Anda di halaman 1dari 3

BIDANG PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID

KERTAS KERJA PROGRAM LONJAKAN KEHADIRAN PDPR


DENGAN PERLAKSANAAN PROGRAM CABUTAN NAMA BERTUAH MURID HADIR 100%
SLOT UBK SMK MUARA TUANG

1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan salah satu langkah pihak bimbingan dan kaunseling bagi meningkatkan kehadiran murid untuk hadir
PdPR. Menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling berbanding hukuman disiplin untuk menarik murid hadir PdPR secara aktif.
Berdasarkan teori Maslow mengenai motivasi manusia akan meningkat jika dihargai dan diberikan pengiktirafan disamping keperluan
kasih sayang, maka tercetuslah idea untuk menjalankan program cabutan nama bertuah bagi murid yang hadir 100% kehadiran dalam
PdPR terutamanya slot yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling yang berlangsung setiap hari. Melalui program ini, murid
akan rasa dihargai dan disayangi sekaligus menyuntik motivasi pelajar yang lain untuk meningkatkan kehadiran mereka dalam PdPR.

2.0 MATLAMAT

Meningkatkan peratus kehadiran murid dalam PdPR, dan mengenalpasti murid yang ponteng tegar untuk dijalankan intervensi
sewajarnya.

3.0 OBJEKTIF
1. Agar dapat mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran murid yang rendah untuk diambil tindakan
segera.
2. Agar dapat membantu guru kelas untuk memotivasikan murid dalam kelas yang mempunyai peratus kehadiran murid yang
tidak mencapai KPI kategori kelas tersebut dalam bulan tertentu untuk hadir PdPR
3. Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada murid yang hadir 100% PdPR
4. Agar dapat mengenal pasti murid yang perlu menjalani intervensi dengan guru kaunseling dan konsultasi keibubapaan
dengan murid tersebut.
5. Meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan hadir PdPR
6. Murid rasa dihargai dan disayangi, sekaligus menerapkan amalan guru penyayang

4.0 ANJURAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Muara Tuang

5.0 SASARAN
Semua murid SMK Muara Tuang 2021

6.0 TEMPAT
Dirumah masing-masing

7.0 TARIKH
Bulan Ogos- November 2021

8.0 Ahli Jawatankuasa

Penasihat : Pn. Setia bt Ken (Pengetua)


Pengerusi : En. Noruden B. Hj. Nong (PK1)
Naib Pengerusi : En. Mohd. Abil Hafiz B. Abdullah
: En. Eng Bung Chai ( PK Kokurikulum)
: En. Sapiee b. Jok (Pemangku PK Petang)
Setiausaha : Pn Siti Salmiah Binti Mahbu (GBK)
Penyelaras : En. Ngelambong ak Anggik (Ketua GBK)- Penyelaras PdPR Tingkatan 6
: Pn Mirdiawati bt Uddin (GBK)- Penyelaras PdPR Tingkatan 5
: Pn Nurul Huda bt Idris (GBK)- Penyelaras PdPR Tingkatan 4
: Pn. Mary Ak Tanggai (GBK)- Penyelaras PdPR Tingkatan 3
BIDANG PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID

: En Abdul Muhtalip bin Tegak (GBK)- Penyelaras PdPR Tingkatan 2


: Pn Siti Salmiah Binti Mahbu (GBK)- Penyelaras PdPR Tingkatan 1
AJK : Semua Guru Tingkatan 1-6

9.0 PENGISIAN PROGRAM

 Semua GBK mengenalpasti murid yang hadir penuh 100% kehadiran sepanjang slot UBK dijalankan. Nama murid itu
dicalonkan untuk cabutan nama bertuah. Senarai nama tersebut dilipat-lipat dan dimasukkan di dalam balang
masing-masing. Murid yang telah tercalon akan dimaklumkan oleh GBK terlebih dahulu untuk cabutan nama bertuah.
 Setiap GBK akan membuat cabutan nama bertuah mengikut ketetapan masa sendiri dan dijalankan diatas talian
secara Googgle Meet. Nama murid yang bertuah akan dijemput untuk sesi GM bagi pengumuman rasmi.
 Program rasmi pengumuman nama murid bertuah akan diadakan pada tarikh khas dan semua pentadbir, guru
kaunseling, guru kelas serta murid yang menang akan dijemput bersama dalam sesi GM.
 Tingkatan 1-5 akan diperuntukkan 15 cabutan nama bertuah, manakala murid tingkatan 6 akan diperuntukkan 10
cabutan nama bertuah beserta sijil penghargaan.
 Guru penyelaras PdPR untuk setiap tingkatan akan bertanggungjawab untuk bahagian masing-masing sepanjang
program berlangsung.
 Hadiah cabutan nama bertuah dan sijil penghargaan akan diserahkan disekolah pada masa yang akan ditetapkan
kemudian.
 Setiap GBK akan mendokumentasikan laporan mengikut tingkatan masing-masing.

10. SUMBER DAN ANGGARAN PERBELANJAAN


- PCG Unit Bimbingan dan kaunseling
BIL PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH DIPERLUKAN JUMLAH
KESELURUHAN
1 Hamper tingkatan 1-5 RM 40.00 75 unit RM 3000.00
2 Hamper tingkatan 6 RM 40.00 10 unit RM 400.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 3400.00

10.0 PENUTUP

Semoga program ini berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SITI SALMIAH BT MAHBU) (NGELAMBONG AK ANGGIK)

Guru Bimbingan & Kaunseling, Ketua Unit Bimbingan & Kaunseling ,

SMK Muara Tuang. SMK Muara Tuang.

Disemak oleh, Disokong oleh,

(MUHAMMAD ABIL HAFIZ B. ABDULLAH) (SETIA BT KEN)


PK Hal Ehwal Murid Pengetua
SMK Muara Tuang SMK Muara Tuang
BIDANG PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID

KERTAS KERJA

PROGRAM LONJAKAN KEHADIRAN PDPR MURID SMK MUARA TUANG


‘ CABUTAN NAMA MURID BERTUAH HADIR 100% SLOT UBK’
TAHUN 2021

ANJURAN :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SMK MUARA TUANG

TARIKH :

OGOS- NOVEMBER 2021

TEMA:

JOM HADIR PDPR

Anda mungkin juga menyukai