Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

PROGRAM TEGUH BERSAMA

PPDK KAMPUNG BARU KUALA


ABANG
TEKS UCAPAN PERASMIAN PROGRAM TEGUH BERSAMA

PPDK KAMPUNG BARU KUALA ABANG

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih pengerusi majlis,

Yang berbahagia Puan Nurul Safuwan Binti Mohd .Ridzwan Penyelaras


PPDK Daerah Dungun

Yang dihormati Encik Bidi bin Abdullah Pengerusi PPDK Kmapung Baru
Kuala Abang

Yang Berusaha Penyelia dan Petugas-petugas PPDK, barisan AJK


PPDK

Yang Disayangi Anak-anak pelatih PPDK dan Ibubapa /Penjaga pelatih


PPDK Kampung Baru Kuala Abang

Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali, syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya


kita dapat berkumpul dan berjumpa pada program ini. Saya selaku
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi melapangkan masa
untuk bersama-sama menyantuni anak-anak syurga yang hadir pada
malam ini di mana menunjukkan sokongan dan juga kasih sayang kita
semua. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan program ini.
Hadirin sekalian,

Sukacita saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan


setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia dan
petugas-petugas PPDK kerana berusaha mengadakan program ini
menggunakan Lebihan Geran Febuari 2022- Februari 2023. Pada
pandangan saya, pelaksanaan program ini dapat menjalinkan
perhubungan yang baik antara pihak pengurusan dan ibubapa/penjaga.

Hadirin sekalian,

Saya dengan rendah diri memohon agar semua ibubapa mengambil


cakna tentang kebajikan anak-anak syurga yang kita sayangi semua.
Sesungguhnya mereka adalah permata yang tinggi nilainya. Marilah kita
bersama-sama menjaga kebajikan anak-anak syurga kita.

Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrahim, saya merasmikan Program


Teguh Bersama PPDK Kampung Baru Kuala Abang 2022. Semoga
program ini akan menjadi jalinan silaturrahim dan tautan kasih antara
pihak JKM, PPDK serta Ibubapa pelatih PPDK.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai