Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja Orientasi Kelas Peralihan & Tingkatan 1 2022/2023

1. Pengenalan
Pelajar yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah akan merasakan
perbezaan ketara dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka di sekolah rendah.
Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di persekitaran persekolahan yang
berbeza. Para pelajar  ini akan merasakan pebezaan dari segi pergaulan dengan rakan-
rakan baru, guru-guru baru, pakaian seragam baru, suasana dan tempat baru dan yang
paling ketara adalah pertambahan matapelajaran baru yang lebih banyak berbanding di
sekolah rendah (Loh, 2009). Justeru itu, bagi memudahkan pelajar melalui perubahan
tersebut, program orientasi pelajar dirangka dan dijalankan. Pelbagai aktiviti pelajar
dirancang untuk mereka lebih mengenali persekitaran sekolah, menyesuaikan diri dengan
rakan-rakan baru, memahami mata pelajaran yang akan dipelajari, mengetahui
sumbangan yang boleh dipohon dan pelbagai maklumat lagi yang boleh diketahui. Oleh
itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat mendorong pelajar
berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

Justeru itu, program ini diadakan untuk pelajar tingkatan satu supaya mereka
tidak menghadapi kejutan budaya di peringkat menengah. Program ini bertujuan
memperkenalkan bentuk akademik, disiplin, peraturan, budaya sekolah, kokurikulum
serta protokol di sekolah ini kepada ibu bapa dan pelajar.

2. Objektif

I. Memberi pendedahan kepada pelajar kelas Peralihan & Tingkatan 1 tentang


pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sekolah menengah dan format
peperiksaan di peringkat sekolah menengah.

II. Memberi peluang kepada pelajar kelas Peralihan dan Tingkatan 1 mengenali guru
tingkatan kelas masing-masing dan organisasi pentadbiran.

III. Mengetahui dan sedia menerima pakai segala peraturan, budaya, tatacara dan
disiplin sekolah serta terlibat secara aktif dalam PdPR.

IV. Meningkatkan tahap pemahaman dan tanggungjawab ibu bapa sebagai ahli baru


warga SMK Tun Abdul Razak.

3. Sasaran

 Semua pelajar kelas Peralihan dan Tingkatan 1 2022/2023


4. Lokasi
Pilihan I
 Program akan dijalankan di lokasi masing-masing secara atas talian jika sekolah
masih mengadakan sesi Pengajaran dan Pengajaran di umah (PdPr).
Pilihan II
 Program akan dijalankan di Makmal Komputer ataupun di Dewan Terbuka jika
Kementerian Pendidikan Malaysia membenarkan untuk mengadakan sesi PdP di
sekolah.

5. Tarikh
 Tarikh tentatif bagi program ini adalah bertarikh pada 29 Mac 2022 hingga 31
Mac 2022 bersamaan dengan hari Rabu. Namun, tarikh ini mungkin berubah
mengikut arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

6. Pendekatan

 Slaid

Setiap personalia akan merekod suara pembentangan slaid mengenai bidang


masing-masing. Rekod bagi setiap slaid akan diserahkan kepada Unit Bimbingan
& Kaunseling untuk dimuat turun ke dalam Google Sites.

 Videografik

Videografik setiap pembentangan mengenai maklumat sekolah dipersembahkan


secara intergrasi animatif. Bahan ini juga akan dimuat turun ke Facebook Unit
Bimbingan & Kaunseling SMK Tun Abdul Razak.

 Bahan muat turun atas talian

Semua bahan untuk murid kelas peralihan dan Tingkatan 1 akan dikumpulkan
pada satu pangkalan fail digital di Google Sites

7. Anggaran Perbelanjaan
PCG                                                                                                               RM 5288.15

No. Item Kuantiti Harga (RM/per unit)


1 Banner 2 RM 120.00
2. File Label Divider 6 RM 3.50
3. Bahan Alatulis 283 orang RM 3.00
4. Sanitiser 5 RM 2.00
5.
Jumlah RM 931.00

8. Jawatankuasa Pengelola
Pengerusi : Speedy Bena Anak Albert Luna
(Pengetua, SMK Tun Abdul Razak)
Timbalan Pengerusi : Rosli Bin Obeng ( PK Hal Ehwal Murid, SMK Tun Abdul Razak)
Penyelaras : Martina Anak Tarang (GBKSM)
Penolong Penyelaras : Elizabeth Anak Sekudan (GBKSM)
Setiausaha : Zailina Binti Muji (GBKSM)
Bendahari : Ambrose Anak Musin (GBKSM)

I. Jawatankuasa Pelaksana
Rujuk Lampiran A

9. Senarai Guru Tingkatan

Nama kelas Nama guru

Proactive Cg. Jong Pei Che

1 Excellent Cg. Siti Khadijah Binti Morshidi

1 Winner Cg. Hasnuri a/p Doorga Nayadu

1 Champion Cg. Iris Muling

1 Marvellous Cg. Michelle Ak Rajang

1 Dynamic Ustazah Sharifah Wirdah Al-Hassan


Binti Wan Muhammad Nasir
1 Progressive Cg. Hopi Anak Nyodim

1 Innovative Cg. Nur Fatimah Az-Zahra Binti Rahmat

1 Creative Cg. Muhamad Faris bin Ibrahim


10. Senarai Kelas

Senarai kelas Bilangan murid


Proactive 26
1 Excellent 33
1 Winner 34
1 Champion 34
1 Marvellous 32
1 Dynamic 34
1 Progressive 33
1 Innovative 29
1 Creative 28
Jumlah 283

11. Jadual Pelaksanaan Program


Rujuk Lampiran
12. Rumusan

Adalah diharapkan para pelajar yang telah mengikuti program minggu orientasi ini akan
mendapat beberapa celik akal atau wawasan mengenai falsafah dan nilai yang sepatutnya
ada pada warga SMK Tunku Abdul Razak. Selain itu, besarlah harapan Unit Bimbingan
& Kaunseling agar program atas talian ini dapat mengurangkan jurang antara pihak
sekolah, guru dan murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disokong oleh,

…………………….. …………………….. ……………………..


Martina Anak Tarang Rosli Bin Obeng Speedy Bena Anak Albert Luna
Penyelaras Program, PK Hal Ehwal Murid, Pengetua,
Orientasi Kelas SMK Tun Abdul Razak SMK Tun Abdul Razak
Peralihan/Tingkatan 1
2022/2023

Anda mungkin juga menyukai