Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM “EXCELLENCE AMONG US”


ANJURAN PANITIA BAHASA INGGERIS SMK PADANG TEMBAK

SMKBERKOLABORATIF
KERAMAT WANGSADENGAN
SMK TAMAN SETIAWANGSA,
SMK DESA TUN HUSSEIN ONN DAN
SMK KERAMAT WANGSA

SMK PADANG TEMBAK


JLN SULTAN YAHYA PETRA
KUALA LUMPUR
1.0 PENDAHULUAN
Bahasa Inggeris merupakan satu matapelajaran yang dianggap sukar dan kurang mendapat
perhatian murid-murid di sekolah. Sehubungan itu Panitia Bahasa Inggeris SMK Padang Tembak
dengan kerjasama SMK Taman Setiawangsa, SMK Desa Tun Hussein Onn dan SMK Keramat
Wangsa mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program yang melibatkan murid-murid yang
memerlukan lebih perhatian di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

Program yang diberi nama “Excellence Among Us” ini akan disertai oleh 4 buah sekolah iaitu
SMK Padang Tembak, SMK Taman Setiawangsa, SMK Desa Tun Hussein Onn dan SMK Keramat
Wangsa. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi kemahiran
murid tentang teknik menjawab soalan peperiksaan SPM Bahasa Inggeris 2021.

Puan Khadijah binti Yaakob dari SMK Cochrane akan dijemput sebagai penceramah dan
fasilitator yang akan membantu murid memahami dan mendalami aspek untuk membina ayat yang
baik dan menepati kehendak soalan.. Bagi menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif
dalam menyelesaikan soalan, murid-murid ini akan didedahkan dengan pelbagai soalan KBAT
sepanjang program berlangsung.

Kesimpulannya, pihak Panitia Bahasa Inggeris SMK Padang Tembak amat mengharapkan
program “Excellence Among Us” ini dapat dijalankan dan akan memberi manfaaat kepada semua
murid yang terlibat.

2.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT


Beberapa objektif dan matlamat telah dirangka seperti berikut:
a. Memupuk minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris
b. Mendedahkan murid dengan melatih cara mereka untuk memahami kehendak dan
mencari kata kunci yang bersesuaian .
c. Meransang minda murid untuk berfikir secara kreatif, logik dan pemikiran di luar kotak
dalam menggunakan kosa kata yang bersesuaian dalam membina ayat yang baik.
d. Meningkatkan kemahiran bersosial antara para peserta program.

3.0 MATLAMAT
Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran mengenal pasti kehendak soalan
dengan baik dan tepat.

4.0 TARIKH, TEMPAT, TEMPOH DAN PENYERTAAN


Tarikh : 15 Jun 2021
Hari : Selasa
Masa : 3.00- 5.00 petang
Tempat : Kediaman/rumah masing-masing
(Perjumpaan kelas secara dalam talian)
Penyertaan : 71 orang murid SMK Padang Tembak,
20 orang murid SMK Taman Setiawangsa
20 orang murid SMK Desa Tun Hussein Onn
20 orang murid SMK Keramat Wangsa

5.0 ATURCARA PROGRAM

Masa Program Tempat

2.30 petang Pendaftaran Google meet

3.00 petang Program Excellence Among Us Google meet

5.00 petang Bersurai Google meet

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM


Pendapatan
BIL PERKARA KOS DANA JUMLAH
1 Bayaran RM150 x 2 jam PCG RM300
Penceramah
Jemputan

7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat : Puan Nor Haida Binti Hamdan (Pengetua)
Pengerusi : Puan Noraliza Binti Haji Abidin
Naib Pengerusi : Puan Syarifah Farah Waheeda Binti Syed Mohsin
Penyelaras : Puan Zanariah Binti Jaapar
AJK Semua Guru Bahasa Inggeris

8.0 PENUTUP

Program “Excellence Among Us” ini diharapkan dapat meningkatkan minat dan
pengetahuan murid dalam subjek Bahasa Inggeris melalui aktiviti yang dijalankan di
samping sekolah berjaya mengecilkan GPMP dan melahirkan murid-murid yang kompeten dalam menjawab soalan SPM 2021.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
……………………………….. ………………………………..
ZANARIAH BINTI JAAPAR NOR HAIDA BT HAMDAN
Penyelaras Excellence Among Us Pengetua
SMK Padang Tembak SMK Padang Tembak
Tarikh: 23 Mei 2021 Tarikh: 23 Mei 2021
Diluluskan oleh:
…………………………….
RADZITA BT RADZI
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Keramat
Kuala Lumpur
Tarikh: 23 Mei 2021

Anda mungkin juga menyukai