Anda di halaman 1dari 4

Skrip Cadangan Moderator

Career Talk
“What Must I Prepare?”

Flow/Skrip Catatan
1. Pembukaan Majlis

Assalamualaikum wbt
Mula Majlis:
1- Bacaan Umul Kitab al-Fatihah

Selamat Datang kepada semua penonton yang


menonton live Career Talk pada malam ini, in sha
Allah sesi Career Talk pada malam ini bertajuk;
“What must I prepare?”

Saya (nama moderator) selaku moderator anda pada


malam ini, dan bersama saya pada malam ini (nama
penceramah). Selamat datang sir. Boleh tak sir
kenalkn serba siedikit diri sir

Terima kasih atas kesudian sir untuk meluangkan


seidikit masa bersama-sama dengan kami pada
malam ini.

Dan ingin saya mengambil sedikit kesempatan,


untuk mengajak penonton yang menonton live
Career Talk pada malam ini untuk share kan live
supaya lebih ramai orang yang boleh dapat manfaat
daripada perbincangan kita pada malam ini.

Dan untuk makluman semua penonton, pada malam


ini kita akan ada permainan teka kata kunci. In sha
Allah saya akan berikan kata kunci tersebut di
pertengahan sesi, dan penonton boleh hantarkan
kata kunci tersebut (melalui dm Instagram IBFC)
selepas saya tamatkan live pada malam ini.
Penonton yang paling pantas akan dikira sebagai
pemenang.
2. Sesi Soal Jawab

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan sesi


perkongsian Career Talk kita pada malam ini.

1) Pengenalan
Seperti yang semua tahu, pelajar lepasan
institute pengajian pasti sudah mula memikirkan
mengenai kerjaya yang bakal disandang oleh
mereka. Kebanyakan dari kita sudah mula
merancang untuk membantu keluarga atau
menaiktaraf kehidupan mereka menjadi lebih
baik. Namun, tidak dapat dinafikan masih ramai
pelajar yang tidak tahu jalan kerjaya apa yang
bakal mereka lalui. Bahkan, jangan terkejut jika
saya katakan ada juga pelajar yang tidak mahu
berfikir tentang masa depan mereka sedari awal
ini. Jadi saudara Sudirman, sebagai orang yang
lebih berpengalaman, bolehkah saudara
terangkan dengan lebih terperinci menegnai apa
yang sebenarnya dimaksudkan dengan kerjaya
itu sendiri serta kepentingannya kepada orang
muda, Dipersilakan.
*RUMUSAN PENDEK

2) Keperluan dalam membentuk laluan


kerjaya.
”Baik, kita telah tahu apa definisi kerjaya dan
juga bagaimana kerjaya itu mempengaruhi
seseorang. Persoalannya kini, apakah hard dan
juga soft skills asas yang perlu dimahirkan
sebelum memasuki alam kerjaya?

*RUMUSAN PENDEK

KATA KUNCI ----------------------------------

3) Masalah Memilih Kerjaya.


“Apakah salah bagi generasi muda berasa
mereka berhak mendapatkan pekerjaan setaraf
dengan jangkaan mereka? Atau apakah mereka
sepatutnya terima sahaja sebarang pekerjaan dan
tidak bersikap memilih memandangkan negara
sedang berhadapan dengan kemelesetan
ekonomi?

*RUMUSAN PENDEK

4) Masalah di tempat kerja


“Masalah akan berlaku di mana mana.
Namun,bukan semua dari kita tahu bagaimana
untuk menangani masalah di alam pekerjaan.
Pada pendapat saudara Sudirman, apakah
masalah yang mungkin mengganggu para
pekerja yanfg masih baru ini, dsan bagaimana
cara untuk mengatasi masalah tersebut?

*RUMUSAN PENDEK
3. Sesi Q&A (Soalan penonton)

p/s: Boleh pilih banyak soalan ikut kesesuaian


masa. Jika masa suntuk, buka 2 SOALAN SAHAJA
kepada penonton. pilih yang paling terbaik.
4. Penutup

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada


penceramah kita atas segala ilmu & perkongsian
yang telah dikongsikan pada malam ini.

Dan tidak lupa, terima kasih juga diucapkan kepada


para penonton kerana sudi meluangkan masa untuk
bersama-sama memeriahkan sesi Career Talk kita
pada malam ini. Sebelum itu, untuk pengetahuan
semua dan penceramah, program ini dijalankan di
bawah Persatuan Islamic Banking And Finance
Club (IBFC).

Oleh itu, tuan/puan dan sahabat-sahabat semua


dijemput untuk follow page kami untuk segala
update terkini dan program-progam yang menarik.

Peringatan semula, jangan lupa hantarkan kata


kunci secara dm di instagram IBFC selepas sahaja
saya tamatkan live ini, penonton yang menghantar
awal sebelum live ini tamat penyertaan mereka
tidak akan dikira. Penonton yang paling pantas akan
dikira sebagai pemenang.

Jadi itu sahaja daripada kami,


Terima kasih (penceramah)

Terima kasih untuk semua sahabat-sahabat dan


penonton yang menonton live Career Talk kita pada
mala mini

Jadi saya akhiri live pada malam ini dengan;

Wabillahi Taufik wal Hidayah,


Wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai