Anda di halaman 1dari 4

HARI APRESIASI PRASEKOLAH

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PRASEKOLAH,


HARI KANAK-KANAK DAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN

TARIKH :24.02.2022
MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT: KANTIN , SK SUNGAI DULANG DALAM

PRASEKOLAH KRISTAL
SK SUNGAI DULANG DALAM
SUNGAI SUMUN
PERAK
HARI APRESIASI PRASEKOLAH
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PRASEKOLAH, HARI KANAK-KANAK
DAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2021/22

1.0 PENGENALAN

Program Hari Apresiasi Prasekolah merupakan satu program yang memberi


pengiktirafan dan penghargaan kepada semua murid yang telah berjaya menamatkan sesi
persekolahan prasekolah bagi sesi 2021/22. Program ini turut mengiktiraf mereka yang
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah serta pelbagai pihak yang
menyumbang dalam kecemerlangan prasekolah sepanjang 2021/22.

2.0 MATLAMAT

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua murid yang berjaya menunjukkan
prestasi cemerlang dalam pelbagai bidang seperti akademik dan sahsiah. Program ini turut
mengiktiraf sumbangan pelbagai pihak yang menyumbang ke arah kecemerlangan prasekolah
bagi sesi 2021/22.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan prestasi
cemerlang, berpotensi dan serba boleh,
3.2 Memberi galakkan dan dorongan untuk lebih cemerlang pada masa hadapan,
3.3 Meningkatkan motivasi murid melalui pelbagai hadiah dan penghargaan yang
diberi, dan
3.4 Meningkatkan motivasi murid terus cemerlang pada masa hadapan

4.0 SASARAN
4.1 Semua murid prasekolah
4.2 Ibu bapa/ Penjaga dan semua warga Sekolah
5.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH : 24 FEBRUARI 2022 (KHAMIS)


MASA AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN

 Persembahan Pembukaan
 Bacaan Doa
8.30.00 Guru
 Ucapan Guru Besar
pagi – PPM
 Penyampaian Hadiah Sesi 1
12.00 Murid
 Cabutan Bertuah
Tengah hari AJK Bertugas
 Penyampaian Hadiah Sesi 2
 Persembahan Penutup
 Jamuan

5.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Sumber Kewangan : BKK Prasekolah

BIL ITEM KUANTITI HARGA (RM) HARGA (RM)

1. Piala 20 RM 5.00 100.00

2. Bingkai Gambar 16 RM 12.00 192.00

JUMLAH BESAR RM 292.00


6.0 RUMUSAN

Semoga dengan penganjuran program ini akan memberi manfaat kepada semua murid,
sekali gus dapat meningkatkan motivasi dan semangat juang murid untuk lebih berjaya pada
masa hadapan. Diharapkan juga program ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan dan
kerjasama erat antara ibu bapa penjaga dan komuniti.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

........................................................................ .......................................................
WAN NOR ADILA BINTI WAN ADNAN MOHD ZAKRI BIN A. MALEK
Guru Prasekolah Kristal Guru Besar
SK Sungai Dulang Dalam SK Sungai Dulang Dalam
Sungai Sumun, Perak Sungai Sumun, Perak

Anda mungkin juga menyukai