Anda di halaman 1dari 7

SKRIP BUAL BICARA

Sebelum Program
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bermula

Majlis akan bermula sebentar lagi. Justeru, para hadirin diminta


untuk memastikan fungsi mikrofon anda berada dalam mod
senyap sepanjang forum berlangsung.

Para hadirin juga digalakkan untuk membuka kamera bagi


memeriahkan lagi sesi forum kita pada malam ini.

Nyanyian Lagu
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera

Para Hadirin diminta untuk bersedia bagi bersama-sama


menyanyikan lagu
Bangsa Johor
Negaraku dan
Wawasan Setia Warga UiTM

Salutasi
Bismillahirahmanirahim

YANG DIHORMATI
DR NOR EDZAN BINTI CHE NASIR
PANEL BUAL BICARA KITA PADA MALAM INI

ENCIK ISMAIL BIN PAHMI


KETUA PUSAT PENGAJIAN FAKULTI PENGURUSAN
MAKLUMAT

SAUDARA AHMAD ARFY AHNAF BIN JOHAR


YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM
CAWANGAN JOHOR SESI 2020/2021

BARISAN URUSETIA PROGRAM BUAL BICARA SERTA


MAHASISWA DAN MAHASISWI YANG DIKASIHI SEKALIAN.

Bacaan Doa
Bunga Mawar Cantik Tersemat

Dipetik Gadis Di Tepi Titi

Doa Dibaca Memohon Rahmat

Moga Majlis Sentiasa Diberkati

Bagi memberkati program kita pada malam ini, dijemput


SAUDARA AKIF IKHWAN untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

*********************(Bacaan doa)*******************************

Amin Amin Ya Rabbal A’lamin.


Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
SAUDARA AKIF IKHWAN atas pimpinan bacaan doa itu
sebentar tadi.

Pengenalan Program
Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera.

Kami dari Information Management and Record Community


(IMaRC) dan Information Management Society (IMS) Yang akan
mengendalikan Program Bual Bicara Berita Palsu ini khas
kepada semua para pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus
Segamat. Program bual bicara ini diadakan dengan tujuan untuk:
1. Memberikan kesedaran kepada semua pelajar mengenai
berita paslu dan,
2. Mengetahui kepentingan untuk memilih maklumat yang
betul.

Ucapan KPP
Bagi memulakan program kita pada malam ini, Dijemput ENCIK
ISMAIL BIN PAHMI, KETUA PUSAT PENGAJIAN FAKULTI
PENGURUSAN MAKLUMAT untuk memberikan ucapan aluan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**********************UCAPAN KPP**************************

Terima kasih diucapkan kepada ENCIK ISMAIL BIN PAHMI


atas ucapan sebentar tadi.

Pengenalan Panel Sebelum kita meneruskan program kita pada malam ini, izinkan
saya memperkenalkan diri saya.

Nama saya Anis Nuriman binti Mohamad Yusof, akan


bersama-sama hadirin sekalian untuk mempengurusikan bual
bicara kita pada malam ini.

Saya yakin pasti ramai juga yang sedang tertanya dan tidak
sabar untuk mengenali dengan ahli panel kita pada malam ini.
Baiklah, ahli panel kita bagi program malam ini ialah Dr Nor
Edzan binti Che Nasir. Beliau merupakan Ahli dan Setiausaha
IFLA Regional Division Committee Asia Oceania dan Ahli IFLA
Information Literacy Section. Dan kini bertugas sebagai
konsultan dan fasilitator dalam bidang sains maklumat dan
perpustakaaan.

Selamat datang, Dr Nor Edzan. Apa khabar Dr.

******************Panel menjawab*******************
Terima kasih atas kesudian meluangkan masa untuk berkongsi
ilmu pada malam ini.

Baiklah sebelum kita memulakan bual bicara kita pada hari ini
saya ingin kongsikan kepada hadirin sekalian mengenai serba
sedikit maksud Berita palsu itu sendiri.

Berita palsu merupakan sejenis propaganda yang terdiri


daripada penyebaran maklumat salah sama ada melalui media
akhbar tradisional, media penyiaran mahupun media sosial
dalam talian.
Seperti kita sedia maklum, berita palsu ini disebarkan dengan
niat ingin mengelirukan sesetengah individu.
Jadi itulah serba sedikit pembukaan kepada diskusi kita pada
malam ini dan izinkan saya untuk membuka tirai diskusi bual
bicara kita dengan penerangan terperinci daripada panel kita
tentang apakah definisi berita palsu itu sendiri dari sudut
pandangan professional beliau dan beliau juga akan memberi
sedikit gambaran melalui slide yang beliau sediakan tentang
topik-topik yang berkaitan dengan tajuk kita malam ini.

Dipersilakan Dr. Nor Edzan.

*****************Penyampaian dari Panel************************

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Nor Edzan diatas


perkongsian sebentar tadi. Sungguh jelas penerangan daripada
dr. Jadi sebagai seorang manusia yang cetek ilmu pengetahuan,
kita sememangnya terlalu mudah menerima sebarang berita
yang tidak pasti kesahihannya, asalkan berita tersebut sudah
tersebar di mana mana platform, ia dianggap berita terkini yang
telah berlaku di sekeliling kita.

Pembukaan Sesi
QNA Seterusnya kita akan beralih kepada slot QnA, jadi sekiranya
ada mana mana pelajar yang ingin mengajukan persoalan, anda
semua boleh bertanyakan soalan di ruang chat box ataupun
raise hand.

Sambungan Sesi
QNA Untuk pengetahuan Dr., kami juga ada mengumpulkan
persoalan-persoalan pelajar di dalam google form yang telah
disediakan. Jadi izinkan saya membaca persoalan pelajar
tersebut.

Baiklah, Soalan pertama…


1. Bagaimanakah cara untuk sesorang itu mengenalpasti
sama ada sesuatu berita tersebut adalah berita palsu?
2. Apa yang perlu kita lakukan supaya berita tersebut tidak
tersebar kepada orang lain?
3. Mengapa pentingnya memilih maklumat yang betul dalam
kehidupan seharian kita?
4. Apakah antara tindakan yang boleh dikenakan kepada
mereka yang menyebarkan berita palsu tidak kiralah mereka
adalah puncanya atau mereka bersubahat dalam kerja
menyebarkan berita palsu ini?

Penutup Sesi QNA Baiklah, sampai disini sahaja sesi QNA kita. Penerangan dan
jawapan yang kita semua baru sahaja dengar sebentar tadi cukup
menarik dan padat dengan pengetahuan yang sangat membantu
kita untuk memahami berkaitan isu yang dibawa pada hari ini iaitu
berita palsu

Sesi Bergambar dan Baiklah sebelum kita akhiri program kita kami ada sediakan
VIP meninggalkan sedikit hiburan sambil belajar di quiz Kahoot , jadi para pelajar 
majlis boleh buka aplikasi Kahoot dan gunakan pin yang akan
disediakan.

Tetapi sebelum kita bergerak ke quiz kahoot marilah kita


mengambil gambar bersama sama dan memberi laluan hormat
kepada Dr Nor Edzan dan juga para vip yang turut hadir pada
malam ini untuk meninggalkan platform zoom. 

(Baik semua boleh buka kamera. Kita akan ambil gambar.

*****************Sesi bergambar*********************

Terima kasih diatas Kerjasama yang diberikan. Ribuan Terima


kasih juga diucapkan kepada Dr Nor Edzan, panel kita pada
malam ini diatas kesudian memberi perkongsian yang penuh
bermakna pada kami. Terima kasih juga kepada para VIP yang
turut hadir pada malam ini. Para pelajar diminta memberi laluan
hormat bagi VIP kita untuk meninggalkan platform Zoom.

*******************VIP Keluar*************************

Sesi Kahoot Sekarang saya akan serahkan kepada saudari Nur athira najiha
bt mohd nadzri untuk teruskan sesi quiz kahoot kita dan harapnya
semua pelajar dah sedia untuk jawab soalan kuiz yang akan
mencabar minda anda semua dan selamat menjawab semua
***********************Sesi Kahoot***************************

Penutup
Dengan berakhirnya sesi Kahoot sebentar tadi. Maka, berakhirlah
program kita pada malam ini.

Penonton diminta untuk bersedia bagi menyanyikan lagu UiTM Di


Hatiku.

*************Nyanyian lagu UiTM Di Hatiku***********************


Sebelum saya mengakhiri program pada malam ini,
izinkan saya menyampaikan serangkap pantun

Mawar melati indah ditaman,


Indah lagi kembang selasih,
Akhir kata saya ucapkan,
Cukup sekian terima kasih.

Saya Anis Nuriman binti Mohamad Yusof selaku moderator


anda pada hari ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan program pada hari ini. Sesungguhnya yang
baik itu datang daripada allah swt. Manakala segala kekurangan
itu datang daripada diri saya sendiri.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai