Anda di halaman 1dari 4

PANITIA

BAHASA INGGERIS

SK SERI PANGKOR,
32300 PULAU PANGKOR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Pbd Implementation Timeframe


BAHASA INGGERIS
(ACTION SONG)
1.0 PENGENALAN

Keberhasilan pembelajaran murid di dalam bilik darjah merupakan fokus utama dalam semua
program dan rancangan yang dirangka di sekolah. Oleh itu, kesedaran semua pihak perlu bagi
memahami situasi yang berlaku. Namun demikian, dalam mengejar kecemerlangan, murid-murid
sering kali terlupa bahawa aspek keberkesanan dan kualiti dalam akademik telah dipinggirkan dan
tidak diambil perhatian. Kebanyakan daripada murid kurang menitikberatkan kemahiran-kemahiran
belajar yang sistematik dan konsisten. Oleh yang demikian, Program PBD Bahasa Inggeris ini
dirancang untuk membantu memperkukuhkan tahap pencapaian akademik murid-murid di sekolah
ini.

Di samping itu, program ini juga bertujuan menggalakkan inovasi dan kreativiti di kalangan
warga guru. Malah diharap teristimewanya dapat menggerakkan tenaga guru-guru yang
berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam aspek Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) menjadi input kepada sekolah supaya segala idea yang diilhamkan oleh mereka dapat diguna
pakai oleh seluruh warga pendidik dan murid-murid di SK Seri Pangkor.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN/PENYATAAN ISU/CADANGAN

Berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2018, kualiti pencapaian murid dalam subjek
Bahasa Inggeris adalah berada pada tahap yang membimbangkan. Justeru itu, satu pendekatan khusus
yang lebih sistematik dan terancang perlu segera diambil pada peringkat awal ini bagi memberi
peluang kepada murid-murid meningkatkan lagi potensi dan keazaman diri dan seterusnya
membantu murid-murid menguasai dan lulus dalam semua subjek terutamanya Bahasa Inggeris pada
tahun ini. Atas dasar itu maka Program PBD Bahasa Inggeris ini perlu diadakan dan insyaAllah
semoga murid-murid terlibat berpeluang lulus dalam subjek Bahasa Inggeris.

3.0 MATLAMAT

3.1 Memperkukuh dan memperkasakan prestasi akademik dan akhirnya dapat menjadi murid-
murid yang dapat dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.

3.2 Mewujudkan suasana yang kondusif dan strategi menarik minat murid pada mata pelajaran
teras.

3.3 Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan kualiti mata pelajaran dan mengurangkan jumlah murid belum menguasai tahap
minimum.
4.2 Menyelaraskan bahan pengajaran- pembelajaran mengikut aras dan keperluan murid-murid
yang berbeza.
4.3 Memupuk semangat kerjasama di kalangan guru dan murid.
5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahap 1 Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor.

6.0 PELAKSANAAN

Februari 2019 hingga March 2019

7.0 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : Megat Nor Shahfiee Bin Megat Hussin


(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI 1 : En. Abdul Hamid Bin Abdul Manap


(Penolong Kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Nurshazillah Binti Mohd Shariff


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI 3 : En. Azman Bin Mat Husin


(Penolong Kanan Kokurikulum)

PENYELARAS PROGRAM : En. Muhamad Amir Dhiyauddin Bin Zulkepli

AJK : Cik Thaevakumari A/P Anndy


Cik Nurhawani bt Mustafa Kamal
En. Muhd Iqbal Ubaidullah Bin Abdol Aziz
Pn. Noor Hanani Bt Badrol Hisham
Pn. Nor Syazani Izzati Bt Foozi
Pn. Noryana Bt Abdul Razak

8.0 TEMPAT
Dewan Saujana Indah SK Seri Pangkor

9.0 MASA
9.00 pagi – 11.00 pagi

10.0 ANGGARAN KOS


Hadiah

Bil Item Jumlah


1 Hadiah tempat pertama RM 60 x 1
2 Hadiah tempat kedua RM 35 x 1
3 Hadiah tempat ketiga RM 25 x 1
Jumlah Besar RM 120

11.0 PENUTUP
Semoga Program PBD Bahasa Inggeris ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak terlibat bagi
menyediakan ilmu yang berkualiti dan berkesan kepada murid dan juga untuk memastikan matlamat
pencapaian murid dalam PBD dapat dipertingkatkan.
Disediakan oleh,

………………………..……………………………………….………
(MUHAMAD AMIR DHIYAUDDIN BIN ZULKEPLI)
Setiausaha,
Panitia Bahasa Inggeris,
SK Seri Pangkor

Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………….……………………………….… ………………………………………..…………….………….…
(NURHAWANI BT MUSTAFA KAMAL) (MEGAT NOR SHAHFIEE BIN MEGAT HUSSIN)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Guru Besar,
SK Seri Pangkor SK Seri Pangkor

Anda mungkin juga menyukai