pekan Sabak semenjak tahun
2009 hingga sekarang.

Dengan ini saya mempersilakan Cik Siti Suhada Nor untuk meneruskan program. Di persilakan.
10.10 – 11.00 SLOT 1

11.00 – 11.05 BREAK ( ingatkan link pendaftaran dan link maklum balas)

11.05 -12.00 SLOT 2


12.00 – 12.15 Penutup

Alhamdulillah berakhir sudah sesi perkongsian ilmu kita pada hari ini. Terima kasih daun keladi saya
ucapkan kepada cikgu Suhada atas perkongsian itu tadi. Banyak maklumat yang sangat bermanfaat yang telah
di sampaikan oleh beliau. Saya harap ianya akan dapat membantu rakan-rakan guru untuk membuat
penskoran.

Baiklah sebelum saya menutup program pada hari. Saya ingin menjemput Pn Wan Noor Izah binti Abu Bakar
SISC+ Sains dan Matematik PPD Sabak bernam untuk memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan.
Terima Kasih Pn Wan Noor Izah.

Saya mewakil seluruh AJK program mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian rakan-rakan guru
meluangkan masa menyertai program pada hari ini. Kami juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat
salah dan silap sepanjang program ini berlansung.

Suka saya akhiri kata-kata pada hari ini dengan dua rangkap pantun:

Dalam Google meet tempat bertemu


Girangnya rasa si anak dara
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara

Di atas dahan burung tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi

Sekian. Assalammualaikum wbth.

Anda mungkin juga menyukai