Anda di halaman 1dari 8

KOMUNIKASI LISAN DALAM BAHASA MELAYU

TEKS FORUM KUMPULAN 3


TAJUK : KEBOLEHPASARAN GRADUAN MASA KINI
Duduk di bawah pohon bidara,
Sambil merenung sinaran rembulan,
Selamat datang pembuka bicara,
Buat hadirin rakan dan taulan
Tetamu jemputan, YB dato’ nik mariah, Menteri sumber manusia, YB timbalan menteri
pengajian tinggi serta ahli ahli panel yang dihormati sekalian. Assalamualaikum WBT,
Salam Ukhwah, dan Salam 1 Malaysia.Hadirin yang dirahmati sekalian, sebelum saya
memperkenalkan ahli panel kita izinkan saya untuk menyebut berkaitan dengan tajuk
forum kita pada hari ini. tajuk forum kita cukup menarik pada hari ini iaitu kebolehpasaran
graduan masa kini yang mana saya fikir isu ini boleh dikatakan panas dalam kalangan
graduan. Isu kebolehpasaran graduan mula dibangkitkan ekoran dari peningkatan kadar
pengangguran di kalangan graduan tempatan kebelakangan ini.Perbincangan yang kritis
mengenai penyelesaian masalah mampu memberi beberapa kesimpulan penting
berkaitan perkara yang diperbincangkan.Baiklah saya tidak mahu menyentuh tajuk ini
kerana saya percaya ahli panel kita adalah gandingan yang mantap dan berintelektual
dan mampu untuk menghuraikan topik kita pada hari ini.
Sebelum kaki mengatur langkah,
Sebelum kata mengatur bicara,
Molek benar jika saya memperkenalkan diri serta ahli panel kita. Saya nur syafizan binti
che mat rostar akan mempengerusikan forum kita pada hari ini, yang menemani saya
enam orang ahli panel yang cukup hebat dan ceria ceria belaka. Jangan ragu dan jangan
risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada
hari ini. Baiklah, di sebelah kanan saya , yb dato’ nik mariah binti nik Azhar, yang
merupakan menteri sumber manusia. Sangat beruntung kita hari ini kerana dihadiri panel
jemputan yang sangat hebat.
Moderator : apa khabar yb dato ?
Yb dato’ : khabar baik tuan pengerusi.
Moderator : sebelahnya pula, saudara mohammad shahrul hafeez bin ahmad saini yang
merupakan mahasiswa usm, apa khabar saudara?
Shahrul: khabar baik cik syafizan
Moderator: di hujung kanan saya adalah saudari nur hazwani binti rosli. Nampak malu
malu tapi saya pasti beliau mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsikan pada hari
ini. Tidak begitu saudari hazwani?
Hazwani : betul cik pengerusi saya tidak sabar mahu berkongsi pengalaman saya lepada
sidang dewan
Moderator : seterusnya di tepi kiri saya merupakan panel yang tidak asing lagi iaitu yb
sofia batrisyia binti rosli iaitu timbalan menteri pengajian tinggi. Yb sihat?
Yb: sihat alhamdulillah
Moderator: sebelahnya pula adalah yang berbahagia dato’ laila azzwa binti nordin iaitu
pengerusi suruhanjaya perkhidmatan awam, SPA. Apa khabar yang berbahagia dato’
laila?
Y. Berbahagia dato’ : khabar baik cik pengerusi
Moderator: dan panel kita yang terakhir adalah puan silvani iaitu presiden hal ehwal
pelajar ukm. Selamat sejahtera puan sazvini rajendran.
Puan: selamat sejahtera juga cik syafizan.
PANEL 1: YB NIK MARIAH BINTI NIK AZHAR, MENTERI SUMBER MANUSIA
Moderator Baiklah, memperkenalkan diri sudah, memperkenalkan ahli panel pun
sudah, jadi sebelum saya menyimpang lebih jauh, soalan saya buat ahli
panel kita yang pertama, adalah menurut kajian yang Puan telah buat,
berapa peratus kebolehpasaran graduan meningkat ? Adakah ia berada
di tahap yang membimbangkan atau dengan potensi kebolehpasaran
graduan kita boleh dikatakan selesa pada masa kini.

Panel 1 Merujuk statistik , kebolehpasaran graduan meningkat sebanyak 84.7%


buat masa kini.
Moderator Boleh saya tahu, bagaimana kebolehpasaran graduan boleh meningkat
dengan begitu tinggi ?

Panel 1 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia, ILJTM yang dilakukan dalam
tempoh 6 bulan memainkan peranan yang sangat besar kepada graduan
terutamanya graduan yang baru menamatkan pengajian. Merujuk statistik
yang telah saya buat, dijamin graduan yang telah mengambil ILTJM
diterima baik oleh majikan syarikat di Malaysia.

Pandangan saya, bagi meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran graduan


institut berkenaan, saya bercadang kurikulum dan sukatan pendidikan
dipertingkatkan lagi dengan menerapkan elemen teknologi terkini di
dalam program dan kursus.

Bukan itu sahaja, kebanyakan graduan tidak tahu tentang Sistem


Insurans Pekerjaan (SIP). SIP ini bertujuan untuk menyediakan Insurans
Pekerjaan, Perkhidmatan Pekerjaan dan Maklumat Pasaran Buruh (LMI).
Terdapat banyak faedah yang boleh kita dapat dalam SIP ini yang dapat
membantu graduan-graduan mahupun kehilangan pekerjaan.

PANEL 2 - MOHAMAD SHAHRUL HAFEEZ BIN AHMAD SAINI, MAHASISWA USM


Moderator Saudar shahrul pasti tidak sabar sabar pada saat ini menghitung detik
: untuk bergraduasi pada bulan november kelak. Tak begitu saudara
shahrul. Persoalan saya untuk panel, sebagai bakal graduan, apakah
persiapan yang telah dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan?

Panel: Baiklah. Dalam menghadapi cabaran untuk merebut pekerjaan yang agak
terhad kini, bagi saya kecemerlangan dalam aspek akademik belum
cukup untuk menjamin saya sebagai seorang mahasiswa untuk
mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian nanti. Sebaliknya, sebagai
bakal graduan, saya perlu melengkapkan diri saya dengan pelbagai
kemahiran ataupun softskills yang baik agar dapat menarik minat bakal
majikan. Antara kemahiran yang perlu saya gilap ialah kemahiran
berkomunikasi. Hal ini kerana kemahiran berkomunikasi bukan sahaja
menjadikan saya petah berbicara, malah matang dalam melontarkan idea
dan pendapat serta berani lagi yakin. Kemahiran berkomunikasi juga
dapat membantu saya untuk menyesuaikan diri dengan suasana tempat
kerja seperti pergaulan yang baik sesama rakan sekerja. Selain itu, saya
juga hendaklah bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum memasuki
alam pekerjaan. Hal ini kerana tekanan kerja yang boleh memudaratkan
bukan sahaja kepada emosi malah kesihatan sekiranya tidak dapat
ditangani dengan baik. Jika fizikal dan mental saya lemah, hal ini akan
menyukarkan saya untuk mengekalkan prestasi. Di samping itu, saya
juga perlu bijak membahagikan masa. Hal ini kerana pembahagian masa
yang baik dapat mengurangkan risiko menghadapi masalah tekanan
akibat prestasi kerja yang tidak selari dengan kitaran biologi badan.

Moderator Berbalik kepada situasi selepas bergraduan, apakah ahli panel kita
: sebagai bakal graduan sudah memikirkan perkara yang hendak panel
lakukan sementara menunggu pekerjaan tetap?

Panel: Seperti yang kita tahu, proses mendapat kerja idaman akan mengambil
masa beberapa tahun. Oleh hal yang demikian, saya telah pun
memikirkan perkara yang wajib saya lakukan ketika itu. Pertama, saya
akan banyakkan membaca. Sambil menunggu pekerjaan, saya perlu
mencari buku-buku penting berkait dengan profesion atau berkait dengan
ilmu persekitaran sosial atau fizikal atau agama dan masyarakat.
Kemudian, saya akan mencatatkannya kedalam cv. Kedua, saya perlu
berpartisipasi dalam forum-forum penting yang membincangkan tentang
hala tuju masyarakat kita. Dengan ini, saya dapat menyemai sikap mahu
mengubah keadaan, mempunyai jaringan kenalan luas, dan dapat
memahami keadaan sebenar dalam masyarakat. Ketiga, saya akan
mengkaji setiap syarikat yang dipohon dengan teliti melalui internet,
kenalan dan kenalan atas kenalan. Dengan itu, sedikit sebanyak saya
dapat mengetahui tentang latar belakang syarikat dan bagaimana saya
dapat menyumbang kearah pembangunan masa depan syarikat.

PANEL 3- SAUDARI NUR HAZWANI BINTI ZULKIFLI, BEKAS GRADUAN UKM

Berbalik kepada isu latihan industri (internship). Benarkah


Moderator bahawa ahli panel 3 berjaya menjamin peluang pekerjaan
sebelum tamat bergraduasi?

Ya, betul. Pada akhir semester pengajian saya, syarikat


Gamuda telah mengubungi saya semula untuk
menawarkan jawatan kosong. Untuk pengetahuan semua,
Panel 3 saya telah menjalani latihan industri saya bersama dengan
syarikat Gamuda. Oleh itu, amat penting bagi mahasiswa
untuk menunjukkan komitmen dan prestasi yang terbilang
sewaktu menjalani latihan industri.

Persoalan saya, banyakkah syarikat yang berbesar hati


Moderator untuk mengambil bakal graduan sebagai pekerja dan
bilakah musimnya?

Berdasarkan pengetahuan saya, antara syarikatnya ialah


Gamuda Land, RHB, Shopee, SME Banks dan Khazanah
Panel 3 Nasional. Untuk musim pula, pada kebiasaannya pada
suku kedua tahun atau suku keempat tahun iaitu bulan Mei
– Jun atau November – Disember.

Bolehkah ahli panel 3 berkongsi serba-sedikit


Moderator
bagaimanakah saudari berjaya berbuat demikian?

Saya akan berkongsi beberapa tips dan langkah-langkah


yang telah saya lakukan sewaktu saya sedang menjalani
latihan industri pada tahun akhir pengajian saya. Pertama
sekali, mahasiswa haruslah menjaga CGPA sepanjang
Panel 3 pengajian kerana untuk memohon pekerjaan sewaktu
tahun akhir bergantung kepada keputusan transkip kita.
Kedua, mahasiswa mestilah mencipta akaun LinkedIn dan
aktif mencari syarikat yang berpotensi menjadi pihak
majikan anda. Masuk sahaja pada semester akhir
pengajian, mahasiswa haruslah menukar tajuk utama
(headline) kepada “Finance and Economics finalist ready
to be employed by Feb 2020”. Ketiga, bergiat aktif dalam
bidang ko-korikulum. Hal ini demikian kerana anda akan
menggunakan gred yang dijangkakan. Oleh itu, markah
penglibatan anda merupakan faktor besar juga untuk
menyerlah. Pastikan anda kekal konsisten pada setiap
tahun dan elakkan untuk melonggokkan aktiviti dalam
tahun yang sama sahaja. Keempat, rapatkan diri dengan
minimum dua orang professor untuk menyokong gred
jangkaan anda. Sekiranya pihak majikan minta gred
jangkaan, professor boleh tolong untuk berikan surat
rujukan kerana anda belum terima ijazah lagi. Kelima,
tunjukkan prestasi cemerlang sewaktu latihan industri.
Keenam, notis syarikat yang tepat. Anda perlu memohon di
syarikat yang besar terlebih dahulu kerana mereka amat
gemar dengan bakal graduan (Finalist) berbanding SME
(Small-to-Medium Enterprise). Ketujuh, pastikan anda
menerima surat tawaran temuduga menerusi emel kerana
anda boleh cetak dan lampirkan bersama surat tidak hadir
ke kuliah. Akhir sekali, nyatakan bulan spesifik anda boleh
mula bekerja. Nasihat saya untuk meletakkan durasi masa
selama sebulan selepas bergraduasi.

Apakah pesanan akhir yang ahli panel 3 boleh kongsikan


Moderator
bersama para graduan di luar sana?

Serlahkan diri anda sebagai seorang individu yang rendah


hati tetapi matang. Anda perlu berkelakuan seperti orang
Panel 3 dewasa yang sudah bekerja namun anda harus sentiasa
sedar anda merupakan mahasiswa yang bersedia untuk
menimba lebih banyak ilmu dan menjana pengalaman.

PANEL 4 -YB SOFIA BATRISYIA BINTI ROSLI, TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN


TINGGI
Moderato Penyataan bahawa graduan ipta bukan bertaraf dunia ingin saya
r sangkal sama sekali hal ini kerana, mantan perdana menteri ke4 kita
tun dr Mahathir Mohamed yang disegani juga adalah graduan dari
ipta iaitu dari university Malaya (UM. Malah ramai kita boleh lihat
sesorang yang berjaya itu lahir daripada IPTA. Mungkin timbulnya
keterangan bahawa ipta tidak mampu melahirkan graduasi bertaraf
dunia kerana isu pengangguran.Tahap kebolehpasaran siswazah pada
masa kini dikatakan agak kritikal kerana terlalu banyak graduan dihasilkan
bak cendawan tumbuh selepas hujan. Apakah pandangan panel 2
mengenai isu ini?
Panel 4 Institusi pengajian tinggi yang diwujudkan untuk membantu pelajar
melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi serta memberi peluang
mengubah nasib keluarga. Namun, terlalu banyak bidang pengajian yang
sama di institusi menyebabkan graduan bersaing sengit meskipun
permintaan dan penawaran graduan sentiasa ditambah setiap tahun.
Moderato Apakah peningkatan atau perubahan yang boleh ditambah baik supaya
r graduan mempunyai daya saing yang tinggi dalam mencari pekerjaan?
Panel 4 Setiap bidang yang diambil oleh siswazah itu merupakan kemhairan
mereka, namun saya merasakan tahap kebolehpasaran mereka akan
menjadi jauh lebih tinggi sekiranya mereka mempunyai beberapa kursus
minor untuk mengukuhkan diri mereka. Memandangkan teknologi
maklumat (IT) semakin berkembang pesat, institusi pengajian boleh
menawarkan subjek tersebut kepada pelajar selain bidang tersebut.
Misalnya, pelajar Sains Tulen yang mempunyai kemahiran penggunaan
IT sudah tentunya menjadi rebutan majikan di luar sana. Pelajar dengan
kemhairan lebih daripada satu mempunyai peluang diambil bekerja
berbanding mereka yang hanya tertumpu kepada subjek utama mereka
sahaja.
Moderato Apakah yang siswazah boleh lakukan untuk melengkapi diri mereka
r sewaktu menghadiri temu duga?
Panel 4 Pasaran kerja pada masa sekarang mahukan graduan dengan kemahiran
insaniah atau lebih sering disebut sebagai ‘soft skills’. Kemahiran
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris terutamanya, merupakan salah
satu keperluan sewaktu ditemu duga. Hal ini kerana majikan mahukan
pekerja yang boleh berkomunikasi dengan pelanggan daripada negara
luar yang tidak memahami Bahasa Melayu. Selain daripada itu, kemahiran
untuk menggunakan ICT merupakan salah satu ciri penting yang dicari
oleh majikan kerana mudah untuk melaksanakan kerja kerana pada
zaman sekarang, kita bertumpu ke arah pengurangan penggunaan kertas.
Oleh sebab itu, setiap institusi perlu mewujudkan kursus yang tertumpu
kepada kemahiran insaniah mereka sebagai contoh penggunaan Bahasa
Inggeris dalam kehidupan seharian atau kursus teknik penggunaan ICT
daripada pengajar luar. Siswazah juga perlu menceburkan diri dalam
aktiviti yang dianjurkan oleh institusi untuk memperoleh kemahiran
tambahan yang tidak akan diperoleh melalui pembelajaran dalam kelas.
Mereka dapat belajar bagaimana caranya hendak mengemukakan
cadangan dengan baik, kemahiran berurusan dengan banyak pihak baik
daripada dalam mahupun luar institusi dan sudah tentunya memupuk
kerjasama sewaktu melaksanakan kerja berkumpulan.
Moderato Pada pendapat panel 2, adakah lebih baik bagi graduan menceburkan diri
r dalam bidang pekerjaan secara ‘makan gaji’ atau bekerja sendiri kerana
pada era ini, segalanya boleh dilaksanakan melalui atas talian asalkan
adanya capaian Internet di kawasan tersebut.
Panel 4 Jika ditanya pada setiap graduan adakah gadjet itu penting kepada
mereka? Sudah tentunya jawapan mereka ialah ya, kerana zaman
sekarang semuanya dicatat dalam telefon berbanding penggunaan kertas.
Bayangkan jika kerja kursus yang disimpan tidak dapat dihantar kerana
telefon hilang, sudah tentu tidak tentu arah jadinya. Rakyat zaman
sekarang lebih gemar berbelanja secara atas talian kerana tidak perlu
susah-susah keluar daripada rumah, jadi ia dapat mewujudkan peluang
pekerjaan kepada graduan seandainya belum memperoleh pekrejaan.
Sekiranya perniagaan tersebut berjalan lancar, mereka boleh teruskan
dan besarkannya lagi sehingga mereka pula yang memberi peluang
pekerjaan kepada graduan lain.

Panel 5 - YBhg. Datuk Laila Nordin, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SPA.
Sesi 1
Moderator:
Pihak SPA sendiri bertanggungjawab dalam membuat pelantikan untuk anggota
perkhidmatan awam. Sudah pasti kobolehpasaran graduan dilihat dari pelbagai sudut
dalam perlantikan yang dibuat. Peningkatan jumlah graduan yang tidak bekerja juga
semakin membimbangkan. Apakah statistik yang dapat dikongsikan oleh pihak SPA
mengenai permohonan calon-calon bagi mengisi tempat di perkhidmatan awam?
Panel:
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih moderator atas soalan yang
dilontarkan. Sebelum kita bercerita mengenai statistik, Suruhanjaya melaksanakan
urusan perlantikan melalui Sistem Mengambil Sepanjang Masa (eSMSM) iaitu calon-
calon boleh mendaftar permohanan mereka pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu
iklan perjawatan disiarkan melalui sistem e-Pengisian. Data daripada laporan tahunan
SPA, pada tahun 2017, jumlah permohonan yang diterima oleh SPA adalah lebih 1 juta
permohanan. Yang layak ke peringkat temu duga adalah lebih kurang 300,000 calon dan
selepas melalui beberapa saringan, hanya dalam 15,000 sahaja yang telah dilantik tetap
sebagai anggota perkhidmatan awam dan dalam 20,000 lagi dilantik secara kontrak.
Daripada tahun 2010, jumlah tenaga kerja siswazah negara meningkat kepada 28.3%
pada tahun 2017. Ini bermakna, banyak peluang yang telah dibuka oleh pihak SPA dalam
membantu para graduan untuk mendapatkan pekerjaan terutama dalam perkhidmatan
awam.
Sesi 2
Moderator :
SPA membuka jalan dan ruang untuk para graduan mencari peluang kerjaya dalam
perkhidmatan awam. Boleh ceritakan sedikit apakah kaedah atau proses yang dilakukan
oleh SPA dalam pengambilan calon yang memohon sesuatau jawatan di perkhidmatan
awam?
Panel :
Kaedah pengambilan secara MyRecruitment dilaksanakan iaitu calon akan melalui
empat(4) proses penilaian yang holistik dan komprehensif. Proses pertama, tapisan awal,
calon ditapis samada permohonannya memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan
yang dipohon. Proses kedua iaitu ujian aptitud (peperiksaan) adalah untuk menilai
pengetahuan am, pengetahuan bidang yang dipohan, daya menyelesaikan masalah
serta ujian sahsiah dan minat. Proses ketiga ialah Program Assessment Center (PAC)
yang akan dinilai dari aspek Attitude, Skill and Knowledge (ASK) untuk melihat kebolehan
calon dalam menulis, pengucapan awam, kerja berpasukan serta ujian fizikal dan
psikometrik. Proses terakhir adalah temu duga yang bertujuan menilai kesesuaian dan
perwatakan calon dengan keperluan sesuatu jawatan dan mengesahkan penilaian yang
dibuat di peringkat penilaian kompetensi. Proses yang dijalankan ini bukanlah suatu
beban tetapi sebenarnya bersesuaian dengan kebolehpasaran graduan masa kini yang
semakin meningkat dengan pelbagai kemahiran termasuklah kecemerlangan dari segi
akademik.
PANEL 6 : PUAN SAZVINI RAJENDRAN, PRESIDEN HAL EHWAL PELAJAR UKM
Moderator : Masalah peningkatan kadar pengangguran di kalangan graduan di Malaysia
tahun demi tahun bukan sahaja telah merugikan graduan, keluarga dan institusi
pendidikan, malah ia boleh melumpuhkan ekonomi negara kerana modal insan ini tidak
dapat diketengahkan dengan jayanya untuk membangunkan negara. Perbincangan
yang kritis mengenai penyelesaian masalah mampu memberi beberapa kesimpulan
penting berkaitan perkara yang diperbincangkan. Terima kasih saya ucapkan kepada
keenam enam ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-
masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ” masuk telinga kanan, keluar
telinga kiri”. Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon
dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan
yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri. Wallahu’alam Saya
akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai