Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Semakin hari guru menghadapi cabaran yang semakin besar.Bagi menghadapi cabaran-
cabaran tersebut, guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu yang berkait rapat
dengan kerjayanya. Pelbagai program perlu dianjurkan agar guru-guru mendapat peluang bagi
meningkatkan kemahiran serta pengetahuan. Program LADAP merupakan salah satu platform
bagi guru-guru menambahkan pengetahuan berkenaan bidang tugas yang mereka ceburi.
Melalui program ini, guru-guru dapat berkongsi pengetahuan serta ilmu-ilmu yang berguna
kepada rakan-rakan setugas agar sama-sama dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dan
cemerlang.

RASIONAL
Ceramah ini adalah untuk memberi pendedahan serta ilmu pengetahuan kepada guru-
guru tentang Profesionalisme Guru-guru Sekolah Kluster kecemerlangan yang telah menjadi
agenda utama negara pada masa kini.Ini merupakan satu keperluan kepada guru-guru bagi
memahami dengan lebih jelas berkenaan dengan Kelestarian dan apakah kehendak sebenar
dasar tersebut.Dengan adanya ceramah seperti ini,ianya sedikit sebanyak dapat memberi
pendedahan kepada guru-guru agar mereka lebih memahami apakah sebenarnya Sekolah
kluster.

OBJEKTIF

1. Mendedahkan tentang NKRA


2. Memberikan ilmu pengetahuan tentang kehendak NKRA
3. Meningkatkan kefahaman tentang fokus utama NKRA dalam bidang pendidikan
4. Memberikan pendedahan kepada guru tentang cabaran dunia pendidikan masakini.

CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 12 November 2018


Hari : Isnin
Masa : 9.00 – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Bunga Emas,Hotel Perdana
Sasaran : 14 guru kebitaraan Bahasa Inggeris dan Bola Baling

PENCERAMAH

En Abdul Hafiz Bin Mahamad Zabidin

TAJUK CERAMAH

NKRA

PEBELANJAAN

Makan dan minum

14 Guru x Rm 75 = RM1050.00

Hall rental = RM 800.00

LCD Projector 2 unit = RM 1200.00

OLLW LIGHT =RM 500.00

JUMLAH =RM3550.00

SUMBER KEWANGAN

Duit Kluster = RM 3550.00


JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En Izhar Bin Ishak


(Guru Besar SK Kalai)

Timbalan Pengerusi : Pn Che Ainun Bt Mohamad


(PK Kurikulum Sk Kalai)

Setiausaha : En Abdul Hafiz Bin Mahamad Zabidin (S/U LDP)

Bendahari : Pn Sarimah Bt Ahmad (KP Bahasa Melayu)

Ahli Jawatankuasa : Semua Guru


AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pendaftaran Peserta Dokumentasi/ Jurufoto

1. Puan Nasibah Bt Abdullah (Ketua) 1. En Hussein B Ahmad (Ketua)


2. Puan Norhasbaizma Bt Abu Bakar 2. Puan Azizah Bt Ismail

Kelengkapan/ Peralatan Jamuan

1. En Zabidi B Hasan (Ketua) 1. Pn Hasni B Husin (Ketua)


2. En Zamri B Saleh 2. Pn Suraya Bt Husin

Siil dan cenderamata Persiapan Tempat

1. Pn Shuhida Bt Othman (Ketua) 1. En. Hasanuddin B Hasan (Ketua)


2. Pn Tenh Ean Choo 2. En. Rosli B Abdullah

ATURCARA

2.00 ptg : Pendaftaran

2.15 ptg : Ceramah

4.00 ptg : Majlis penutup


- Penyampaian cenderahati

4.30 ptg : Jamuan (minum petang)

5.00 ptg Bersurai


PENUTUP

Adalah di harapkan dengan berakhirnya kursus ini, maka semua guru dapat meningkatkan
ilmu pengetahuan dan motivasi diri bagi menghadapi cabaran pendidikan masakini dan
sentiasa bersedia dengan perubahan yang sentiasa berlaku di dalam arena pendidikan
Malaysia selaras dengan Pendidikan Bertaraf Dunia.
LAPORAN PROGRAM

Sepertimana yang telah di rancang, pada tanggal 10 September 2014 yang lalu,
program LADAP telah berjaya dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kalai.Program yang menjurus
kepada pendedahan berkenaan NKRA ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan
guru-guru yang bertugas di sekolah ini.Semua guru-guru merasa sangat berminat dan teruja
untuk mendalami pengetahuan mereka berkenaan NKRA yang telah menjadi agenda utama
negara pada masa kini.

Program ini bermula tepat pukul 2.00 petang di mana para peserta program yang terdiri
daripada guru-guru dan pentakbir SK Kalai telah menghadirkan diri serta mendaftar sebagai
peserta di bilik mesyuarat guru sepertimana yang telah di war-warkan.Walaupun dalam
keadaan agak penat kerana seharian telah berhempas pulas melayan pelbagai karenah murid-
murid, namun peserta masih dapat menunjukkan wajah yang ceria dan semangat yang tinggi
untuk mengikuti program yang akan di jalankan.

Setelah semua mengambil tempat masing-masing, pengacara program pada petang itu
mula memberi kata-kata aluan serta memberi gambaran awal berkenaan program yang akan
dijalankan. Tidak lupa juga, pengacara program turut memberi ruang kepada Tuan Guru Besar
selaku pengerusi program untuk memberi sepatah dua kata sebagai pembuka kepada program
pada petang itu.

Ucapan ringkas tuan guru besar yang pada petang itu banyak berkisar kepada galakkan
kepada guru-guru untuk sentiasa bersedia kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam
sistem pendidikan masa kini.Tuan guru besar juga turut menyatakan rasa terima kasih kepada
guru-guru yang telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program pada petang
itu.

Selesai tuan guru besar memberi ucapan, tanpa membuang masa pengerusi majlis
pada petang tersebut terus sahaja menjemput saya selaku penyampai ceramah dalam program
petang itu untuk menyampaikan isi kandungan ceramah saya. Tanpa berlengah saya terus
menyambut jemputan daripada pengacara majlis tersebut.Tepukan semangat diberikan oleh
rakan-rakan kepada saya sebagai tanda sokongan mereka terhadap apa yang akan saya
sampaikan nanti.
Setelah memberi kata alu-aluan sebagaimana protokol sesuatu ucapan saya memulai
ceramah saya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta kerana sudi
untuk hadir mendengar apa yang akan saya sampaikan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua tenaga kerja yang banyak membantu saya bagi
memastikan program yang telah dirancang ini menjadi kenyataan.

Saya memulakan ceramah saya dengan memberi pengenalan berkenaan NKRA yang
mana telah diketahui umum sebagai satu agenda utama negara pada masa kini bagi mengukur
tahap keberhasilan setiap jabatan. Seterusnya saya mendedahkan satu persatu komponen-
komponen yang terdapat dalam NKRA terutamanya yang berkenaan dengan bidang
pendidikan.

Pengunaan Slide daripada perisian Power Point membantu saya untuk meyampaikan
ceramah saya pada petang tersebut. Melalui slide-slide yang di pamerkan, saya menjelaskan
kepada guru-guru semua maklumat-maklumat penting yang perlu mereka tahu berkenaan
NKRA. Saya juga memberi peluang kepada mereka untuk menyoal sekiranya terdapat
bahagian-bahagian yang mereka kurang faham. Terdapat beberapa guru yang telah bangun
dan meminta saya memperincikan lagi penerangan tentang komponen-komponen tertentu
dalam agenda NKRA ini. Tindakkan guru-guru yang menyoal ini membolehkan saya
mengetahui sejauh manakah kefahaman mereka tentang NKRA ini serta menjelaskannya lagi
dengan lebih mendalam.Tindakkan ini juga membantu rakan-rakan lain yang turut kurang jelas
dalam memahami NKRA ini.

Saya juga turut memberi ruang kepada peserta-peseta kursus memberi buah fikiran
serta cadangan-cadangan bagi menyesuaikan kehendak NKRA dengan suasana sekolah kami.
Pelbagai cadangan bernas telah disuarakan oleh guru-guru yang menjadikan suasana program
pada petang itu meriah dan tidak membosankan. Gelak ketawa peserta program apabila
terdapat unsur-unsur lucu yang saya selitkan dalam penyampaian ceramah saya turut
menjadikan suasana ceria dan mesra.

Setelah hampir 1 jam 40 minit saya menyampaikan ceramah termasuk sesi bersoal
jawab serta bertukar-tukar idea, saya menamatkan ucapan saya dengan mengulangi sekali lagi
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang sudi hadir ke program
pada petang tersebut. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada
semua AJK yang terlibat membantu menjayakan program tersebut.Setelah memohon kemaafan
sekiranya terdapat kesilapan semasa saya menyampaikan cerama serta memberi ucapan
salam, saya kembali ke tempat duduk dengan diiringi oleh tepukan daripada peserta-peserta
program.

Program pada petang tersebut diteruskan dengan mengadakan sesi penyampaian


cenderahati. Saya telah dijemput untuk menerima cenderahati sebagai tanda ucapan terima
kasih daripada pihak sekolah diatas kesudian saya menyampaikan ceramah berkenaan NKRA
pada petang itu.

Program pada petang itu hampir ke kemuncaknya apabila pengacara sekali llagi
menjemput tuan guru besar untuk membuat ucapan penutup.Sekali lagi tuan guru besar
mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat pada petang itu serta mengulangi
seruan agar semua guru-guru sentiasa bersedia untuk menerima perubahan-perubahan yang
berlaku dalam sistem pendidikan negara kita.

Setelah selesai ucapan ringkas tuan guru besar itu, pengacara majlis mengumumkan
program pada petang itu telah sampai ke penghujungnya.Sebelum beredar, pengacara
memaklumkan bahawa pihak urusetia program ada menyediakan jamuan ringan di kantin
sekolah dan meminta peserta ke kantin untuk menikmati jamuan tersebut.Program pada petang
itu tamat pada pukul 5.00 petang.
LAMPIRAN

Pengacara Memulakan Program

Sesi Penyampaian Ceramah Bermula


Peserta Tekun Meneliti Bahan Yang Dibekalkan

Sebahagian Peserta Yang Mengikuti Program

Peserta Melontarkan Soalan Apabila Ada Kekeliruan

Anda mungkin juga menyukai