Anda di halaman 1dari 7

Taraf Perkhemahan

Berkhemah adalah suatu aktiviti pengakap yang sangat digemari dan menarik. Ia merupakan
salah satu aktiviti yang asas dalam ilmu berpengakap. Dalam sesuatu perkhemahan, seorang
pengakap berpeluang menambahkan pengetahuan serta memahirkan dirinya dalam ilmu
berpengakap seperti simpulan, ikatan, memasak dll. Seorang pengakap itu juga dapat belajar
berdikari, berdisiplin dan tolong menolong serta membina tubuh badan yang sihat.

Tujuan Perkhemahan

Sekarang banyak kegiatan yang kurang sihat seperti penyalah gunaan dadah sering mencabar
zaman remaja. Remaja sekarang lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat
dan keruntuhan moral. Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah sedar
akan masalah ini dan sehubungan itu pergerakan ini telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti
yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa
dan negaranya. Ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam
pergerakan tersebut. Banyak latihan dan pengalaman diperolehi semasa menghadiri sesuatu
perkhemaha. Pengalaman ini tidak terdapat dalam pelajaran yang dipelajari di bilik darjah atau di
rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk
terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang
diperolehi oleh belia semasa menghadiri sesuatu

Urusan Perkhemahan

Tujuan Perkhemahan Jawatan-jawatan


Tugas & Tanggungjawab Jadual/Program
Jurulatih/Penguji Pembantu & Tugas
Sumber Kewangan Pengangkut
Tinjuan ke Tapak Perkhemahan Surat-menyurat

Tujuan Perkhemahan

Sebagaimana yang deperkatakan tadi, aktiviti berkhemah amat disukai oleh ahli-ahli penakap.
Berkhemah bolehlah disifatkan sebagai salah satu aktiviti penting berpengakap. Ini disebabkan
semasa berkhemahlah berbagai kemahiran berpengakap terangkan dalam satu masa.
Kemahiran ini meliputi kemahiran simpulan dan ikatan; menyala api dan memasak; mencari,
memilih dan menyediakan tapak perkhemahan selain dari mengasuh jiwa murni secara tak
langsung.

Antara tujuan dan kepentingan perkhemahan kepada ahli-ahli pengakap ialah:


1. Pengetahuan ahli pengakap sebagai pelajar secara tidak langsung semakin berkembang
dengan menyertai sesuatu perkhemahan. Di tapak perkhemahan yang biasanya dipilih, kita
dapt menghayati keindahan alam semulajadi. Satu nikmat Tuhan yang patut disyukuri. Di sini
juga ahli pengakap berpeluang mengenali hidupan rimba seperti jenis-jenis tumbuhan dan
haiwan. Secara tidak langsung ia merupakan satu pengukuhan pelajaran Sains, Geografi dan
Seni semasa di sekolah.
2. Mengwujudkan perasaan muhibah di kalangan berbagai bangsa agama melalui aktiviti
bersama. Di sini mereka berpeluang mendekati cara hidupdan adat resam rakan-rakan
berbangsa lain-lain terutama dalam satu patrol yang sama. Jalinan rasa persahabatan dan tali
persaudaraan terhasil.
3. Penghayatan alam semulajadi boleh menumbulkan jiwa yang tenteram. Keadaan ini akan
membentuk peribadi mulia dan kewarasan berfikir. Segala tindakan akan dilakukan dengan
penuh ketenangan dan berhati-hati.

http://skmaludam.zoom-a.com
4. Aktiviti-aktiviti yang disusun sebegitu rupa boleh melatih seseorang ahli pengakap sentiasa
tabah dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Percaya pada diri sendiri dan
mempunyai kayakinan diri.
5. Belajar berdikari kerana sepanjang perkhemahan, semua tugas asas untuk hidup terpaksa
dibuat sendiri. Mereka belajar memasak, membasuh, menjaga keselamatan diri, membina
tempat tinggal (khemah) dan sebagainya. Jika selama ini mereka sentiasa mengharapkan
keluarga di rumah tetapi melalui latihan sebegini, bakal melahirkan manusia serba boleh.
6. Sepanjang berkhemah dan menjalankan aktiviti adalah berdasarkan sistem berpatrol.
Kedangkala timbul masalah-masalah peribadi atau rakan-rakan sepasukan. Tentunya setiap
ahli akan mencuba sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut sebagai satu latihan
penyelesaian masalah.
7. Sistem berpatrol akan mengwujudkan disiplin diri seperti menurut perintah, semangat
kerjasama, tolong-menolong serta saling faham-memahami. Ini akan menghasilkan satu
masyarakat yang kukuh dan berdisiplin.
8. Semasa berkhemah juga, ahli-ahli pengakap berpelluang menonjolkan diri disegi kecekapan
dan kemahiran masing-masing tampa rasa malu dan segan.

Jawatan Dalam Suatu Kem

Untuk melicinkan sesuatu perkhemah, pentadbiran yang sempuna memerlukan pembahagian


kerja berpasukan. Seorang pemimpin tidak akan dapat melaksanakan semua tugas-tugas yang
diperlukan dalam satu kem. Lebih lagi jika perkhemahan disertai oleh ramai ahli pengakap. Untuk
ini beberapa jawatan perlu diadakan untuk perlaksanaan tugas. Setiap jawatan dalam kem ini
mempunyai tugas tersendiri dan seharusnya dikalangan ahli-ahli tertentu sahaja.
Di bawah ini adalah antara jawatan-jawatan penting di dalam sesebuah kem:

Tugas Bidang Tugas


1. Menjadi ketua dalam sesebuah kem.
2. Mempunyai kuasa penentu dalam sesuatu dasar.
Ketua Kem
3. Menyelaraskan semua aktiviti perkhemahan.
4. Menjadi Pengerusi Majlis Tatatertib.
1. Mengambil alih kuasa Ketua Kem dimasa ketiadaannya.
Timbalan Ketua
2. Mengawasi dan menentukan tahap disiplin peserta.
Kem
3. Membantu tugas-tugas Ketua Kem.
1. Bertanggungjawab sepenuhnya keatas semua peralatan kem termasuk
Kuater Master
menyedia, mengagih, mengumpul semula dan memulangkan dalam keadaan
Alatan
bersih dan selamat.
Kuater Master 1. Menyediakan mekanan untuk Jurulatih/Penguji dan Pembantu.
Makanan 2. Mengadakan bahan mentah untuk peserta (jika perlu).
Jurulatih & 1. Menjalankan latihan atau ujian mengiku program yang disusun.
Penguji 2. Membuat persediaan perlu untuk meningkatkan taraf latihan atau ujian.
1. Membantu tugas-tugas Jurulatih/Penguji.
2. Membantu tugas-tugas Kuartermaster.
Pembantu
3. Bertindak sebagai Jurutunjuk (Demostrator).
4. Menjaga keselamatan kem.
1. Mengibar dan menurunkan bendera di waktu yang ditetapkan.
2. Melapor kepada Jurulatih/Penguji semasa aktiviti kumpulan.
Patrol Bertugas
3. Membaca doa semasa Istiadat Mengibar Bendera.
4. Menentukan kebersihan tempat/kawasan tertentu yang ditetapkan.
Pengurus Malam
1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan malam pengakap.
Pengakap

http://skmaludam.zoom-a.com
Tugas & Tanggungjawab Seorang Pemimpin

Sebagai pemimpin bagi sesuatu kumpulan pengakap, tugas dan tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan adalah berat. Ini meliputi tugas pentadbiran dan latihan walaupun sepatutnya tugas
pentadbiran dan mencari sumber kewangan dilakukan oleh Majlis Pengakap Sekolah (ahli tak
beruniform). Pada hari ini nampaknya kebanyakan sekolah tidak mempunyai Majlis Pengakap
Sekolah. Jika ada pun mungkin tidak begitu berfungsi sebagaimana yang diharapkan. Inilah
masalah besar kepada pemimpin.

Selain merangka latihan yang bersistematik dan melaksanakan program tersebut,


perancangan teliti untuk sesuatu perkhemahan juga perlu dibuat. Ini untuk mengelakkan dari
pembaziran masa, tenaga, wang dan rasa bosan ahli pengakap. Di sini saya cuba menyusun
secara lengkap peranan yang harus dijalankan oleh pemimpin pengakap bagi menjayakan
sesuatu perkhemahan pengakap. Panduan-panduan yang diberikan diharap dapat membantu
dan memberi gambaran sebenar pengurusan perkhemahan.

Secara ringkasnya, tugas-tugas pemimpin untuk mentadbir sesuatu perkhemahan meliputi:

a) Tujuan Perkhemahan
b) Jadual / Program
c) Jurulatih / Penguji dan tugas-tugasnya
Rancangan awal d) Pembantu dan tugas-tugasnya
e) Sumber kewangan
f) Pengangkutan
g) Tinjuan tapak perkhemahan
a) Permohonan kebenaran pihak penganjur (Pengetua)
b) Permohonan kebenaran Pesuruhjaya Daerah
c) Permohonan kebenaran Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan kampung
atau Tuan Tanah.
Surat-Menyurat d) Surat kebenaran ibu bapa.
e) Pemberitahuan kepada Polis Di Raja Malaysia.
f) Perlantikan Jurulatih / Penguji dan Pembantu
g) Pengangkutan
h) Jemputan Malam Pengakap
a) Persediaan alatan kumpulan.
b) Senarai alatan patrol
c) Senarai alatan individu
Persediaan d) Soalan-soalan ujian atau bahan latihan
Perkhemahan e) Borang pemarkahan
f) Senarai Induk markah peserta
g) Perlantikan Pengurus malam pengakap
h) Menu Jurulatih / Penguji dan Pembantu
a) Peraturan dan Undang-Undang pengakap
Perlaksanaan b) Pelan tapak
c) Pengelarasan tugas ahli berjawatan di dalam kem
a) Laporan perkhemahan
Maklum balas
b) Kad ucapan terima kasih

http://skmaludam.zoom-a.com
Jadual/Program Perkhemahan

Program perkhemahan sebaik-baiknya ciberi kepada setiap peserta. Sikap merahsiakan


program adalah satu amalan yang tidak baik, mengurangkan kepercayaan ahli dan
mengakibatkan peserta kurang bersedia.

Program ini haruslah disusun sebegitu rupa supaya disegi perlaksanaannya berjalanlancar.
Bagi pemimpin-pemimpin yang mempunyai kemahiran dan selalu mengadakan perkhemahan,
mungkin tidak menghadapi masalah merancang. Bagi pemimpin yang kurang pengalaman atau
jarang mengadakan perkhemahan, perangcangan awal yang kurang teliti akan mengganggu
kelancaran perlaksanaan.

Sebelum merancang program perkhemahan, beberapa faktor perlu diambil kira iaitu:

a) Jenis dan susunan aktiviti


b) Masa
c) Bilangan Jurulatih / Penguji dan Pembatu
d) Kebajikan ahli

Di dalam hal ini, susunan aktiviti tidak perlu terlalu padat sehingga peserta merasakan tekanan
keterlaluan. Jika perkhemahan ujian, perlu juga diselitkan dengan aktiviti yang menyeronokkan
seperti permainan kecil, nyanyian pengakap, pertandingan memasak dan malam pengakap.

Masa juga hendaklah diambil kira. Menepati masa adalah sebahagian dari disiplin
berpengakap. Lebih-lebihlagi ia adalah salah satu Undang-Undang Pengakap. Inilah antara
kelemahan utama mengapa sesuatu program selalu tidak dapat diikuti. Untuk setiap aktiviti yang
disusun, peserta harus berada di tempat yang ditetapkan terlebih awal dari awal masa yang
sepatutnya. Seboleh-bolehnya antara lima hingga sepuluh minit awal. Elakkanlah dari melanggar
jadual dan peruntukan masa untuk sesuatu aktiviti.

Di dalam perkhemahan pengakap beberap aktiviti biasanya mempunyai masa yang tertentu.
Contohnya, pemeriksaan pagi biasanya dilakukan antara jam 0800 atau 0830. Begitu juga malam
pengakap adalah pada malam terakhir iaitu antara jam 0830 hingga jam 1000. Latihan mengikut
sistem berpengkalan pula dijalankan selama 30 minit untuk setiap pengkalan.

Jika bilangan Jurulatih / Penguji mencukupi, sistem berpengkalan adalah cara yang terbaik.
Sebaliknya, sebagaimana yang selalu terjadi iaitu kekurangan Jurulatih, susunan program harus
disesuaikan. Walau bagaimanapun disinilah peranan Pembantu diperlukan bagi menampung
kekurangan Jurulatih / Penguji.

Keseronokan dan kenikmatan berkhemah, adalah satu kenyataan kepada ahli pengakap jika
program memihak kepada mereka. Program yang disusun tidak seharusnya melampau waktu
memasak, makan, mandi, sembahyang dan tidur. Ada masa rehat yang perlu diperuntukkan. Bagi
peserta yang sakit, tidak berdaya atau terlalu letih tidak semestinya dipaksa mengikuti setiap
program. Disinilah budi-bicara Ketua Kem diperlukan. Melapor diri dan masa balik ke rumah juga
mesti mengambil kira beberapa faktor seperti masalah pengangkutan, jarak dari rumah ke tapak
perkhemahan dan lain-lain.

http://skmaludam.zoom-a.com
Jurulatih/Penguji dan Tugas

Keupayaan, pengalaman dan kemahiran seseorang Jurulatih atau Penguji akan menentukan
sesuatu perkhemahan itu mencapai taraf yang tinggi atau tidak. Ini berkaitan juga dengan berjaya
atau tidaknya menghasilkan ahli pengakap yang berkualiti baik dari segi nilai peribadi mahupun
kemahiran berpengakap. Inilah yang akan menentukan maju mundurnya sesuatu kumpulan
pengakap.

Untuk perkhemahan Ujian Lencana Kemajuan, Penguji mestilah yang telah disahkan oleh
Persekutuan Pengakap Negeri atau Dearah. Sebaik-baiknya terdiri dari ahli Pasukan Latihan
Negeri atau Daerah. Jurulatih atau Penguji juga mestilah mempunyai tauliah dan berdaftar untuk
tahun tersebut. Biasanya pihak Persekutuan Pengakap Daerah akan sentiasa membantu
kumpulan-kumpulan.

Pemilihan Jurulatih / Penguji yang benar-benar mahir terutama dalam bidang yang dilatih /
diuji adalah cara yang terbaik. Walaubagaimana pun taklimat awal mengenai bidang tugas
masing-masing sebagaimana yang diatur dapat membantu melicinkan lagi pengurusan
perkhemahan. Ini juga memberi masa kepada Jurulatih / Penguji membuat persidiaan. Jurutlatih /
Penguji yang telah bersedia menjalankan tugas akan memastikan ahli-ahli pengakap mempunyai
pandangan tinggi dan penghormatan kepada mereka.

Pembantu dan Tugas

Biasanya Pembantu adalah terdiri dari ahli-ahli pengakap yang lebih kanan (senior).
Perkhemahan Ujian Lencana Usaha bolehlah dipilih dari kalangan pemegang Lencana Maju,
Jaya atau Lencana Tertinggi. Semua Pembantu yang dipilih hendaklah mempunyai kemahiran
yang tinggi. Pembantu yang baik akan melaksanakan tugas dengan inisiatif sendiri tanpa
diarahkan. Bagi sekolah-sekolah yang kecil atau kumpulan pengakap yang belum maju,
Pembantu boleh didapati dari:

a) Sekolah-sekolah berdekatan melalui permohonan bersurat.


b) Pengakap kelana.

Bilangan Pembantu tidak perlu terlalu ramai tetapi biarlah efektif. Biasanya untuk perkhemahan
sebanyak enam patrol pengakap, bilangan Pembantu memadai enam hingga sepuluh orang.

Dari segi bidang tugas pula, Pembantu biasanya digunakan untuk urusan Urusetia, membantu
tugas Kuartermaster, sebagai Jurutunjuk (Demastrator) dan Pengawal Perkhemahan. Ada juga
Pambantu yang digunakan sebagai Jurulatih atau Penguji mengikut keperluan. Tugas-tugas
Pembantu ini adalah direkodkan sebagai Rekod Perkhidmatan dan ada yang digunakan untuk
mendapatkan Lencana Ahli Berkhemah atau Lencana Pengawal Perkhemahan.

http://skmaludam.zoom-a.com
Sumber Kewangan

Setiap perkhemahan memerlukan perbelanjaan yang agak banyak. Ini termasuk perbelanjaan
mengurus dan saradiri indivitu. Perbelanjaan perkhemahan meliputi:

a) Pengangkutan peserta.
b) Pengangkutan alatan, kayu dan buluh.
c) Makanan dan minuman peserta, Penguji / Jurulatih dan Pembantu.
d) Perbelanjaan mengurus.
e) Menyediakan peralatan perkhemahan.

Walaubagaimana pun, pemimpin yang bijak akan dapat mengurangkan jumlah perbelanjaan.
Adalah disyorkan setiap peserta hanya dikenakan bayaran perkhemahan sebanyak RM2 atau
RM3 sahaja untuk perbelanjaan mengurus. Kadar ini sesuai bagi perkhemahan selama tiga hari
dua malam seramai 36 peserta. Bayaran ini termasuklah untuk penyediaan kertas soalan, tali
guni dan bahan mentah pertandingan memasak. Untuk itu setiap peserta termasuk Pembantu
mestilah membawa bahan makanan dan minuman masing-masing dari rumah. Bahan mentah
tidak perlu dibeli setiap hari berkhemah. Peserta boleh membawa bahan makanan kering dan
makanan tin. Semasa inilah mereka boleh belajar berjimat secara ikhtiar hidup (survival). Tiga
kebaikan dibuat cara ini:

a) Melatih ahli pengakap merancang persediaan makanan.


b) Melatih menghadapi keadaan darurat.
c) Memudahkan pengurusan.

Jika jarak tapak perkhemahan tidak terlalu jauh, peserta-peserta boleh dan lebih suka
berbasikal sahaja. Berbasikal beramai-ramai begini lebih menyeronokkan. Begitu juga jika tapak
perkhemahan mempunyai sumber kayu dan buluh yang mencukupi, sekurang-kurangnya kos
pengangkutan tidak diperlukan lagi.

Bagi kumpulan yang mempunyai tabun kewangan yang kukuh, eloklah jika kos pengurusan
dibiayai terus oleh kumpulan. Ini boleh mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh peserta.

Pengangkutan

Pengurusan pengangkutan perlu diuruskan dengan tepat demi melicinkan program


perkhemahan. Pengangkutan yang diperlukan ialah:

a) Bas membawa peserta.


b) Lori membawa peralatan dan kayu atau buluh.
c) Motokar kegunaan urusetia terutama jika kes-kes kecemasan.

Pengangkutan di atas adakalanya tidak perlu terutama jika jarak tapak perkhemahan agak dekat
(peserta berbasikal sahaja) dan kayu atau buluh mudah didapati sekitar tapak perkhemahan.
Satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah kenderaan ialah kenderaan yang digunakan
mestilah datang tepat pada masanya.

Ada juga ahli pengakap pergi ke tapak perkhemahan dengan menaiki kenderaan awam seperti
bas dan keretapi tetapi masalah menepati masa mungkin terjadi.

http://skmaludam.zoom-a.com
Tinjaun ke Tapak Perkhemahan

Adalah sepatutnya, sebelum cadangan berkhemah, tinjaunan ke tapak perkhemahan perlu


dilakukan. Lebih-lebih lagi jika tapak tersebut agak baru kepada kumpulan. Jika tapak
perkhemahan adalah tapak tetap, tinjauan tidak berapa perlu dilakukan. Tinjauan penting untuk
memastikan dipatuhi faktor pemilihan tapak berkhemah dan juga untuk membiasakan diri kepada
keadaan sekitar tapak.

Sebaik-baiknya tinjauan dibuat bersama-sama dengan Ketua Kumpulan dan Ketua Patrol
supaya mereka dapat merancang tapak perkhemahan patrol. Tinjauan awal boleh membantu
pemimpin:

a) Merancang kedudukan patrol.


b) Menentukan kawasan aktiviti atau ujian.
c) Menentukan khemah urusetia.
d) Memastikan keselamatan tapak perkhemahan.
e) Memastikan kemudahan-kemudahan asas seperti jalan, air untuk memasak dll.
f) Mematuhi faktor-faktor lain pemilihan tapak berkhemah.

Semasa tinjauan juga eloklah uika dapat berjumpa dan berbincang dengan Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan Kampung atau tuan tanah tapak (jika tapak bukan kem tetap
pengakap).

Surat-menyurat

Surat-menyurat merupakan satu aspek penting dalam pengurusan perkhemahan. Ia perlu


dilakukan segera sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh perkhemahan. Surat-menyurat
hendaklah dilaksanakan mengikut saluran yang berul kerana ia akan menjadi rekod dan bukti jika
sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada ahli pengakap.
Semua surat hendaklah difailkan dengan betul. Surat kebenaran ibu bapa dan surat dari
kumpulan kepada Pengetua / Gurubesar bolehlah difailkan kepada fail kumpulan, ditanda-tangani
oleh pemimpin sendiri. Untuk surat keluar dari kawasan sekolah seperti surat kebenaran
Pesuruhjaya Daerah, surat kebenaran Pengerusi JKK dan surat pemberitahuan Polis sepatutnya
menggunakan fail sekolah dengan ditanda-tangani oleh Pengetua / Gurubesar kecuali dibenarkan
pemimpin menanda-tangani sebagai bagi pihak Pengetua / Gurubesar.
Senarai surat-surat yang diperlukan telah pun dinyatakan sebelum ini. Kebenaran Pengetua
kerana beliau adalah kuasa Penganjur. Lagipun ahli pengakap adalah berada di institusi
persekolah. Kebenaran Pesuruhjaya Daerah adalah merupakan salah satu syarat supaya
perkhemahan diiktiraf dan dikeluarkan sijil-sijil berkenaan. Begitu juga keizinan ibu bapa perlu
bagi mengelakkan sebarang dakwaan keatas pemimpin jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Pihak polis diberitahu kerana mengadakan perkumpulan lebih dari tiga orang dan juga untuk
keselamatan ahli pengakap sendiri.

http://skmaludam.zoom-a.com

Anda mungkin juga menyukai