Anda di halaman 1dari 9

SKRIP PENGACARA

14 FEBRUARI 2023
MAJLIS PEMBUKAAN
AUDIT DALAMAN PERTAMA TAHUN 2023 ISO 21001: 2018
EOMS

1. MAJLIS PEMBUKAAN

Alhamdulillahi rabbil alamin wassala tu wassalam ala asrafil anbiya


iwal mursalin waala ahlihi wasahbihi ajmain

-Yang Berusaha, Dr. Hjh Kartini binti Abdul Mutalib, Pengarah IPG
Kampus Perempuan Melayu,
-Yang Berbahagia Datin Dr Hjh Norshidah binti Abu Husin, Timbalan
Pengarah, IPG Kampus Perempuan Melayu,
-Barisan Jawatankuasa Pelaksana Audit Dalaman
-Ketua-Ketua Jabatan & Ketua- Ketua Unit,
-Pensyarah dan seluruh warga yang terlibat dalam program AUDIT
DALAMAN PERTAMA TAHUN 2023 ISO 21001: 2018 EOMS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah


perkenannya dapatlah kita berkumpul pada pagi ini bagi
menjayakan program AUDIT DALAMAN PERTAMA TAHUN 2023 ISO
21001: 2018 EOMS .

Tetak buluh kajang sepuluh,


Buat bekas menyimpan galah,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon semoga baroqah.

Bagi memperoleh keberkatan majlis kita pada hari ini, dijemput Dr.
Nasri bin Abdullah bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan...

Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Nasri bin
Abdullah atas bacaan doa sebentar tadi.
2. TAYANGAN VIDEO IPGK PM

Majlis kita diteruskan lagi dengan sesi tayangan video IPG Kampus
Perempuan Melayu.

Ucapan terima kasih buat Puan Zuraidah binti Baharin dan Laili
Munirah binti Che Ab Rahman atas penghasilan dan perkongsian
video yang sungguh bermakna sebentar tadi.

3. UCAPAN ALU-ALUAN – Datin Dr Hjh Norshidah binti Abu Husin

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha, Datin Dr Hjh Norshidah binti


Abu Husin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan Perasmian Pembukaan Audit
Dalaman Tahun 2023. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Pengarah atas ucapan sebentar


tadi. Semoga segala amanat yang telah di sampaikan tadi dapat memberi
manfaat buat kita semua.

4. TAKLIMAT AD 2023 oleh Ketua Pasukan AD IPGK PM

Majlis diteruskan lagi dengan sesi taklimat Ketua Pasukan AD IPGK PM


yang akan disampaikan oleh___________________________________.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas taklimat yang telah disampaikan sebentar tadi.

Diharapkan semua proses Audit Dalaman 2023 ini yang akan berlangsung
selama dua hari bermula pada hari ini 14 Februari hingga 16 Februari 2023
dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Semoga setiap kerja buat
dalam usaha memantapkan kurikulum IPG ini mendapat keberkatan daripada-
Nya. Insya- Allah.

Dengan itu juga maka berakhirlah sesi pembukaan Audit Dalaman 2023
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Bumi mana tak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora, begitu
juga kami yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan sepanjang
mengendalikan program ini. Justeru kami mohon berbanyak kemaafan.

Kita tangguhkan majlis ini untuk memberi laluan kepada Sesi Semakan
Dokumen oleh Panel Pemeriksa Luar dan Pemeriksa Dalam.
Untuk itu saya serahkan majlis kepada pihak urusetia.

12.00 pm MAJLIS PENUTUPAN 7 SEPTEMBER 2022

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassala tu wassalam ala asyrafil


anbiya iwal mursalin wa’ala ahlihi wasahbihi ajma’in

Terlebih dahulu saya menyampaikan salam Pengarah dan


Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu kerana
ada program lain yang perlu dihadiri.
-Yang Berusaha, Dr Mariah binti Lambak, Ketua Jabatan, Jabatan
Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Perempuan Melayu
-Yang Berusaha Dr Suziyani binti Mohamed, dari Universiti
Kebangsaan Malaysia sebagai Pemeriksa Luar bidang PAKK,
-Dr Rohaizat binti Ibrahim, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris
sebagai Pemeriksa Luar bidang Pend. Khas (Masalah
Pembelajaran),
-Dr. Rohani binti Husaini, dari IPG Kampus Pendidikan Islam
sebagai Pemeriksa Dalam bidang PAKK,
-Dr Masitah binti Taib, dari IPG Kampus Ilmu Khas sebagai
Pemeriksa Dalam bidang Pend. Khas (Masalah Pembelajaran),
-En Mohamad Arsyad bin Mohamad Husin dan Puan Salmah binti
Salleh, Penolong Pengarah Pusat Peperiksaan dan
Penganugerahan IPGM,
-Ketua-Ketua Jabatan & Ketua- Ketua Unit,
-Pensyarah dan seluruh warga yang terlibat dalam program
Pemeriksaan oleh Pemeriksa Luar berkaitan Pentaksiran bagi
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Bidang
Pendidikan Awal Kanak-kanak dan bidang Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran).
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ingin rasa memakan kari,


Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu kembali tuan yang berbudi

Syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah


perkenannya dapatlah sekali lagi kita berkumpul bagi menjayakan
majlis penutupan program Pemeriksaan oleh Pemeriksa Luar
berkaitan Pentaksiran secara bersemuka dan secara dalam talian
bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Bidang
PAKK dan Bidang Pend. Khas (Masalah Pembelajaran).

BACAAN DOA :

Kalau pergi ke Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, bagi memperoleh keberkatan majlis pada hari ini,


dijemput al fadhil Ustaz Mohd Fadhli bin Othman memimpin
bacaan doa. Dipersilakan...

Amin ya rabbal ‘alamin. Syukran diucapkan kepada al fadhil ustaz


atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian, setelah 2 hari kerja-kerja pemeriksaan


dilakukan oleh panel pemeriksa luar dan pemeriksa dalam,
maka hari ini akan terungkailah segala butir pemeriksaan
tersebut untuk dikongsi.

Justeru marilah kita bersama-sama mengambil cakna terhadap


laporan pemeriksaan pada kali ini.

Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha Dr


Suziyani binti Mohamed, daripada Universiti Kebangsaan
Malaysia selaku Pemeriksa Luar bidang PAKK untuk melaporkan
dapatan pemeriksaan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr.

Seterusnya dipersilakan Yang Berusaha Dr Rohaizat binti Ibrahim,


dari Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai Pemeriksa Luar
bidang Pend. Khas (Masalah Pembelajaran) untuk melaporkan
dapatan pemeriksaan bagi Bidang Pend Khas (Masalah
Pembelajaran) pula, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr.

Demikianlah dapatan yang telah dikongsikan oleh kedua-dua


Pemeriksa Luar bagi Bidang PAKK dan Bidang Pend. Khas
(Masalah Pembelajaran).
Semoga dapatan-dapatan tersebut dapat diambil pengajaran
dan pedoman dalam menambahbaik pelaksanaan program ini
agar menepati kriteria yang telah ditetapkan.

UCAPAN PENUTUPAN

Bagi meneruskan majlis, dipersilakan Yang Berusaha Dr Mariah


binti Lambak, Ketua Jabatan, Jabatan Kecemerlangan Akademik,
IPG Kampus Perempuan Melayu mewakili Pengarah IPG Kampus
Perempuan Melayu untuk menyampaikan ucapan penutupan
rasmi program Pemeriksaan oleh Pemeriksa Luar berkaitan
Pentaksiran yang telah dijalankan secara bersemuka dan secara
dalam talian, bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP), Bidang PAKK dan Bidang Pend. Khas (Masalah
Pembelajaran.
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan


penutupan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Seterusnya majlis kita teruskan lagi dengan penyampaian


cenderamata. Untuk itu dipesilakan Dr Mariah binti Lambak tampil
ke hadapan bagi meyempurkannya.

Dijemput :
1) Yang Berusaha Dr Suziyani binti Mohamed, dari Universiti
Kebangsaan Malaysia sebagai Pemeriksa Luar bidang
PAKK
2) Dr. Rohani binti Husaini, dari IPG Kampus Pendidikan Islam
sebagai Pemeriksa Dalam bidang PAKK
3) En Mohamad Arsyad bin Mohamad Husin, Penolong
Pengarah Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan IPGM,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Mariah binti


Lambak atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan itu, maka berakhirlah majlis kita pada kali ini dan
semoga segala kerjabuat kita mendapat keberkatan daripada
Allah swt. Jua. Sebagai mengakhiri majlis marilah kita tutup
dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al As.
Sekian , Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai