Anda di halaman 1dari 4

SMK PUTERI AMPANG

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

BENGKEL KECEMERLANGAN
“ SIAP SIAGA MINDA PENDIDIKAN ISLAM SPM”
2022

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK PUTERI AMPANG
1.0 PENGENALAN

Pendedahan awal tentang teknik menjawab kepada calon SPM adalah sangat penting
untuk menguasai kemahiran dan teknik menjawab dalam menghadapi Peperiksaan Percubaan
SPM dan peperiksaan awam nanti. Di samping itu , murid-murid dan guru-guru juga dapat
menimba ilmu pengetahuan daripada guru-guru pakar yang menyampaikan ceramah .

Sehubungan itu, Panitia Pendidikan Islam SMK Puteri Ampang mengambil inisiatif
untuk menganjurkan satu program kolaboratif yang melibatkan semua murid Islam tingkatan
5 SMK Puteri Ampang dan SMK Maxwell bagi meningkatkan prestasi murid dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam. Program ini juga ialah satu intervensi antara dua buah sekolah
untuk membantu meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid-murid.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi kemahiran
murid-murid tentang teknik menjawab soalan peperiksaan SPM Pendidikan Islam 2023 .

Kesimpulannya, pihak Panitia Pendidikan Islam SMK Puteri Ampang amat


mengharapkan agar program ini dapat dijalankan seperti yang dirancangkan dan akan memberi
manfaat kepada semua murid yang terlibat.

2.0 MATLAMAT

Memastikan murid dapat menguasai segala kemahiran dan teknik atau pendekatan
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya soalan-soalan berbentuk subjektif
dan esei.

3.0 OBJEKTIF

a. Memupuk minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.


b. Murid dapat memahami teknik dan kehendak soalan mengikut format yang tertentu.
c. Murid boleh mengajukan soalan-soalan terus kepada penceramah.
d. Meningkatkan kemahiran bersosial antara para peserta program.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Islam tingkatan 5 SMK Puteri Ampang dan SMK Maxwell

5.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT / PENYERTAAN


Tarikh : 1 September 2022
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dewan Serikandi SMKPA
Penyertaan : 53 orang murid SMK Puteri Ampang
(anggaran) : 26 orang murid SMK Maxwell
6.0 ATUR CARA PROGRAM

Masa Program
8.00 pagi Pendaftaran
8.30 - 9.30 pagi Kalam Shaikuna
9.30 – 10.00 pagi Rehat
10.00- 1.00 tgh Program ‘Siap Siaga Minda
Pendidikan Islam’
1.00 – 2.00 tgh
2.00 – 4.00 ptg

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM


Perbelanjaan bagi Program ini dikongsi bersama-sama dengan sekolah kolaboratif yang
terlibat.Pembayaran bagi setiap butiran perbelanjaan akan dibayar oleh sekolah masing-masing
seperti ketetapan berikut.

BIL PERKARA KOS DANA JUMLAH TANGGUNGJAWAB


1. Bahan Edaran 4x50 orang Sumber yang RM 200 SMK Puteri Ampang
berkaitan
mengikut
kesesuaian
sekolah
JUMLAH RM200

8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : (Pengetua)
Pengerusi : Puan Rose Abza Binti Ahmad (Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum)
Naib Penerusi : Pn Wong Siew Ling (Guru Kanan Kemanusiaan)
Penyelaras : Pn Arbaayah Binti Sulaiman (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
AJK : Pn Hasliza Bt Mamat (Guru Pendidikan Islam Tingkatan 5)
: Pn Norza Amira Binti Zakaria (Guru Pendidikan Islam Tingkatan 5)
: Pn Noraini Binti Halidi (Guru Pendidikan Islam)
: Pn Syaqirah Binti Mahfuzillah (Guru Pendidikan Islam)
9.0 PENUTUP

Bengkel Kecemerlangan Siap Siaga Minda Pendidikan Islam ini diharapkan dapat
meningkatkan minat dan pengetahuan murid dalam subjek Pendidikan Islam melalui aktiviti
yang dilaksanakan. Pada masa yang sama, adalah diharapkan ianya dapat membantu sekolah
yang mengecilkan GPMP Panitia , dan sekaligus melahirkan murid-murid yang kompeten
dalam menjawab soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2022.

Disediakan oleh;

Pn Arbaayah Binti Sulaiman


Ketua Panitia Pendidikan Islam

Disemak oleh; Disahkan oleh;

Pn Wong Siew Ling Pn Ros Abza Binti Ahmad


Guru Kanan Kemanusiaan Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Puteri Ampang SMK Puteri Ampang

Anda mungkin juga menyukai