Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan Salam Sejahtera

Yang Dihormati Pn. Hajah Marpuaton binti Sastero


Ketua Pengarah Pendidikan Daerah Petaling Utama

Yang Berusaha Pn. Hajah Rusita binti Sahari


Pengetua SMK Seksyen 8 Kota Damansara,

Yang Berusaha En. Mohamad Najed bin Daud


Penolong Kanan

Yang Berusaha Pn. Rodziah binti Mohd Rafdzi


Penolong Kanan HEM

Yang Berusaha En. Mohamad Rodzi bin Shafii


Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru kanan mata pelajaran, Guru-guru serta ibu bapa yang
dikasihi sekalian.
 
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi
bagi menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 pada tahun ini.
Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah dapat
meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.

Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk


mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK
PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung
PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan
pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini
merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi
berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi
kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun
kokurikulum. Hal ini bukan omong kosong sahaja untuk menyedapkan
hati ibu bapa yang hadir pada hari ini tetapi SMK Seksyen 8 Kota
Damansara sememangnya telah mencatatkan pelbagai kejayaan dalam
bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Syabas juga kepada semua
tenaga pendidik yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan
anak-anak yang belajar di sekolah ini. Harapan saya juga agar
keputusan peperiksaan SPM 2019 yang akan diumumkan pada bulan
Mac nanti akan melonjakkan lagi nama SMK Seksyen 8 Kota
Damansara.

Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,


Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha
untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik
mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa
memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa
memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan
kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang
telah diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya
untuk membantu membiayai program-program sekolah untuk
meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di
sekolah ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG. Hal ini memudahkan
pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi pembelajaran anak-
anak.

Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,


Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan
daripada ibu bapa. Sumbangan tersebut bukan semata-mata wang
ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak
sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa
itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak.
Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam
proses pembelajaran mereka.

Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar
sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya
kepada pihak sekolah bagi memastikan SMK Seksyen 8 Kota
Damansara terus melakar kejayaan dan saya juga berharap supaya
semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih
lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan
mahupun tenaga.
 
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai