Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK SENTUL UTAMA
KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PERJUMPAAN IBU BAPA


MURID PPKI

TARIKH

14 FEBRUARI 2019 (KHAMIS)

MASA
10.00 PAGI

TEMPAT

BILIK MESYUARAT
SK SENTUL UTAMA
KERTAS KERJA

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA MURID PPKI


(KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB)

1.0 PENDAHULUAN

“Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan suatu program pendidikan bagi
murid berkeperluan pendidikan khas (MBK) yang hanya dihadiri oleh MBK di kelas khas
di sekolah Kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan”.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada semua murid berkeperluan


Khas (MBK) untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai. Semua MBK
perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi
menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup. Selain itu
semua MBK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap
keupayaan mereka dapat dioptimumkan.

Penyediakan peluang kepada MBK untuk mengikuti program pendidikan yang


menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada dapat melahirkan kumpulan separuh
mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.MBK yang berpotensi seboleh-
bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.

Majlis perjumpaan ini bukan sahaja menumpukan kepada perbincangan dari segi
perancangan dan pengurusan murid-murid PPKI tetapi ia juga bertujuan meningkatkan
keupayaan intelek dan perkembangan murid-murid PPKI selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan Negara yang ingin melahirakan insan yang seimbang dalam
semua aspek JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual). Majlis ini juga dilihat
sebagai satu program yang amat sesuai dijalankan dan sewajarnya ia mendapat
perhatian yang lebih daripada ibu bapa kerana ianya dapat memberikan peransang dan
juga wadah kepada murid-murid PPKI untuk terus berjaya. Oleh demikian, penganjuran
majlis ini diharap terus mendapat sambutan pada masa akan datang.

2.0 RASIONAL

Memupuk kecemerlangan murid PPKI bagi tahun 2019.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Melibatkan semua ibu bapa murid PPKI.


4.0 OBJEKTIF

Di akhir majlis perjumpaan dengan waris PPKI 2019, diharap dapat;

4.1Memantapkan interaksi sosial antara ibu bapa dan warga sekolah.


4.2 Berkongsi pengalaman dan memberi idea serta dapat melibatkan diri di dalam
perancangan program-program PPKI yang telah dirancangkan dalam meningkatkan
prestasi murid-murid PPKI.
4.3 Mengetahui serta memahami tentang aktiviti-aktiviti atau terapi yang dijalankan
sepanjang tahun persekolahan.
4.4 Memupuk sikap kerjasama disamping mengeratkan hubungan silaturahim di antara
ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah.

5.0 TEMPAT

Bilik Mesyuarat SK Sentul Utama, Kuala Lumpur.

6.0 ANJURAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

7.0 TARIKH, HARI DAN MASA

14 Februari 2019 ( Khamis)


Jam 10.00 pagi.
8.0 TENTATIF PROGRAM

10.00 Pagi - Pendaftaran ibu bapa / waris


10.15 Pagi - Bacaan Doa
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan Ketua Unit (Unit Pendidikan Khas)
- Ucapan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Perancangan Aktiviti 2019
* Perbentangan oleh unit-unit PPKI
- Kurikulum - ( Pn. Nurul Atiqah Binti Zakaria )
- Hal Ehwal Murid - ( Pn. Nurul Syuhada Binti Mat Sat )
- Kokurikulum - ( Pn. Nordina Binti Ab Rahman )
- Ucapan Guru Besar
- Sesi Soal Jawab
12.30 Tengah hari - Bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN AKTIVITI

Tiada

10.0 SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn. Wan Nor Azida Binti Wan Zainal

Pengerusi : Pn. Siti Mariam Binti Kasim

Setiausaha : Pn. Maslina binti Adam

Bendahari : Puan Nurul Syuhada Binti Mat Sat

Pengacara Majlis : Pn. Syazwani binti Shahdin

Buku Program : Pn. Nurul Atiqah Binti Zakaria

Persiapan Tempat : Encik Noorafi Saiful bin Mohd Noor

Pendaftaran : Puan Nurul Syuhada Binti Mat Sat

Penyambut Tetamu : Pn. Siti Mariam Binti Kasim

Jamuan VIP : Pn.Wan Maliha Binti Wan Ali

Juru gambar : Pn. Nordina Binti Ab Rahman

Kawalan Kelas :K. Ruby - Pn. Siti Farihah Binti Ismail


K. Sapphire - Pn. Sabariah Binti Ibrahim
K. Pearl - En. Ab Wahab Bin Ismail
K. Topaz - Pn. Nur Hasliza Binti Yahya
K. Diamond - Pn. Syazwani Binti Md. Shahdin
K. Emerald - En. Noorafi Saiful Bin Mohd Noor
K. Crystal - En Muhamad Asyraf Bin M. Kamal
Pra PPKI - Pn. Wan Maliha Binti Wan Ali

11. 0 PENUTUP

Adalah menjadi hasrat dan harapan guru-guru PPKI dan pentadbir Sekolah
Kebangsaan Sentul Utama agar majlis ini dapat berjalan dengan sebaik mungkin dan
sokongan dari semua pihak bagi menjayakan program PPKI 2019.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

_____________________ ______________________
SITI MARIAM KASIM WAN NOR AZIDA WAN ZAINAL
GPK Pendidikan Khas Guru Besar
SK Sentul Utama,Kuala Lumpur SK Sentul Utama,Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai