Anda di halaman 1dari 10

TEKS MODERATOR

CAREER TALK 2.0: CAREER AMONG YOUTH

Tarikh : 18 September 2021 (Sabtu)


Masa : 09:00 malam hingga 11:00 malam
Tempat : Atas Talian (Facebook Live Myagrosis
UUM)

HOUSEKEEPIN Hadirin yang dihormati,


G
Alhamdulillah, setakat ini kita sudah mempunyai 100*
08:57 pm penonton. Selamat datang diucapkan. Terima kasih kerana
sudi turut bersama pada program malam ini. Jawatankuasa
serta hadirin sekalian, boleh Bersama-sama kita kongsikan
kepada rakan-rakan yang lain berkaitan program ini untuk
sama-sama kita memperoleh ilmu serta tips yang bakal
disampaikan oleh para panel sebentar lagi. Sesi soal jawap
akan dilaksanakan diakhir program. Diminta penonton yang
ingin mengajukan soalan memaklumkan kepada siapa anda
ingin bertanya.

Diharap hadirin sekalian berada di dalam keadaan yang


tenang serta bersedia kerana majlis akan bermula sebentar
lagi.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Biru


Warna.

LAGU NEGARAKU DAN BIRU WARNA

BACAAN DOA Bagi memberkati program kita pada malam ini, marilah kita
Bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa
09:03 pm memohon keberkatan. Oleh itu, saya dengan rendah hati
mempersilakan Saudara Harris Ruzaini Bin Hasbullah untuk
memimpin bacaan doa. Dengan limpah takzimnya, majlis
mempersilakan.

Bacaan Doa

Aamiin Aamiin Ya Rabbal `Alamin

MAJLIS Bismillahirahmanirahim.
BERMULA
Sirih berlipat sirih pinang,
LATAR Sirih dari pulau mutiara,
BELAKANG
PROGRAM Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
PENGENALAN
PANEL Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan Salam BIru
JEMPUTAN Warna. Bersama saya Nur Aisyah selaku moderator anda
pada malam ini. Terima Kasih kepada semua penonton
09:10 pm yang sudi meluangkan masa dalam menjayakan program
Career Talk 2.0: Career Among Youth anjuran kelab
Myagrosis UUM.

Bersama dengan saya tiga orang panel jemputan yang telah


mencapai kejayaan luar biasa dalam berniaga dan
bekerjaya sambil belajar.

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih dan


mengalu-alukan kehadiran:

Saudara,
Kamal Arshad bin Kamrul,
Pelajar UUM,
Merangkap Top Leader,
ESW HQ.
Yang lebih terkenal dengan nama Bammal

Seterusnya,

Saudari,
Nur Farisah binti Mohd Wira,
Pelajar UUM,
Merangkap Penjawat Awam
Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan
Yang lebih terkenal dengan panggilan nama icha

Dan, tidak lupa juga,

Saudari, Shaidah Nur Aqilah Jais,


Pelajar UUM,
Merangkap Masteragent,
Monstr.my
Yang lebih diketahui ramai dengan panggilan Qilah

Terima kasih kepada para panel kerana sudi meluangkan


masa Bersama kami

Baiklah, untuk makluman para panel dan penonton yang


berada di Facebook Live pada malam ini, program Career
Talk ini dijalankan adalah bertujuan untuk berkongsi
pengalaman para panel dalam berniaga dan bekerjaya
sambil melanjutkan pelajaran mereka.

Program ini juga dijalankan untuk memberikan beberapa


petua/tips pengurusan masa yang betul dalam berniaga
atau bekerjaya tanpa mengabaikan pelajaran serta sentiasa
aktif dalam aktiviti kelab/persatuan. Career Talk ini juga
bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar2,
anak-anak muda untuk menceburkan diri dalam bidang
perniagaan atau bekerjaya pada usia muda.

SESI BERSAMA Sesi 1


PANEL
JEMPUTAN Soalan 1
09:15 pm 1. Baiklah, tanpa membuang masa, kita mulakan
perbincangan kita pada malam ini dengan mengenali
dengan lebih lanjut tentang panel2 kita. Bak kata
pepatah, “tak kenal maka tak cinta”.
Bersama panel kita yang pertama, iatu saudara
Bammal. Baiklah Bammal, boleh Bammal Kongsikan
serba sedikit tentang latar belakang Bammal dan
bagaimana boleh melibatkan diri dengan perniagaan
ESW ini? Silakan.

Baiklah terima kasih Bammal atas sesi suai kenal tadi.


Kita teruskan sesi suai kenal kita pada malam ini
bersama panel kita yang kedua, iaitu Icha.

Baiklah Kak Icha, soalan yang sama, boleh kak icha


Kongsikan serba sedikit tentang latar belakang kak
Icha dan bagaimana boleh melibatkan diri dengan
kerjaya ini? Adakah kak Icha sendiri sukarela nak
bekerja sambil belajar, dapatkan pengalaman atau
ada pihak yang datang sendiri bertanya kepada kak
Icha. Silakan kak Icha.

Baiklah terima kasih kak Icha atas sesi suai kenal


tadi.Kita teruskan pula sesi kedua sesi suai kenal
Bersama panel kita yang ketiga, iaitu Qilah, Anda
semua yang pernah berurusan sebagai agent,
drophip atau pernah membeli produk monster mesti
kenal saudari Qilah ni. Untuk yang tak kenal lagi, jom
kita kenal.

Baiklah Qilah, masih soalan yang sama, boleh Qilah


Kongsikan serba sedikit tentang latar belakang QIlah
dan bagaimana boleh melibatkan diri dalam
perniagaan Monster ini? Silakan Qilah.

Baiklah terima kasih Qilah atas sesi suai kenal tadi.


Soalan 2

2. Maka, tamatlah sesi suai kenal kita Bersama para


panel. Hebat2 para panel kita pada malam ini.
Baiklah para penonton, sebelum saya ajukan soalan
seterusnya, ingin saya memberitahu para penonton
bahawa para panel kita bukan sahaja mempunyai
perniagaan dan kerjaya sendiri, malah mereka juga
amat aktif dalam aktiviti kelab/persatuan di UUM.

Untuk pengetahuan semua, Saudara Bammal adalah


presiden Kelab Kesenian dan Kerohanian Islam UUM,
Saudari Icha pula adalah Presiden daripada Kelab
Patriot Chapter Negeri Sembilan (PEMANIS), serta
Saudari Qilah yang amat aktif dalam Kelab MyAgrosis
UUM sebagai Exco Protokol. Sangat hebat para penal
kita pada malam ini. Bukan sahaja hebat dalam
berniaga dan bekerjaya sambil belajar, malah sangat
aktif dalam aktiviti kelab dan persatuan.

Baiklah, Berkait dengan soalan yang saya akan


tanyakan kepada panel kita yang pertama, iaitu
Saudara Bamal. Soalannya ialah, dari aspek
pengurusan masa, bagaimanakah Bammal dapat
menguruskan masa dengan perniagaan, belajar dan
sentiasa aktif dalam aktiviti kelab? dan Apakah yang
Bammal sentiasa titikberatkan dalam kehidupan?
Silakan Bammal.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Bammal atas


perkongsian yang cukup padat dan sangat
bermotivasi sebentar tadi.

Baiklah, kita teruskan perbincangan Bersama panel


yang kedua, iaitu Kak Icha. Soalan yang sama,
bagaimanakah kak Icha dapat menguruskan masa
dengan bekerja, belajar dan sentiasa aktif dalam
aktiviti kelab? Lain daripada berniaga atau bekerja
sendiri, kita boleh uruskan masa sendiri. Tapi bila kita
bekerja dengan orang, kita kena ikut masa orang tu
jugak. Dan Apakah yang kak Icha sentiasa
titikberatkan dalam kehidupan? Silakan kak Icha.

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Icha atas


perkongsian yang cukup padat dan sangat memberi
semangat sebentar tadi.

Baiklah, kita teruskan perbincangan Bersama panel


yang ketiga, iaitu Qilah. Masih dengan soalan yang
sama, bagaimana pula cara Qilah dapat menguruskan
masa dengan perniagaan, belajar dan sentiasa aktif
dalam aktiviti kelab? Dan Apakah yang Qilah sentiasa
titikberatkan dalam kehidupan? Silakan Qilah.

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Qilah atas


perkongsian yang cukup padat dan sangat memberi
semangat sebentar tadi.

Okay baiklah, setelah berceloteh Panjang sebentar tadi


marilah kita berehat sebentar. Saya ingin mengajak semua
para penonton yang berada di Facebook Live untuk
menonton satu video promosi pendek berkaitan produk
ESW yang diusahakan oleh Saudara Bammal kita.

dipersilakan.

Bagi mereka yang berminat nak join Saudara Bammal, yang


ada kemahuan nak berniaga tapi masih tak tahu nak
berniaga apa, yang masih ragu2 lagi, inilah peluang anda
untuk menceburkan diri dalam perniagaan Bersama dengan
bimbingan Saudara Bammal dalam perniagaan ESW.
Sekaranglah korang nak cari ilmu, nak tahu pattern macam
mana nak berniaga. Sebab kita kalau nak buat pape pun,
kita kena ada ilmu, kita kena tahu pattern nak buat sesuatu.
Kita nak memasak, nak belajar, semua kena ada ilmu dan
kena tahu pattern macam nak memasak, macam nak
belajar. Macam tu jugaklah berniaga, kena ada ilmu dan
kena tahu pattern dalam berniaga. Bila ada ilmu dan tahu
pattern untuk buat sesuatu, Inshaa Allah lebih mudah kita
nak buat benda tu. Okay, kalau korang berminat, Boleh
wasap nombor Saudara Bammal 018-9042170

Baiklah. Sekarang Saya ingin mengajak semua para


penonton yang berada di Facebook Live sekali lagi untuk
menonton satu video promosi pendek berkaitan produk
Monster yang diusahakan oleh Saudari Qilah kita. Silakan

Bagi mereka yang berminat untuk merasa atau melihat


catalogue produk2 daripada monster.my, korang boleh
whatsapp sendiri nombor Saudari Qilah, 016-6258724. Dan
sebagai penggemar produk monster sendiri, saya dah
pernah cuba semua produk choco jar dan cookies dari
monster dan tak ada satu pun produk mereka yang
mengecewakan. Korang boleh rasa sendiri produk2
chocojar, cookies dan brownies monster yang rasa macam
produk kayangan pada harga yang sangat berpatutan.
Ataupun, kalau ada berminat untuk jadi agent atau
dropship produk monstr dengan bimbingan Qilah, korang
boleh terus wasap qilah dengan nombor yang tertera di
ruangan komen.

Kalau masih ada yang ragu2 lagi, nak piker2 lagi, jangan
risau, yang penting korang save je dulu nombor panel2 kita
ni, okay.

Sesi 2

Soalan 3
Baiklah para penonton yang masih setia Bersama
kami, terima kasih saya ucapkan. Kita teruskan lagi
perbincangan kita pada malam ini dengan sesi yang
kedua.

1. Ingin saya ajukan soalan kepada panel yang pertama


iaitu Bammal.

Baiklah Bammal, apakah cabaran paling utama yang


dihadapi sepanjang memilih untuk berada dalam
karier ini seperti pandangan kawan2, keluarga, orang
sekeliling setelah mendapat tahu yang Bammal ingin
menceburkan diri dalam bidang ini Ketika masih lagi
melanjutkan pelajaran. Silakan Bammal

Baiklah, terima kasih kepada Bammal, atas


perkongsian sebentar tadi. + ulas

Baiklah, kita teruskan dengan panel kita yang kedua,


kak Icha, soalan yang sama, Apakah cabaran paling
utama yang dihadapi setelah kak Icha memilih untuk
bekerjaya Ketika masih lagi melanjutkan pelajaran.
Silakan kak Icha.

Baiklah, terima kasih kepada saudari Icha, atas


perkongsian sebentar tadi. + ulas

Baiklah, kita teruskan dengan panel kita yang ketiga


iatitu Qilah, masih soalan yang sama, Apakah cabaran
paling utama yang dihadapi setelah Qilah memilih
berniaga secara online Ketika masih lagi melanjutkan
pelajaran. Silakan Qilah.

Baiklah, terima kasih kepada saudari Qilah, atas


perkongsian sebentar tadi. + ulas
Soalan 4 (kalau ada masa lagi)

2. Apakah solusi terbaik untuk anak muda kini terlibat


dengan kerjaya yang mereka inginkan?

SESI SOAL Baiklah, Kepada para penonton yang berada di Facebook


JAWAB Live, sekarang adalah masanya untuk anda semua
bertanyakan soalan yang mungkin anda sudah sediakan
10:50 pm untuk ditanyakan kepada para panel jemputan kita pada
malam ini. Sila nyatakan soalan anda dan kepada siapa
anda ingin bertanya.

AJK bertugas boleh membantu saya mengumpulkan soalan


yang ditanyakan oleh para penonton diruang komen
Facebook Live untuk saya sampaikan soalan tersebut
kepada para panel.

Terima kasih diatas soalan2 dan jawapan2 perkongsian


tadi. Semoga kita sama-sama mendapat ilmu dan manfaat
yang berguna untuk kita praktikan.

PENUTUP Dengan tamatnya sesi soal jawab itu tadi maka berakhirlah
program kita pada malam ini. Izinkan saya membaca
10:55 pm serangkap pantun.

Tanam sirih dalam tanaman,


Gali lubang tepi perigi,
Terima kasih hadirin budiman,
Lain kali bersua lagi.

 Dengan itu, Saya Nur Aisyah selaku moderator anda


malam ini, mewakili pihak penganjur ingin memohon
kemaafan sekiranya terdapat kekurangan sepanjang
program ini berlangsung. Ucapan terima kasih sekali
lagi kami ucapkan kepada ketiga-ketiga panel
jemputan, Saudara Kamal Arshad, Saudari Nur
Farisah dan Saudari Shaidah Nur Aqilah diatas
kesudian meluangkan masa dan berkongsi idea dan
pengalaman masing2 dalam berniaga dan bekerjaya
sambil belajar serta semua penonton yang Bersama-
sama menyertai program Career Talk 2.0: Career
Among Youth pada malam ini. Sebelum
mengundurkan diri, saya memohon ampun jika ada
terkasar tutur kata yang menyinggung perasaan.
Terima kasih atas sokongan anda.

Para penonton boleh mengimbas kod QR yang akan


dipaparkan atau boleh mengisi pautan google form
kehadiran yang akan diberikan di ruangan komen untuk
mendapatkan mata merit dan sebagai tanda sokongan
anda untuk progam pada malam ini.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai